Hukum Sembahyang Untuk Orang Yang Koma Menurut Islam


Hukum Sembahyang Untuk Orang Yang Koma Menurut Islam | Salam semua, sejak kes covid meningkat dan untuk kes yang masuk ICU pun meningkat, macam - macam perasaan datang. Kadang - kadang terfikir ada ke pesakit Covid yang koma, terus persoalan ni bermain dalam fikiran. Sis ni ikutkan banyak dengar  cerita orang yang koma. Anak kawan mak sis koma berbulan - bulan lamanya asbabnya kemalangan. Sebab dah lama sangat dalam hospital. Doktor minta pindah di rumah sakit swasta. Ya lah kot namanya sis pun tak berapa ingat sebab sebelum ni memang tak tahu pun wujudnya rumah macam tu tapi bukan hospital. 

Bayaran pun cecah 4 angka jugak sebulan kena bayar tapi itu lah demi anak kan. Muda lagi anaknya baru umur 20 an. Sis kalau dengar mak selalu update pasal anak kawan dia, kita ni berdoa dari jauh mudah - mudahan ada keajaiban Allah bagi kesembuhan

Cerita ni dah lama. Orang koma ni dia macam tengah "tidur" tapi dia tak boleh nak bangun, kita pun tak boleh nak gerak. Walaupun sistem badan orang koma ni berfungsi dengan baik, cuma dia tak boleh bangun daripada keadaan koma tersebut. Alhamdulillah, Allah angkat doa seorang ibu, anak dia sedar dari koma cuma ambil masa pulak untuk pulih sepenuhnya

Panjang menyelit kisah orang koma, terasa takut, banyak benda di sekeliling kita yang boleh buat kita menginsafi diri. Cuma bila sebut pasal solat untuk orang yang koma, apa hukumnya pulak kan ? Perlu qada kah ? Persoalan ni dulu - dulu selalu bermain dalam fikiran. 
Kena banyak membaca, kena tahu jangan keliru. Sis pun terjumpa untuk jawapan ini dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Persoalan Sekiranya ada orang mengalami koma selama berbulan-bulan. Apabila sedar, adakah dia perlu qada semula solatnya?
Maksud Koma Dalam Kamus DewanIstilah koma membawa maksud keadaan tidak sedarkan diri untuk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit). (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Berdasarkan isu itu, kami mulakan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Syeikh al-Maraghi berkata: Allah SWT tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka kerjakan. Bahkan sifat kemurahan-Nya memberikan kemudahan kepada mereka. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/672)

Hukum Sembahyang Untuk Orang Yang Koma Menurut Islam Orang yang koma dalam tempoh lama tidak perlu qada solatnya kerana dalam tempoh itu, akalnya dikira tiada.

Ini kerana salah satu daripada perkara yang mewajibkan solat adalah berakal. Maka, tidak wajib solat bagi orang gila, pengsan, mabuk dan seumpamanya kerana pada waktu itu akal mereka sudah hilang.

Ini dinyatakan di dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Diangkat pena daripada tiga golongan: Orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia remaja (baligh) dan daripada orang yang cacat mental sehingga dia berakal.” (Riwayat al-Tirmizi - 1423 dan Ahmad 956)

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, ungkapan ‘al-Ma’tuh’ membawa maksud gila atau yang seumpama dengannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/570)

Ulama mengqiyaskan bagi setiap orang yang hilang akal mereka dengan orang gila sama ada dalam tempoh masa sekejap atau lama.

Jika dia sembuh dan berbaki masa untuknya solat (bertakbir), maka wajib baginya solat. Bagaimanapun, dia tidak wajib qada solat dalam tempoh berkenaan (hilang akal).

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu’: “Sesiapa yang hilang akalnya dengan sebab yang tidak diharamkan (syarak) seperti menjadi gila, koma, pengsan atau hilang akal dengan sebab sakit atau meminum ubat kerana keperluan atau dipaksa meminum minuman yang memabukkan hingga hilang akalnya, tidak wajib solat atasnya dan apabila dia tersedar, tidak diwajibkan qada solat atasnya sama ada singkat atau lama tempoh gila dan pengsannya itu. Inilah yang menjadi mazhab kami (mazhab Syafi’ie).” (Lihat al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, 3/6)
Secara umumnya, kami nukilkan pelbagai pandangan fuqaha dan mazhab bagi memberikan lebih pencerahan dan kefahaman.

Ulama khilaf dalam beberapa pendapat:

• Mazhab Maliki dan Syafi’ie berpendapat, tidak perlu qada kerana ia tidak termasuk dalam mukallaf, dalam keadaan pengsan atau koma.

• Mazhab Hanbali berpendapat, perlu qada.

• Mazhab Hanafi berpendapat, perlu qada jika tidak melebihi enam waktu solat. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 11/110)

Hukum Solat Sekiranya Koma Bukan Dalam Tempoh PanjangSekiranya keadaan itu bukan dalam tempoh panjang, maka dia perlu qada. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan yang bermaksud: Bahawa ‘Ammar pernah pengsan selama tiga malam. Apabila terjaga, beliau bertanya: Adakah aku sudah solat?

Mereka menjawab: “Kamu tidak solat sejak tiga malam.” Kemudian beliau berwuduk dan sembahyang qada tiga malam tersebut.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf - 2/268)

Daripada Imran bin Husain dan Samurah bin Jundub R.Anhuma juga diriwayatkan seumpamanya. Tiada sebarang khilaf, maka ia seolah-olah ijmak. (Lihat al-Mughni, 1/240 dan al-Majmu', 3/8)

Setelah meneliti hujahan dan pendapat ulama dan fuqaha, kami lebih cenderung kepada qada solat jika sekiranya tempoh pengsan pendek seperti kurang tiga hari dan tidak perlu qada jika tempoh koma atau pengsan dalam tempoh lama, yang lebih dari tiga hari. Itulah amalan sahabat Rasulullah SAW.

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/06/hukum-sembahyang-untuk-orang-yang-koma-menurut-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Damai Melihat Masjid Tempat Ibadat Orang Islam

Damai Melihat Masjid Tempat Ibadat Orang Islam

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 451 hits
Damai Melihat Masjid Tempat Ibadat Orang IslamAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua Hari ini berkelapangan mencatat sesuatu yang menarik untuk tatapan semua Masih tersimpan dalam folder Note Book semua gambar kenangan Etuza seisi keluarga Su...
Pas Gagal Sepenuhnya Martabatkan Islam Selepas Lebih Setahun Rampas Kuasa

Pas Gagal Sepenuhnya Martabatkan Islam Selepas Lebih Setahun Rampas Kuasa

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 291 hits
MUAMMAR QADDAFIKegagalan Pas melaksanakan apa yang disebut dilaung berulang kali sebelum menjadi kerajaan cuba dijustifikasikan dengan mengatakan bahawa Pas hanya parti kecil dalam kerajaan Perikatan Nasional dan hanya memiliki tiga menteri...
Ingatan Kepada Bukan Islam

Ingatan Kepada Bukan Islam

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 170 hits
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Jangan cuba sama sekali permainkan agama Islam BERKALI kali telah saya katakan dan ingatkan jangan cuba sama sekali mempermainkan agama Islam kerana orang Islam tidak pernah mengacau dan menyentuh agama kamu Kam...
10 Tahun Kaji Semua Agama Lelaki Ateis Dan Isteri Akhirnya Masuk Islam Nekad Untuk Mengucap Dua Kalimah Syahadah

10 Tahun Kaji Semua Agama Lelaki Ateis Dan Isteri Akhirnya Masuk Islam Nekad Untuk Mengucap Dua Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 332 hits
10 Tahun Kaji Semua Agama Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk IslamTIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ate1s di atas muka Bumi ini Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan malah hanya berpegang kepada logik semata mat...
Pkr Revives Religious Unit To Provide Alternative Views On Islam

Pkr Revives Religious Unit To Provide Alternative Views On Islam

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 219 hits
Saifuddin Nasution says statements like the one by Abdul Hadi Awang asking the younger generation not to be fooled again need prompt response by PKR PETALING JAYA PKR has decided to revive its religious affairs bureau in a bid to project al...
Pkr Kata Pandangan Hadi Mengenai Musuh Islam Di Malaysia Janggal

Pkr Kata Pandangan Hadi Mengenai Musuh Islam Di Malaysia Janggal

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 257 hits
PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam dilihat agak janggal dan mengelirukan apabila dimulakan dengan memetik hadis yang lari daripada konteks yang ingin disampaikan ...
Sejarah Realiti Empayar Islam Hingga Benua Amerika

Sejarah Realiti Empayar Islam Hingga Benua Amerika

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 262 hits
Jika anda mengunjungi Washington DC pergilah ke Perpustakaan Kongres Minta arkib perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee salah satu suku Indian tahun 1787 Di sana akan ada tanda tangan ketua suku Cherokee zaman itu bernama...
Raja Siam Islam Terakhir

Raja Siam Islam Terakhir

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 525 hits
SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIRSEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIRDINASTI AYUTIA KE 33 TAHUN 1767KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAHYANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAHBERGELARBOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti