Hukum Hadir Walimah Tanpa Dijemput



SOALAN:
Apakah hukum hadir ke majlis perkahwinan atau walimatul urus tanpa dijemput dan makan jamuan yang disediakan?

JAWAPAN:
Hukum asal menghadiri majlis perkahwinan sekiranya dijemput secara khusus adalah wajib menurut majoriti ulama’ dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Ia berdalilkan dengan sebuah hadith daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
“Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” [Sahih Muslim (1053)]

Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi SAW “فَلْيَأْتِهَا” yang merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah fiqh.

Mazhab Hanafi dan juga satu pendapat dalam mazhab Syafie dan Maliki mengatakan bahawa hukum menghadiri walimah ialah sunat. Manakala terdapat pendapat lain dalam mazhab Hanbali dan Syafie yang mengatakan ia fardhu kifayah dan memadai jika dihadiri oleh sebahagian daripada masyarakat. (Rujuk: Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 45/235-236)

Hadir walimah tanpa dijemput

Persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan hadir ke walimatul urus tanpa dijemput oleh tuan rumah atau wakilnya. Menurut Imam Badruddin al-‘Aini, orang yang hadir ke walimatul urus tanpa dijemput diistilahkan oleh para ulama’ sebagai al-tufaili (الطفيلي), iaitu mereka yang datang ke majlis atau perkumpulan manusia tanpa mereka menjemputnya. (Rujuk: ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari 21/63)

Telah sepakat para ulama’ empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali) akan haramnya bagi seseorang hadir majlis kenduri tanpa dijemput, atau tanpa diketahui samada tuan rumah redha ataupun tidak. Dia dihukum sebagai fasiq dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut, kerana ia termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.Anhuma meriwayatkan:

مَنْ دُعِيَ فَلَمْ يُجِبْ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ دَخَلَ عَلَى غَيْرِ دَعْوَةٍ دَخَلَ سَارِقًا وَخَرَجَ مُغِيرًا
“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputan, dia telah ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri dan keluar sebagai seorang perampas harta orang.” [Sunan Abi Dawud (3741)]

(Rujuk: Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/143; Nihayah al-Muhtaj 6/377 dan Al-Mughni li Ibn Qudamah 10/163)

Begitu juga dengan hadith daripada Abu Mas’ud R.A yang meriwayatkan:

جَاءَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يُكْنَى أَبَا شُعَيْبٍ فَقَالَ لِغُلاَمٍ لَهُ قَصَّابٍ اجْعَلْ لِي طَعَامًا يَكْفِي خَمْسَةً، فَإِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَدْعُوَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم خَامِسَ خَمْسَةٍ، فَإِنِّي قَدْ عَرَفْتُ فِي وَجْهِهِ الْجُوعَ‏.‏ فَدَعَاهُمْ، فَجَاءَ مَعَهُمْ رَجُلٌ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِنَّ هَذَا قَدْ تَبِعَنَا، فَإِنْ شِئْتَ أَنْ تَأْذَنَ لَهُ فَأْذَنْ لَهُ، وَإِنْ شِئْتَ أَنْ يَرْجِعَ رَجَعَ ‏"‏‏.‏ فَقَالَ لاَ، بَلْ قَدْ أَذِنْتُ لَهُ
Seorang lelaki dari kaum Ansar yang diberi gelaran Abu Syu’aib berkata kepada hambanya yang bertugas untuk memotong daging: “Sediakan hidangan untuk lima orang, kerana aku ingin menjemput Rasulullah SAW bersama empat orang yang lain, aku lihat tanda-tanda lapar pada wajah Baginda SAW.” Abu Syu’aib pun memanggil mereka, lalu datang seorang yang lain (yang tidak dijemput) bersama mereka. Nabi SAW berkata kepada Abu Syu’aib: “Lelaki ini mengikuti kami, jika kamu memberi izin, dia akan makan bersama kita, kalau kamu mahu dia pulang, dia akan pulang.” Abu Syu’aib berkata: “Dia tidak perlu pulang, aku benarkannya untuk makan bersama.” [Sahih al-Bukhari (2081)]

Jelas daripada hadith Abu Mas’ud ini, meskipun seseorang itu pada asalnya tidak boleh hadir untuk makan di majlis jamuan atau walimah orang tanpa dijemput. Namun jika tuan rumah memberi keizinan, atau diketahui adanya keizinan daripada tuan rumah, maka hukumnya adalah harus.

Kesimpulan

Tuntasnya, para ulama’ mengharamkan seseorang yang hadir ke kenduri tanpa dijemput, jika diyakini tuan rumah tidak redha dengan tersebut.

Adapun jika kita yakin tuan rumah redha dengan kehadiran kita, contohnya dia merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun terlupa untuk menjemput kita; maka dalam keadaan tersebut ia tidak diharamkan.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-hadir-walimah-tanpa-dijemput.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xiaomi Hadir Dengan Aksesori Kipas Penyejuk Untuk Telefon Pintar

Xiaomi Hadir Dengan Aksesori Kipas Penyejuk Untuk Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 334 hits
https ift tt 2tVFn0T Xiaomi sedia mempunyai sejumlah penawaran aksesori menarik untuk telefon pintar Terbaru bersama sama pengenalan Mi 10 pihak Xiaomi turut telah memperkenalkan sebuah aksesori untuk telefon pintar iaitu kipas penyejuk Kip...
Google Hadir Dengan Gamesnacks Platform Permainan Kasual Pada Mana Mana Peranti

Google Hadir Dengan Gamesnacks Platform Permainan Kasual Pada Mana Mana Peranti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 273 hits
https ift tt 2SonTnp Terdapat berbilion pengguna telefon pintar yang main permua pada peranti mereka Kebanyakan permainan video pula lebih lebih lagi permaian video berasaskan web memerlukan sambungan Internet yang pantas dan stabil untuk b...
Google Message Turut Akan Hadir Dengan Sokongan Pemberian Reaksi Kepada Mesej

Google Message Turut Akan Hadir Dengan Sokongan Pemberian Reaksi Kepada Mesej

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 286 hits
Untuk kekal menarik minat pengguna terhadap aplikasi aplikasi media sosial ia kerap dikemaskini dengan pelbagai ciri dan fungsi baharu Fungsi pemberian reaksi ini dimulakan oleh Facebook yang mana memberi tanda suka sudah terlampau lama dig...
Sempat Absen Tahun Lalu Festival Melupakan Mantan Kembali Hadir Di Jogja

Sempat Absen Tahun Lalu Festival Melupakan Mantan Kembali Hadir Di Jogja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 220 hits
Setelah absen pada tahun lalu festival melupakan mantan kembali di adakan tahun ini Tahun ini festival melupakan mantan akan diadakan di Mezzanine Jogja pada tanggal 13 Februari dan dimulai pada pukul 18 00 WIB dengan mengusung tema Mentas
Samsung Mengesahkan Ciri Quick Share Hadir Pada Galaxy S20 Ciri Perkongsian Pantas Seumpama Air Drop

Samsung Mengesahkan Ciri Quick Share Hadir Pada Galaxy S20 Ciri Perkongsian Pantas Seumpama Air Drop

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 393 hits
https ift tt eA8V8J Samsung sebelum ini telah pun diperkatakan bakal hadir dengan perkongsian seumpama Air Drop untuk peranti mereka Selari dengannya melalui laman rasmi Samsung kini mereka memperlihatkan pengguna boleh berkongsi serta mert...
Sabah Hadir Dengan Dompet Digital Tersendiri Sabah Pay

Sabah Hadir Dengan Dompet Digital Tersendiri Sabah Pay

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 201 hits
Kerajaan negeri Sabah kini telah hadir dengan penawaran dompet digital mereka tersendiri dinamakan sebagai Sabah Pay Pengenalan Sabah Pay ini adalah selari dengan populariti transaksi nirtunai yang semakin popular akhir akhir ini Melaluinya...
Oppo A31 Hadir Dengan Tri Kamera Belakang Dijana Helio P35

Oppo A31 Hadir Dengan Tri Kamera Belakang Dijana Helio P35

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 302 hits
https ift tt 3bHpJr7 Oppo mempunyai beberapa penawaran telefon pintar dibawah siri A yang menawarkan spesifikasi pertengahan Terbaru mereka telah pun melancarkan Oppo A31 di Indonesia yang mana berkemungkinan adalah variasi global untuk Opp...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu