Huawei P20 Pro Black Screen Problem
Huawei P20 Pro Black Screen Problem | Masa celebrate birthday Aneeq 2 minggu lepas, Fadzi mula perasan yang phone Huawei P20 Pro Fadzi macam ada masalah sikit.
Ingatkan masalah kecil je sebab phone hang kejap kejap Fadzi okay je. Tunggu sekejap hang tu, tak lama lepas tu dah boleh guna semula. Tapi bila banyak kali dia hang, dia bawak ke masalah lain pulak.
Huawei P20 Pro Black Screen ProblemMula-mula dia hang je bila Fadzi try nak on kan phone. Dua tiga hari lepas tu pulak, skrin phone Fadzi jadi hitam. Try tekan butang apa pun tetap hitam. Tapi bunyi call, bunyi notification masuk ada je.
Bila berjaya on kan semula, skrin jadi macam bergegar. Lebih kurang macam glitch effect. Bila dah jadi macam tu, Fadzi cepat-cepat transfer semua gambar dan video dari phone ke laptop.
Antara problem yang jadi pada phone Huawei P20 Pro Fadzi:
Hang - Bila tekan mana-mana button, phone tak bergerak. Statik.Solution - Fadzi kena tekan On/Off button bagi skrin dia terpadam. Lepas tu kena tekan On/Off semula. Baru okay. Ada masa walaupun buat solution dekat atas ni ada yang tak okay tu, Fadzi kena biar phone tu lama-lama, tak usik apa-apa, lama sikit lepas tu baru okay.
Glitch Effect - Terjadi masa Fadzi tengah on phone. Tiba-tiba display skrin jadi bergegar. Sebenarnya glitch effect ni jadi lepas phone Fadzi 2 kali jadi black screen.Solution - Solution untuk glitch effect ni pun sama macam dekat atas. Tekan On/Off button. Awal-awal memang jadi okay tapi lama-lama, skrin terus jadi blank. Hitam.
Black Screen - Skrin phone Fadzi terus hitam. Kalau call ada bunyi lagi. Bunyi notification pun masih ada. Cuma skrin yang gelap.Solution - Mula-mula Fadzi cuba force shut down. Tekan button On/Off sekali dengan button volume sampai phone rasa bergegar. Lepas tu lama dalam sejam dua macam tu baru skrin nampak semula. Adalah dalam 3 kali jadi macam ni. Lepas tu, bila cuba solution yang sama, skrin phone dah tak nak on. Nak tak nak terpaksa hantar ke Huawei Center untuk baiki.
Zul tolong hantarkan phone Huawei P20 Pro Fadzi yang ada black screen problem tu dekat Huawei Service Center di Sunway Pyramid hari Sabtu pagi. Lebih kurang 4 petang macam tu, diaorang call kata dah siap.
Tapi disebabkan Zul dah balik rumah dah, kiteorang pun pergi ambil next day nya. Katanya skrin phone memang problem. Diaorang terus tukar skrin phone tu. Dah setel masalah.
Syukur sangat sebab phone tu masih di dalam waranti. Kalau tak, mahal weh tukar skrin Huawei P20 Pro ni. Fadzi tengok dekat website diaorang senarai harga untuk sparepart.
Fuh, lepas ni Fadzi nak kena jaga elok elok phone ni. Dah tak nak bagi Aneeq main. Mana lah tau kot kot kena lagi macam ni kan. Dah lah Fadzi banyak buat kerja guna phone ni.
Dan phone ni masih tak sampai setahun lagi. Waranti pulak setahun je sampai bulan Julai ni nanti. Harap harap lepas ni tak ada masalah dah dengan phone. Sayang weh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/04/huawei-p20-pro-black-screen-problem.html