How To Dissolve Parliament And Dismiss Or Appoint A Prime Minister



It is February and the fight for the position of Prime Minister between Tun Dr Mahathir and Dato Seri Anwar Ibrahim has begun for few months already after several losing by-elections by PH.

However, the real show is expected to begin. It should end by May, and could possibly end earlier at the  March Parliament seating.

Today is February 2nd, a day after Federal Territory's Day and there is an ambitous demonstration dubbed as Perhimpunan 020222 to demand dissolving of Parliament. For NGOs without backing of a large political parties, it considered ambitous to display the more than 300,000 anti-ICERD crowd in its promotion.

With government and administration in such a disarray due to internal bickering within the ruling coalition, Pakatan Harapan over power transition and sheer incompetence of cabinet Ministers that is leading to near breakdown of public administration, their call is to return back to the voters to decide.

Anwar Ibrahim should be more aggresive in his move to demand for Mahathir to vacate the position. His supporters are already open, vocal and assertive.

As he did in 2009 after the 2008 election, Anwar claim to have enough numbers.

In what seemed to be a psychological game, Rafizi Ramli told media they have 92 seats and awaiting merely 20 more to reach magic number of 112.

On the other hand, funder for Kongress Maruah Melayu, Dato Yahya Jalil claimed Tun Dr Mahathir has 124 seats supporting him.

Most political observers believed both do not have 112 seats yet, but between the two, Anwar is believed to be closer to the finish line.

PPBM is a minority and has the smallest number in PH. Anwar is strongly backed by PKR, DAP and PAN.

If Mahathir is to barely survive, his strong support will come from PPBM, and PAS and potpourri of support from breakaway groups of various parties with Sarawak's GPS and UMNO as the much needed important blocks.

Mahathir can claim to be close to Pehim Seri Taib Mahmud. While Anwar is cloe to Chief Minister Datok Patinggi Abang Johari. However, GPS interest is not politics but Sarawak. Which side they trust? And, which side have not offended GPS?

Currently, there are those for and against the idea of working with Mahathir within UMNO. The faction led by Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn is on a road show to convince key members at division level the need to support a new coalition with Mahathir. Will UMNO go enbloc or fractionalised?

Agong's Call

Whether there will be a vote of no confidence or dissolution of Parliament, His Majesty DYMM Yang DiPertuan Agong has a key role in the dismissal and appointment of a Prime Minister.

The Federal Constitution has provision for the process. Before getting carried away by political play, one need to know how it could be done.

Constitutional expert, Prof Shamrahayu A Aziz wrote recently in her blog: It is in Malay and reproduced verbatim below:


Adakah Yang di-Pertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri?

Hubungan antara Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dengan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkongsian saya di sini ialah tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan dan pemecatan Perdana Menteri.

Peruntukan berkaitan lantikan Perdana Menteri dapat dilihat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tiada peruntukan yang boleh disebut secara spesifik tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri.

Seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda. Kuasa budi bicara di sini bermaksud kuasa yang dilaksanakan oleh baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa nasihat daripada mana-mana pihak. Kuasa pelantikan ini diamanahkan kepada Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.  Perkara 40(2) menyatakan;
Yang di- Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini”. Peruntukan ini adalah jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.Sementara itu Perlembagaan menyatakan dalam Perkara 43 bahawa;
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;”.Menerusi Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipetik di atas, agak jelas bahawa, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik sembarangan orang yang baginda sukai sebagai Perdana Menteri. Seseorang itu hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sekiranya dia seorang Ahli Dewan Rakyat dan pada hemat baginda seseorang yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Syarat penting yang perlu diberikan perhatian besar oleh Yang di-Pertuan Agong ketika melantik Perdana Menteri ialah “kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat”. Persoalan yang timbul di sini ialah, bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong boleh menentukan sama ada seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Perlembagaan tidak menyatakan secara khusus tentang mekanisme atau metod yang wajib dipatuhi oleh Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan siapa yang mempunyai kepercayaan majoriti. Oleh yang demikian, ia adalah terbuka kepada budi bicara baginda sendiri. Malah, tiada mekanisme yang mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan yang diambil oleh baginda apabila baginda yakin bahawa seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti. Misalnya, Parlimen tidak mempunyai kuasa khas untuk menilai keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan seseorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai kepercayaan majoriti.

Kuasa menentukan ‘kepercayaan’ tersebut adalah sebenar-benarnya budi bicara baginda. Dengan itu, kebijaksanaan baginda jualah yang boleh menentukan siapa yang memiliki kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Misalnya, baginda boleh memanggil dan ‘menemuduga’ setiap Ahli Dewan secara individu bagi memberikan baginda keyakinan kepada keputusan yang akan diambil dalam menentukan kepercayaan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Pemecatan Perdana Menteri

Mengenai pemecatan Perdana Menteri daripada jawatannya, Perlembagaan tidak menyebut tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri.

Persoalan yang dibangkitkan ialah, adakah satu autoriti yang mempunyai kuasa melantik akan juga mempunyai kuasa memecat?

Prinsip umum ialah, sesiapa yang mempunyai kuasa melantik akan juga mempunyai memecat. Namun begitu, sekiranya kuasa melantik itu disandarkan kepada pengaruh atau syarat-syarat lain, maka kuasa memecat adalah juga tertakluk kepada syarat lantikan tersebut. 
Prinsip ini dapat dilihat dalam Seksyen 29 pada Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan:
Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja

Jika suatu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa kuasa untuk membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung sedemikian atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

Dengan syarat bahawa jika kuasa orang atau pihak berkuasa itu untuk membuat perlantikan itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan seseorang atau sesuatu pihak berkuasa lain, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa untuk membuang kerja itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan orang atau pihak berkuasa yang lain itu Jika diperhatikan peruntukan di bawah Perkara 43(2) yang dipetik di atas, kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik adalah bergantung kepada “kepercayaan majoriti Ahli Dewan.” Maka jika dibaca Seksyen 29 di atas, pemecatan Perdana Menteri juga adalah bersyarat, iaitu, ia hendaklah dengan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan. Ini kerana lantikan adalah bersyarat kepada adanya kepercayaan majoriti Ahli Dewan, maka pemecatan juga boleh berlaku sekiranya syarat lantikan itu telah tiada. Sebagai contoh, perdana Menteri telah kehilangan kerusi di Parlimen sebagai Ahli Dewan Rakyat, maka beliau telah hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri. Begitu juga sekiranya Perdana Menteri tersebut telah kehilangan kepercayaan majoriti. Maka beliau juga telah kehilangan kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri.

Hilang Kepercayaan

Penegasan yang perlu dibuat di sini ialah kepercayaan majoriti hendaklah datangnya daripada Ahli Dewan, bukan mana-mana pihak di luar Dewan. Sebagai contoh, sekiranya pemimpin Parti Politik Perdana Menteri itu sendiri tidak mempunyai kepercayaan kepadanya, Perdana Menteri masih lagi sah sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau masih lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Proses hilang kepercayaan daripada Ahli Dewan Rakyat boleh berlaku di dalam atau di luar Dewan. Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin v. Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Attorney General (Intervener) [2010] 2 CLJ 925 menjelaskan bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan negeri Perak yang mensyaratkan bahawa undi tidak percaya, atau undi hilang kepercayaan hendaklah dinyatakan secara formal di dalam Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini, kes Datuk (Datu) Amir Kahar Tun Datu Haji Mustapha v. Tun Mohd Said Keruak & 8 Ors [1995] 1 CLJ 184 HC juga telah membuat prinsip yang sama, iaitu pernyataan hilang kepercayaan boleh berlaku di luar dewan, dalam keadaan yang dinamakan sebagai “extraneous circumstances”. Keadaan ini berlaku apabila beberapa Ahli Dewan telah menytakan mereka telah tidak lagi memberikan kepercayaan kepada Ketua Menteri.

Secara langsung, keputusan kes dari negeri Perak, yang merupakan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ini boleh dijadikan rujukan dan ikutan bagi menjawab persoalan bagaimana Perdana Menteri boleh dianggap telah hilang kepercayaan daripada Ahli Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada apa juga bukti yang menunjukkan bahawa Ahli Dewan Rakyat telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya menunggu hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri berlaku di dalam Dewan Rakyat.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak berpuas hati tentang hilangnya kepercayaan Ahli Dewan kepada Perdana Menteri, maka baginda tidak boleh memecat Perdana Menteri sedia ada dan sekali gus baginda juga tidak boleh melantik seorang lain sebagai Perdana Menteri. Sebagai rumusan, kuasa memecat Perdana Menteri daripada jawatannya tidak tertakluk kepada kuasa budi-bicara Yang di-Pertuan Agong walaupun kuasa melantik adalah kuasa budi-bicara baginda. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memecat Perdana Menteri sekiranya baginda yakin tentang kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan dan baginda enggan membubarkan Dewan sekiranya diminta oleh Perdana Menteri. Keadaan ini disebut dalam Perkara 43(4).Does it mean Mahathir could stay on without the need for PH support should he command the majority of the Dewan Rakyat members?

It means Anwar will have to propose a vote of no confidence for the March Parliament session. May will be too late. From media report, PAS intend to propose a vote of confidence for Mahathir to finish his term.

Parliament will convene for March 9th to April 16 2020. Tic toc tic toc .... 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2020/02/how-to-dissolve-parliament-and-dismiss.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Can One Man Handle Being Both Prime Minister And Finance Minister At The Same Time

Can One Man Handle Being Both Prime Minister And Finance Minister At The Same Time

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 206 hits
Malaysia s former Finance Ministers say it s high time Najib relinquish one of his positions to fully focus on being either the Prime Minister or the Finance Minister img alt 9da5a58687ee685a92b906828815ae5e src https says connect productio...
Otai Reformasi Wants Dr Mahathir To Step Down As Prime Minister In May

Otai Reformasi Wants Dr Mahathir To Step Down As Prime Minister In May

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 201 hits
Otai Reformasi agrees with PKR president Anwar Ibrahim s call to all parties including those in the Pakatan Harapan coalition to stop discussing the transition in prime minister publicly However its secretary Abdul Razak Ismail said Otai Re...
Pas To Table Motion Of Confidence In Parliament For Dr M To Complete Term

Pas To Table Motion Of Confidence In Parliament For Dr M To Complete Term

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 232 hits
Islamist party PAS said it is planning to table a motion of confidence in Parliament to pledge support for Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad for him to see out the current electoral term Made during a joint press conference attended by...
Support Me Then Back Pakatan Govt In Parliament Dr M Tells Umno Pas

Support Me Then Back Pakatan Govt In Parliament Dr M Tells Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 225 hits
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today he is expecting opposition parties Umno and PAS to support changes proposed by his Pakatan Harapan administration in Parliament Amid rumours of a tripartite cooperation proposal between his ...
Cashier Operations Assistant Aeon Maxvalu Prime The Sphere Bangsar South Diperlukan Segera

Cashier Operations Assistant Aeon Maxvalu Prime The Sphere Bangsar South Diperlukan Segera

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 243 hits
Providing good service and friendly service to customers Ensure each payment in accordance with the procedures set Responsible for the cash received by customers until the end of shift Ensure the counters are kept clean and tidy Pleasant di...
Parliament Decides If I Stay As Pm Says Mahathir

Parliament Decides If I Stay As Pm Says Mahathir

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 198 hits
Dr Mahathir Mohamad says the Dewan Rakyat holds more power than himself stressing that he only became prime minister as he had the support of the majority of MPs When asked whether he will keep his promise to relinquish the top post to PKR ...
Restore Our Right To Appoint Judicial Commissioners Says Sarawak Mp

Restore Our Right To Appoint Judicial Commissioners Says Sarawak Mp

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 200 hits
Santubong MP Wan Junaidi Tuanku Jaafar said there had been no reply to his queries in Parliament KUCHING An MP in Sarawak has urged Putrajaya to restore the power of the heads of state in Sabah and Sarawak to appoint judicial commissioners ...
How To Match The Look Of Your Home With The Garden

How To Match The Look Of Your Home With The Garden

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 262 hits
Having a wonderful home with a nice garden in front is of it is everyone s dream People who want to have a perfect living area always strive to combine the best ways to achieve harmony The post appeared first on
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Anda Diintai Tanpa Sedar Di Internet

Miniatur Bis Kalebas Legacy Sr3

Filem Tentang Sisi Gelap Suatu Entiti Bakal Melambak

Lasserhaus Where Contemporary Art Meets Hospitality By Vudafieri Saverino Partners In South Tyrol

10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group