Hutang Peneroka 40 Lebih Rendah Daripada Dinyatakan Sgk2



Selepas setahun pemerintahan Pakatan Harapan hutang sebenar peneroka kepada Felda mula dikenalpasti dan turun sehingga 40%
Menurut Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Kedua Felda (SGK2) Mohammad Stap Othman berkata, penyata pendapatan format baharu pada November yang diaudit bersama panel daripada pertubuhan SGK2 menyaksikan perubahan berkenaan.
Manakala sebahagian peneroka akan menerima semula bayaran pulangan yang menunjukkan Felda berhutang kepada peneroka hasil audit forensik kewangan yang dijalankan pada awal bulan ini bersama bahagian kewangan Felda.
“Pasukan forensik kewangan kita berjaya mengenal pasti isu bagaimana peneroka boleh dikenakan hutang yang tinggi, sehingga ada yang kata mereka berhutang sampai RM100,000 kepada Felda,” katanya dipetik.
Kesilapan besar Felda dalam era BN dalam menghitung bayaran itu diketahui apabila SGK2 dibenarkan menyemak akaun berkenaan bersama firma audit, katanya yang turut menganggotai pasukan itu.
“Pasukan forensik kita ada empat orang, kita minta supaya kami sebagai pemegang taruh dibenarkan sama-sama semak dengan syarikat audit Erns & Young.
“Felda sudah janji sebelum dimuktamadkan kita semak dulu,” kata Stap yang merupakan salah seorang anggota panel yang memuktamadkan penyata peneroka.
Warga peneroka sudah lama mengadu mengenai masalah kiraan hutang dan menuduh pengurusan Felda menyembunyikan butiran tersebut untuk mengaut bayaran yang tidak berkesudahan.
Melalui audit forensik itu mereka kini faham hutang tinggi itu antara lain disebabkan kesilapan besar Felda merekodkan tabungan dan levi peneroka sebagai perbelanjaan.
Tidak cukup dengan itu, peneroka juga dikenakan faedah 6.25% ke atas perbelanjaan tersebut, kata Stap.
“Penyata peneroka contohnya duit tabung dan levi, dimasukkan dalam perbelanjaan. Macam mana hutang peneroka tak tinggi,” katanya.
Sedangkan jumlah hutang sebenar ditanggung peneroka yang paling tinggi direkodkan hasil audit forensik itu hanyalah sekitar RM60,000, katanya.
“Daripada RM100,000 paling tinggi direkodkan, hutang sebenar peneroka hanya RM60,000. Besar kemungkinan ada Felda berhutang dengan peneroka. Itu Felda kena bayarlah,” katanya.
Amalan yang berlaku sejak 13 tahun lalu itulah yang menyebabkan pendapatan peneroka susut dan semakin banyak menanggung hutang, kata Stap.
Walhal, keseluruhan duit tabungan yang dikutip daripada lebih 112,000 peneroka daripada 317 tanah rancangan itu sepatutnya sudah berjumlah RM2 bilion, katanya.
Tegasnya, perkara itu amat tidak adil kerana Felda mengenakan faedah ke atas simpanan peneroka, yang sudah menanggung bayaran levi.
“Duit tabung simpanan berbilion ringgit, tapi duit itu tidak ada sebab Felda sangka itu duit belanja, sedangkan sebenarnya itu simpanan peneroka.
“Saya memang lantang. Saya kalau nak marah peduli apa, kami pemegang taruh. Kamu bekerja dengan kami, kami bayar levi RM12 seekar, kemudian kamu caj faedah,” katanya.
Beliau berkata pendedahan itu dibuat dalam mesyuarat bersama bahagian kewangan Felda pada 7 Ogos lalu.
“Felda baru sedar perkara itu, dalam mesyuarat saya dedah baru mereka sedar. Apabila kita tukar format, baru jumpa penyelesaian mengapa hutang peneroka tinggi.
“Simpanan kita dalam tabung ada kira-kira RM2 bilion, tapi duit itu sudah tiadalah. Cuma kita hendak angka itu.
“Tapi peneroka kena tuntut. Bila Felda hendak bayar tunggulah mereka ada duit,” katanya.
Rekod Felda mendakwa, baki hutang peneroka mencecah angka RM7.7 bilion pada 2018 yang merangkumi antara lain, kos penanaman semula, pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil.
Felda bagaimanapun menghadapi kesukaran untuk mengutip semula hutang itu akibat kelemahan proses pengurusan, kelewatan proses mengemas kini rekod dan akaun peneroka yang belum dikunci.
Susulan itu, kira-kira 20,000 peneroka bertindak mengambil alih kebun mereka dan menghantar hasil kepada peraih dan kilang persendirian bagi mengelak pemotongan hutang oleh Felda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25341

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xiaomi Akan Melancarkan Lebih 10 Telefon 5g Pada Tahun 2020

Xiaomi Akan Melancarkan Lebih 10 Telefon 5g Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 299 hits
Apple dan Google masih belum melancarkan sebarang peranti dengan kemampuan 5G kerana teknologi yang dilihat masih belum matang Tetapi pengeluar dari Asia telah mengeluarkan pelbagai model dengan sokongan 5G kerana berlumba lumba untuk mendo...
Malaysia Lebih Aman Tanpa Dap

Malaysia Lebih Aman Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 386 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Parti tamak haloba dan konco konconya perlu dikalahkan pada PRU15BANGI Negara akan lebih aman dan sejahtera tanpa adanya parti tamak haloba DAP dan konco konconya dalam politik Malaysia tegas bekas Pengerusi ...
Ini Penyebab Anak Kecil Lebih Rentan Mengalami Batuk Pilek

Ini Penyebab Anak Kecil Lebih Rentan Mengalami Batuk Pilek

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 231 hits
Pada anak kecil masalah batuk pilek lebih rentan mereka alami Kondisi sistem kekebalan tubuh anak kecil yang masih berkembang membuat mereka belum mampu menerima paparan kuman yang begitu banyak dan bertebaran di lingkungan sekitar
Akbar Tanjung Nilai Indonesia Lebih Maju Di Bawah Kepemimpinan Jokowi

Akbar Tanjung Nilai Indonesia Lebih Maju Di Bawah Kepemimpinan Jokowi

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 238 hits
Kalau yang ini lebih banyak pada Indonesia Maju Lebih pada bidang teknologi ekonomi bidang pembangunan birokrasi Sebagaimana pidato pidato Pak Jokowi kemarin kata Akbar
Trauma Ditipu Lebih Sakit

Trauma Ditipu Lebih Sakit

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 275 hits
Sebanyak RM42 juta kerugian bagi kes penipuan membabitkan pelbagai scam di Negeri Sembilan sehingga September lalu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https ww...
Risiko Osteoporosis Lebih Besar Untuk 9 Golongan Ini

Risiko Osteoporosis Lebih Besar Untuk 9 Golongan Ini

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 216 hits
Semua orang berisiko untuk mendapat osteoporosis Namun risiko osteoporosis adalah lebih besar untuk 9 golongan yang saya nyatakan seperti di bawah ini Baca juga Cegah Osteoporosis Sebelum Terlewat Ia adalah fakta yang menakutkan tentang ost...
Misteri Gambar Kemalangan Dirakam Sejam Lebih Awal Sebelum Kejadian Berlaku

Misteri Gambar Kemalangan Dirakam Sejam Lebih Awal Sebelum Kejadian Berlaku

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 671 hits
PELIK tapi benar Seorang mangsa kemalangan terkejut apabila melihat dirinya pada gambar kemalangan yang dirakam sendiri menerusi telefon bimbitnya awal sejam sebelum kejadian itu berlaku Faizah Mohd Noh 31 mendedahkan kemalangan itu berlaku...
Isteri Lebih Jelita Jika Tidur Berbantalkan Ketiak Suami

Isteri Lebih Jelita Jika Tidur Berbantalkan Ketiak Suami

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 542 hits
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin hanya kira kira 45 sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin Dan hanya tinggal 21 7 sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 ...
Kemalangan Jam 7 30 Pagi Wanita Terkejut Ada Gambar Kemalangan Sama Diambil Sejam Lebih Awal

Kemalangan Jam 7 30 Pagi Wanita Terkejut Ada Gambar Kemalangan Sama Diambil Sejam Lebih Awal

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 415 hits
Mungkin ada sesetangah perkara yang tidak dapat dihuraikan penjelasannya namun tetap berlaku disekeliling kita Misteri apabila salah seorang mangsa kemalangan mendakwa dirinya terakam dalam sekeping gambar satu jam lebih awal sebelum tempoh...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs