Hubbul Watan Minal Iman


WALAUPUN tidak termasuk dalam mana-mana perintah syariat atau ibadat, namun menurut mutiara kata-kata hikmah Arab menyifatkan ‘ Hubbul watan minal iman ’ yang bermaksud cintakan negara adalah sebahagian daripada Iman.Hal ini kerana, kewujudan sesebuah negara adalah anugerah daripada ALLAH SWT kepada sesuatu bangsa dan umat untuk menjalani kehidupan dengan tenteram serta sejahtera.
Justeru, cintakan negara adalah obor keamanan yang dapat menjamin kelangsungan sesuatu tamadun dengan usaha untuk membangunkan kehidupan secara inovatif berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.Sebaliknya, kaum yang cenderung melakukan kerosakan, dalam erti kata lain melanggar perintah, hukum dan larangan ALLAH, hanya akan membawa mudarat kepada diri serta negaranya sebagaimana di-alami kaum terdahulu yang dibinasakan oleh ALLAH seperti kaum Aad dan Tsamud serta kaum Nabi Lut
Ia sebagaimana Firman ALLAH bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka : Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab : Sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” (al-Baqarah: 11-12)
PERLU KONSISTENKecintaan pada negara perlu dibuktikan dengan tindakan yang konsisten. Bagi seseorang yang mencintai negaranya akan selalu menjaga persekitaran di mana sahaja berada sama ada darat, laut atau udara daripada sebarang keburukan
Pada dasarnya mencintai tanah air sudah menjadi fitrah semula jadi manusia. Setiap manusia memiliki kecintaan kepada tanah airnya sehingga merasakan aman menetap di dalamnya, merindui ketika berada jauh, mempertahan ketika diserang dan berasa marah ketika negaranya dicela
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah menzahirkan kecintaan kepada kota Mekah yang merupakan tempat kelahiran Baginda
Hal ini dapat dilihat dalam Hadith daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya: “Alangkah baiknya engkau sebagai sebuah negeri, dan engkau merupakan negeri yang paling aku cintai. Seandainya kaumku tidak mengusirku dari engkau, nescaya aku tidak tinggal di negeri selainmu,” - Riwayat Ibnu Hibban
Selain itu, Madinah juga merupakan tanah air Rasulullah. Di situlah Baginda menetap serta mengembangkan dakwah Islam setelah berhijrah dari Mekah. Di Madinah, Rasulullah SAW berjaya membentuk komuniti Madinah dengan adanya Piagam Madinah
Diriwayatkan juga bahawa apabila Rasulullah pulang ke Madinah dari sesuatu perjalanan, Baginda akan mempercepat perjalanannya. Hal ini kerana kecintaan dan kerinduan Baginda terhadap tanah airnya
Berdasarkan tindakan Nabi Muhammad ini, jelas menunjukkan bahawa mencintai negara itu merupakan sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia dan sangat dianjurkan dalam Islam
NEGARA ADALAH AMANAHNegara merupakan anugerah daripada ALLAH dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Keamanan yang dikecapi dan keselesaan dinikmati, semuanya adalah pemberian ALLAH atas sifat kasih sayang-Nya
Nikmat ini perlu sentiasa disyukuri dan dipelihara dengan sebaiknya. Lantaran itu, memupuk rasa cinta ini perlu berlaku secara berterusan dan bukan hanya pada tarikh tertentu sahaja
Kepada generasi muda, lebih-lebih lagi dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini, nilai-nilai cintakan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban dan ketaatan kepada raja dan negara, perlu dipertingkat bagi membentuk rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa serta tanah air
Dalam konteks ini, ibu bapa, pemimpin masyarakat, media massa, institusi pendidikan dan seumpamanya dituntut memainkan peranan dalam memupuk semangat murni itu
Sehubungan itu, seluruh umat Islam perlu bersama-sama menyuburkan perasaan cinta, semangat perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kerana ALLAH demi menjaga kedaulatan agama serta negara
Pada masa sama, kita juga bertanggungjawab untuk menjaga kesucian agama dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir keganasan, kezaliman mahupun 
penindasan
Bertepatan dengan penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi, setiap individu perlu menzahirkan kecintaan kepada negara dengan bertanggungjawab memelihara dan menjaga persekitaran atau tempat masing-masing daripada sebarang kerosakan serta ancaman
Kecintaan kepada negara perlu menjadi asas dalam diri setiap rakyat
Setiap rakyat bertanggungjawab mempertahan negara daripada sebarang anasir jahat yang cuba meruntuhkan kestabilan negara
Rasulullah SAW sendiri menzahirkan kecintaan kepada kota Mekah yang merupakan tempat kelahiran Baginda
Kecintaan kepada negara syariat Islam akan lebih mudah terlaksana dalam keadaan negara aman, damai
Negara merupakan anugerah daripada ALLAH dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/07/hubbul-watan-minal-iman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertemu Ahy Sohibul Iman Mengaku Bahas Penanganan Covid 19

Bertemu Ahy Sohibul Iman Mengaku Bahas Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 223 hits
Ininya PKS dan Partai Demokrat memiliki kesepahaman kita sebagai bangsa harus selalu fokus betul menangani Covid 19 sehingga tidak menjadi sesuatu yang tak terkendali
Madu Tak Jadi Dedah Alya Iman Masih Bersama Suami Walaupun Dah Putus Tunang

Madu Tak Jadi Dedah Alya Iman Masih Bersama Suami Walaupun Dah Putus Tunang

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 3187 hits
Sejak akhir akhir ini nama anak kepada pelakon lagenda Azmil Mustapha iaitu Alya Iman kian hangat diperkatakan berkenaan isu hubungan sulitnya dengan seorang ahli perniagaan nbsp berstatus suami orang Menerusi laman Instagram yang dipercaya...
Dia Men1pu Alya Iman Did4kwa Tak Pernah Bertunang Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut

Dia Men1pu Alya Iman Did4kwa Tak Pernah Bertunang Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 991 hits
Kisah kontr0versi pelakon Alya Iman yang did kwa menjadi peros4k rumah tangga semakin meruncing apabila seorang individu yang mengaku sebagai ahli keluarga tampil mended hkan situasi sebenar Individu yang memperkenalkan dirinya sebagai kaka...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang