Hukum Patung Sebagai Perhiasan



Soalan:
Apakah hukum meletakkan patung di dalam rumah atau kereta sebagai perhiasan semata-mata?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” [Riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)]

Imam al-Nawawi berkata: “Menurut para ulama’, antara sebab yang menghalang Malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa). Ini disebabkan perbuatan meletakkan gambar itu merupakan maksiat yang amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT manakala sebahagian daripada gambar-gambar tersebut dijadikan sembahan.

Oleh itu Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumahnya, tidak melakukan solat di dalamnya, tidak meminta keampunan bagi penghuninya, tidak memohon keberkatan seterusnya tidak melindungi penghuni rumah tersebut daripada gangguan syaitan.

Malaikat-malaikat yang tidak masuk ke dalam rumah tersebut ialah Malaikat Rahmah iaitu Malaikat yang memohon keberkatan dan keampunan bagi penghuninya. Adapun Malaikat Hafazah, mereka masuk ke dalam setiap rumah dan tidak pernah berpisah dengan manusia dalam apa jua keadaan kerana mereka diperintahkan untuk mencatat setiap amalan manusia.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 7/207)

Al-Mubarakfuri berkata: “Ungkapan “لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ” adalah dengan maksud Malaikat Rahmah, bukan Malaikat Hafazah (yang sentiasa bersama manusia dan mencatat perilakunya) dan bukan juga Malaikat Maut (yang mencabut nyawa). Ungkapan “بَيْتًا” adalah dengan maksud tempat tinggal. Maksud “صُورَةُ تَمَاثِيلَ” pula ialah gambar (berbentuk) manusia dan binatang.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/88)

Dalam riwayat yang lain, daripada Abi al-Hayyaj al-Asadi, bahawa Ali bin Abi Talib R.A telah berkata kepadanya: “Tidakkah mahu aku ingatkan engkau sepertimana Rasulullah SAW ingatkan aku, bahawa:

لاَ تَدَعْ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ
“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk.” [Riwayat Muslim (969)]

Imam al-Nawawi berkata: “Hadis di atas menunjukkan bahawa wujudnya perintah untuk mengubah patung (berbentuk) haiwan yang bernyawa.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/36)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي
“Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.” [Riwayat Imam al-Bukhari (6130)]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Para ulama berdalilkan dengan hadis ini akan bolehnya patung boneka berupa perempuan dan bolehnya mainan untuk anak perempuan. Hadis ini adalah pengecualian dari keumuman hadis yang melarang daripada mencipta sesuatu yang menandingi dengan ciptaan Allah. Kebolehan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau berkata bahawa inilah pendapat majoriti ulama.” (Lihat Fath al-Bari, 10/527)

Kesimpulan

Dalam isu seperti di atas, apabila disebut rumah yang berbentuk tempat, yang kita gunakan maka ia termasuk juga kereta dan seumpamanya.

Namun perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.

Adapun patung permainan kanak-kanak yang kecil yang tidak diagungkan dan dimuliakan seperti mana kanak-kanak yang ada kalanya melempar patung tersebut, meleraikan anggota patung mainan, ia hanya dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak, maka dibolehkan dengan syarat ia bukan patung yang besar dan hanyalah semata-mata patung kanak-kanak.

Walaupun begitu, kami mengesyorkan supaya dielakkan agar kita tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya. Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:

الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
“Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”

Semoga kita dapat mendidik keluarga dan anak-anak kita agar benar-benar menghayati agama dengan sebaik mungkin. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-patung-sebagai-perhiasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anzalna Nasir Dilantik Sebagai Duta Set Bersalin Nr

Anzalna Nasir Dilantik Sebagai Duta Set Bersalin Nr

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 604 hits
Pelakon cantik manis yang berbadan dua Anzalna Nasir tampil sebagai duta produk set bersalin yang terkenal di kalangan para ibu Pengumuman tersebut The post appeared first on
Tni Ad Juara Aasam 12 Kali Sertu Woli Hamsan Ditandu Sebagai Tanda Kemenangan

Tni Ad Juara Aasam 12 Kali Sertu Woli Hamsan Ditandu Sebagai Tanda Kemenangan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 207 hits
TNI AD kembali menjadi juara menembak kelas dunia di Australia Sudah 12 kali tim petembak Indonesia menjadi juara AASAM
Keadaan Yang Sukar Dijangka Pihak Istana Johor Gelar Tun Mahathir Sebagai Conman Malaya Viralhancing

Keadaan Yang Sukar Dijangka Pihak Istana Johor Gelar Tun Mahathir Sebagai Conman Malaya Viralhancing

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 807 hits
TEGANG PIHAK ISTANA JOHOR PUN GELAR TUN MAHATHIR SEBAGAI CONMAN MALAYA Hubungan Istana Johor dan Putrajaya semakin tegangSemalam TMJ telah melakukan perjumpaan tergempar dengan YDP Agong di istana Negara https www facebook com 2083565825294...
Dr Mahathir Goyang Sebagai Pm Bn Akan Sokong Hishammuddin

Dr Mahathir Goyang Sebagai Pm Bn Akan Sokong Hishammuddin

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 283 hits
Hishammuddin bimbang kedudukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tergugat Foto NSTP PARLIMEN Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata Barisan Nasional akan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya kedudukannya dala...
Disebalik Makeup Baju Yang Cantik Ini Lah Hakikat Sebenar Kehidupan Sebagai Ibu Di Rumah

Disebalik Makeup Baju Yang Cantik Ini Lah Hakikat Sebenar Kehidupan Sebagai Ibu Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 381 hits
Pelakon dan Model memuatnaik gambar beserta caption hakikat sebenar seorang wanita yang bergelar ibu di rumah Melayan kerenah anak anak dengan kerja rumah yang tidak pernah habis begitulah rutin sebagai ibu dan isteri Gelagat comel anaknya ...
Hiburan Fazura Kecewa Dituduh Letak Syarat Mahu Digandingkan Dengan Suami Sebagai Penyampai Trofi Ffm30

Hiburan Fazura Kecewa Dituduh Letak Syarat Mahu Digandingkan Dengan Suami Sebagai Penyampai Trofi Ffm30

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 510 hits
Disebalik kemeriahan Festival Filem Malaysia ke 30 yang berlangsung baru baru ini ada pula cerita tidak enak dimana ada pihak yang dikatakan tidak berpuas hati apabila pasangan sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin tampil sebagai penyampai tro...
Megawati Sebut Golput Sebagai Pengecut

Megawati Sebut Golput Sebagai Pengecut

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 259 hits
Dalam orasinya Presiden RI kelima itu mengajak para kader untuk beramai ramai datang ke tempat pemungutan suara guna mencoblos Ia juga meminta para kader dan masyarakat untuk tidak golput
Ole Gunnar Solskj R Sah Sebagai Pengurus Rasmi Manchester United

Ole Gunnar Solskj R Sah Sebagai Pengurus Rasmi Manchester United

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 305 hits
Selepas prestasi yang merudum dibawah pengurusan Jose Mourinho akhirnya peminat Manchester United kini boleh menaruh harapan baru apabila teka teki mereka tentang pengganti yang bakal menguruskan kelab ternama itu akhirnya terjawab apabila ...
Nufinity White Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Miss World Malaysia Sebagai Duta Produk Wow

Nufinity White Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Miss World Malaysia Sebagai Duta Produk Wow

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 357 hits
Rabu lalu bertempat di De Gouffron Apex Biocare telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu NuFinity White sebagai produk yang menjanjikan kulit lebih cerah seawal dua minggu sahaja Dalam acara tersebut juga mereka telah memperkenalkan du...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nota Tazkirah Ramadhan Kembali Kepada Tujuan Menjadi Hamba Allah Menurut Minhajul Abidin

Sagu Gula Melaka Manisan Klasik Untuk Berbuka Puasa

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi