Hukum Bersugi


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu Billah
Bersugi juga di sebut dengan perkataan bersiwak. Siwak adalah bahasa Arab yang membawa maksud pencedok dan alatnya, manakala dari segi syarak pula membawa maksud kayu yang digunakan seperti ranting atau sebagainya di dalam mulut dengan tujuan untuk membersihkan gigi.

Sebahagian ulama berselisih pendapat mengenai bersugi adakah mendapat fadhilat sunat bersugi sekiranya dia melakukan dengan tangan sahaja, terdapat pendapat di sisi mazhab Imam Syafie mengatakan bahawa sekiranya dia menggunakan tangan tetap medapat fadhilat sunat bersugi dan ada diantara mereka pula mengatakan tidak mendapat fadhilat sunat tersebut

Kita boleh menggunakan apa sahaja untuk bersugi dengan syarat alat tersebut hendaklah suci daripada najis dan bersifat kesat, kecualilah dengan tangan kerana dengan tangan bagi sesetengah pendapat tidak mendapat fadhlilatnya. Hukum siwak adalah sunat seperti mana tersebut dalam hadis nabi bersabda, mafhumnya: "bersiwak adalah membersihkan mulut dan mendapat keredaan daripada Allah". [H.R Abu Daud] Hadis ini isnadnya adalah kuat

Orang yang berpuasa atau dalam bulan Ramadhan bersiwak adalah makruh selepas tergelincir matahari iaitu selepas 'zawal', ini bermakna sekiranya seorang yang berpuasa (sunat) atau berpuasa dalam bulan Ramadhan makruh sekiranya dia bersiwak selepas masuk waktu zohor, iaitu selepas masuk waktu zohor. Adalah lebih baik dia tidak bersiwak kerana diriwayatkan bahawa nabi bersabda mafhumnya: "bauan yang ada dalam mulut orang yang berpuasa adalah lebih baik daripada bauan 'misk' disisi Allah", [H.R Bukhari] Hukum makruh akan tamat selepas masuknya wakti maghrib

WAKTU-WAKTU YANG DITUNTUT BERSIWAK
Terdapat beberapa tempat utama yang dituntut untuk bersiwak antaranya ialah selepas berselang masa yang lama dan selepas meninggalkan makanan iaitu selepas makan hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Masalah:
1-Seorang yang berpuasa kemudian dia makan sesuatu dengan keadaan yang terlupa atau makan dalam tidur atau dia termakan makanan yang baunya busuk adakah selepas waktu tergelincir matahari dia turut ditegah bersiwak

Ulama mengatakan sekiranya dia termakan sesuatu yang baunya ditegah maka disini dia di bolehkan bersiwak tanpa ditegah

2-Di sisi pendapat ulama Maliki sesiapa yang makan bawang ditegah memasuki Masjid dan orang tersebut boleh di perintah keluar kerana bauan bawang tersebut boleh mengganggu jemaah yang lain

Bersugi selepas bangun daripada tidur, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sabda Nabi mafhumnya : "sekiranya seseorang bangun daripada tidur maka cucilah mulutnya dengan bersiwak"
Bersugi ketika hendak mendirikan sembahyang, perkara ini adalah sunat kerana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sabda nabi mafhumnya: "sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku sesungguhnya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali hendak mendirikan sembahyang" dan pada hadis yang lain sabda Rasulullah mafhumnya: "Dua rakaat dengan bersiwak adalah lebih baik daripada 70 rakaat tanpa siwak"

Faedah: Bersiwak hendaklah disertakan dengan niat perbuatan yang kita lakukan tersebut adalah kerana Rasulullah melakukannya sekiranya seseorang bersiwak tanpa niat sunat maka tidak ada pahala siwak baginya

Begitu juga disunatkan bersiwak pada tempat-tempat yang lain seperti mengambil wuduk iaitu selepas membasuh tangan, sebelum bertayammum, sebelum membaca al-Quran, sebelum tawaf di Kaabah, sebelum sujud tilawah, sebelum sujud syukur, ketika hendak tidur dan ketika hampir kepada kematian. Dan sebaik-baiknya ketika bersiwak ini dengan menggunakan tangan kanan dan dimulai dengan mulut yang sebelah kanan juga dan menggosokkannya dengan lembut serta niat di dalam hati dengan perbuatan sunat

Wallahualam..

Sumber: http://usrahzonpiasau.blogspot.com/2009/04/hukum-bersugi-atau-bersiwak.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://putrazulkhairi.blogspot.com/2012/07/hukum-bersugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Jual Beli Dan Makan Katak

Hukum Jual Beli Dan Makan Katak

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 427 hits
Pertanyaan Assalamu alaikum ustaz bagaimana hukumnya memakan katak dan hukum jual belinya Dari Rizki Amalia Jawapan Wa alaikumussalam Hukum Makan Katak Pendapat yang kuat katak dilarang untuk dimakan Hal ini berdasarkan hadis dari Abdurrahm...
Hukum Memandulkan Kembiri Kasi Sunat Kucing Peliharaan

Hukum Memandulkan Kembiri Kasi Sunat Kucing Peliharaan

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 405 hits
Jawapan Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya dalam Kuliyah Maghrib Bulanan di Masjid Pulau Ketam Kuala Terengganu pada 03 Oktober 2018 Si Milo Ya Si Milo pun dah kena sunat bulan 9 tahun lepas Keputusan ni dibuat kerana beberapa faktor antarany...
Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan

Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 740 hits
Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan Kita nak puasa dah kemudian datang hari yang ditunggu tunggu iaitu hari raya aidil fitri Hari raya wajib disambut dengan gembira kerana kita telah berjuang berpuasa selama sebula...
Jaksa Sesalkan Sikap Rizieq Kepada Penegak Hukum Di Persidangan

Jaksa Sesalkan Sikap Rizieq Kepada Penegak Hukum Di Persidangan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 172 hits
Jaksa mengatakan sebagai seseorang yang memiliki massa ribuan Rizieq seharusnya menjadi contoh baik bukan malah kerap kali melontarkan kata kata yang dianggap tidak beretika kepada penegak hukum
Hiburan Netizen Dakwa Nadia Brian Langgar Hukum Iddah Sakan Berjalan Setelah Bercerai

Hiburan Netizen Dakwa Nadia Brian Langgar Hukum Iddah Sakan Berjalan Setelah Bercerai

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 186 hits
Rasanya ramai yang dah tahu bahawa pelakon Nadia Brian sudahpun bercerai dengan bekas suaminya Muizz Nasruddin selepas mendirikan rumah tangga pada November 2019 Semalam Nadia Brian membuat satu perkongsian di akaun Instagram miliknya yang ...
5535 Kerajaan Disaran Hukum Pembekal Air Gagal Beri Perkhidmatan Wacana 08 04 2021

5535 Kerajaan Disaran Hukum Pembekal Air Gagal Beri Perkhidmatan Wacana 08 04 2021

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR 8 April Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu kerajaan bertindak tegas terhadap penyedia perkhidmatan air yang gagal memberikan perkhidmatan yang baik Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sudah terlalu kerap gangguan ...
Rizieq Bentak Jpu Kuasa Hukum Anggap Hal Biasa Dinamika Persidangan

Rizieq Bentak Jpu Kuasa Hukum Anggap Hal Biasa Dinamika Persidangan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 125 hits
Kuasa Hukum Habib Rizieq Syihab Aziz Yanuar menganggap kalau sejumlah gesekan yang terjadi antara kliennya dengan jaksa penuntut umum dalam persidangan di Pengadilan Negeri Jakarta Timur merupakan sebuah dinamika dalam persidangan
Hukum Orang Yang Puasa Dan Solat Hanya Pada Bulan Ramadan

Hukum Orang Yang Puasa Dan Solat Hanya Pada Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 296 hits
Soalan Jika seseorang bercita cita untuk solat dan puasa hanya pada bulan Ramadan sementara setelah Ramadan berlalu dia meninggalkan solat apakah dia mendapat pahala puasanya Jawapan Solat adalah salah satu rukun Islam dan merupakan rukun t...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch