Hiperhidrosis


Pernah tak anda mengalami peluh berlebihan..??..maksud aku berpeluh secara melampau tanpa mengira keadaan, pernah..??..tak selesa, geli & menjijikan...eeeEEeee..!!!...Pernah tak anda terfikir berpeluh secara melampau adalah satu masalah kesihatan..??..normal la tu berpeluh, tanda sihat..tapi keadaan tu pd org yg dilahirkan normal & tidak pd mereka yg menghadapi berpeluh secara berlebihan..utk pengetahuan semua masalah kesihatan ini bukanlah penyakit..tak boleh berjangkit pun..tak bawak mati pn..jgn salah faham..Tahukah anda terdapat 1 istilah @ term khas yg digunakan dlm bidang perubatan utk  merujuk kepada masalah ini iaitu HIPERHIDROSIS...Hiperhidrosis dialami oleh berjuta-juta org diseluruh dunia..kajian menunjukkan 3% penduduk Asia Tenggara mengalami masalah ini..hiperhidrosis tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya tapi boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya..berpeluh yg keterlaluan terutama pd bahagian MUKA, TAPAK TANGAN, KETIAK & KAKI boleh menganggu perjalanan kehidupan harian seseorg itu kerana ia akan menimbulkan rasa tidak selesa, malu, kurang yakin diri serta rendah diri ketika berdepan dgn masyarakat luar..
TANGGAPAN MASYARAKAT
Masyarakat hari ni terlalu sukar utk menerima sesuatu yg di anggap ganjil..(tp buat benda pelik2 senang pulak dorg terima..) disisih kerana berpeluh byk, dikutuk, dipandang sinis, jijik, tidak boleh bergaul & banyak lg cabaran serta dugaan yg perlu dihadapi oleh penghidap masalah ini..semuanyer mengundang rasa sakit hati, tersinggung perasaan, seksaan emosi & sedih dlm diri mereka..apa salah mereka..??..berdosakah mereka..??..segala berlaku adalah takdir..mereka tidak pernah memintanyer..mereka jugak ada perasaan..mereka manusia biasa..tapi kenapa ada yg memperlakukan mereka seperti insan yg tidak sempurna..??..cukup sempurnakah diri anda semua hingga menghakimi mereka semua..??..biarpun sering disakiti namun mereka menerimanyer dgn tabah & sabar, juga mengajar mereka erti nilai kemanusiaan..
JENIS HIPERHIDROSIS
Berbalik kepada  masalah hiperhidrosis, menurut Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Dr Jeswant Dillon, hiperhidrosis boleh berlaku pada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur, tetapi biasanya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat. Katanya, hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis, iaitu1-PRIMER  ( idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya)
2-SEKUNDER ( disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopaus)

BAHAGIAN UTAMA

Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu 

1-      MUKA2-       KETIAK (aksilari)3-       TAPAK TANGAN (palmar)4-      KAKI(plantar). Bahagian ini akan mengalami masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis. Ada pesakit yang datang berjumpa saya terpaksa memakai plastik dalam kasut bagi menadah peluhnya. Ia masalah memalukan yang boleh menjejaskan kualiti hidup dan kerja. Walaupun prevalens rendah iaitu hanya 3% daripada jumlah penduduk, ia membabitkan jumlah besar iaitu lebih 700,000 orang di negara kita, katanya.
PUNCA
Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, tetapi ada beberapa kemungkinan yang menyebabkannya. Ia mungkin disebabkan 1-      PENYAKIT EKRIN KELENJAR PELUH di seluruh badan, tetapi paling banyak di tapak tangan dan kaki. 2-      AKTIVITI SARAF SIMPATETIK KETERLALUAN YG MEMBERI RANGSANGAN KEPADA KELENJAR PELUH YG NORMAL, menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa singkat. Namun, tiada siapa tahu bagaimana dan apa menyebabkan saraf simpatetik bertindak keterlaluan.Dr Jeswant berkata, hiperhidrosis boleh diwarisi. Kira-kira 25 hingga 50 peratus pesakit mempunyai sejarah keluarga mengalami hiperhidrosis. Anak yang dilahirkan ibu bapa hiperhidrosis mempunyai kebarangkalian 25 peratus mendapat masalah sama. Masalah ini berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun dan biasanya bermula ketika mencecah 25 tahun. Namun, hiperhidrosis boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.Ia hanya menjadi masalah besar apabila gejala peluh keterlaluan ini mula mendatangkan rasa tidak selesa, mengganggu perjalanan aktiviti harian, menjejaskan prestasi kerja dan membuatkan seseorang kurang keyakinan diri. Badan pesakit boleh mengeluarkan banyak peluh dalam hampir semua keadaan, walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin. Ia bukan saja dipengaruhi keadaan persekitaran, malah perubahan emosi seperti resah, gelisah, gementar, sedih dan gembira pun badan mengeluarkan banyak peluh.
BEBAN PENGHIDAP HIPERHIDROSIS
1-Tidak dapat melakukan aktiviti harian.                
2-Perasaan malu apabila baju dan tapak tangan basah.
3-Perlu kerap menukar baju dan stokin (lebih dua kali sehari).
4-Enggan bersalaman atau berjabat tangan.
5-Banyak aktiviti harian tidak dapat dijalankan.
6-Prestasi dan produktiviti terjejas.
7-Boleh membahayakan nyawa jika pekerjaan pesakit berkaitan dengan elektrik.
8-Malu menyertai aktiviti sosial keluarga dan rakan.
9- Tertekan
10- Kecewa dengan diri sendiri
11- Kurang keyakinan diri

12- Kulit menjadi kurang pejal akibat sentiasa lembap
13- Kelembapan berpanjangan tingkatkan risiko jangkitan bakteria dan kulat
14- Maslah dalam hubungan intim


Masalah dihadapi lelaki dan wanita adalah sama. Pada umumnya pesakit berasa kurang selesa bergaul dengan orang lain, terutama rakan baru yang tidak tahu masalah mereka. Bahkan ada pesakit terpaksa memilih pakaian berwarna gelap untuk melindungi perkara ini dan berasa tidak selesa untuk duduk berdekatan orang lain.Selain berdepan masalah ketiak sentiasa basah, mereka perlu lebih kerap menukar stokin bagi mengelakkan gejala kaki berbau. Pada masa sama pilihan untuk kasut juga terhad akibat peluh berlebihan pada kaki.


RAWATAN


Dalam setiap tangis itu ada gembiranyer, dalam setiap sakit itu ada penawarnyer..begitu jugaklah dgn masalah hiperhidrosis ini..Rawatan dibahagikan kepada dua iaitu1-BUKAN PEMBEDAHAN (luaran, ubat makan, iontoforesis atau pengionan serta suntikan Botulinum toksin) 2-PEMBEDAHAN
Dr Jeswant berkata, jenis rawatan bergantung kepada tahap masalah.1-Jika masalah hanya sedikit, mereka diberi ubat sapu atau anti peluh mengandungi aluminium klorida. Kaedah kedua pula ialah ubat makan mengandungi ejen anti kolinergik seperti glycopyrrolate dan amitriptyline bagi mengehadkan aktiviti saraf. Bagaimanapun, kesan sampingannya yang ketara menyebabkan ubat kaedah ini kurang popular.
2-Kaedah pengionan juga kurang digemari kerana kulit berasa sakit apabila dikenakan arus elektrik. Lagipun, kaedah ini mengambil masa panjang dan perlu diulang. Suntikan Botulinum Toksin A sering digunakan untuk merawat hiperhidrosis aksilari dengan melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh. Namun kaedah ini juga kurang praktikal kerana ia bukan saja mahal, tetapi menyebabkan rasa sakit dan perlu diulang setiap empat hingga enam bulan.
3-Cara terbaik ialah menjalani pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS) yang mengambil masa sejam. Pembedahan dapatmengatasi masalah tangan berpeluh hampir 99 peratus, ketiak berpeluh (90 peratus) dan kaki berpeluh sebanyak 70 peratus.
Pembedahan memberi kesan serta merta dan sepanjang hayat. Ia dilakukan menggunakan kaedah pembedahan lubang kunci (pembedahan minimali invasif) iaitu membabitkan luka kecil kira-kira 0.5 sentimeter, kurang sakit dan cepat sembuh. Malah tempoh pesakit tinggal di hospital juga singkat iaitu antara tiga hingga empat hari saja. Kesan luka pembedahan di bawah ketiak dapat dilindungi dan ini penting bagi pesakit, terutama perempuan, katanya.Bagaimanapun, katanya, bukan semua pesakit perlu dibedah kerana pembedahan adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah hiperhidrosis. Bagi individu yang mengalami masalah ini, Dr Jeswant menyarankan mereka mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu dan jangan biarkan ia berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan. Rawatan boleh didapati di IJN dan pusat itu menjalankan lebih 260 pembedahan hiperhidrosis sejak ia diperkenalkan pada 1995.

Untuk  sementara ini hanya 2 hospital swasta & 2 hospital kerajaan yg menawarkan pembedahan ini..
Hospital swasta :
1-      Institut Jantung Negara (IJN)2-      Subang Jaya Sime Darby3-      KPJ PenangHospital kerajaan :1-      HUKM2-      Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA)Ini lah senarai hospital yg menawarkan pembedahan utk hiperhidrosis...tak banyak..mungkin sebab masih baru lg di Malaysia..lagipun kos rawatan utk hiperhidrosis agak tinggi iaitu sekitar RM 10 ribu ke atas untuk pembedahan yg hanya mengambil masa lebih kurang sejam saja..tetapi kini pembedahan ini boleh dilakukan di 2 hospital kerajaan yg tersenarai di atas dengan harga yg lebih murah berbanding dengan hospital swasta..Disini aku nak tegaskan & simpulkan bahawa HIPERHIDROSIS bukanlah penyakit berjangkit..janganlah anda semua mengamalakn ‘double standard’ pd mereka yg pernah menghidapi @ yg sedang mengalaminyer..jangan dipandang serong apatah lagi jijik pd mereka..apa yg berlaku bukan salah mereka..ini semua takdir Tuhan yg sedang berbisik menguji kesabaran serta ketabahan hati mereka..bayangkan jika 1 hari nanti ada dikalangan ahli keluarga anda yg menghidapi hiperhidrosis ini & diperlakukan seperti yg itu, apakah perasaan anda..??..what goes around come back around..renung-renungkan lah...sekian saja dari aku...
**Ya, aku adalah di antara 700,000 org di negara ini menghidap hiperhidrosis..aku memahami perasaan mereka yg tergolong dalam ‘kumpulan’ ini...alhamdulillah, kini aku tidak lagi ‘berhiperhidrosis’...terima kasih Allah kerana member aku peluang utk hidup seperti org yg ‘normal’..terima kasih jugak pada mak, ayah, adikberadik, Dato’ Dr Jeswant Dillon serta jururawat yg telah menjaga aku selama aku ‘berpantang’ disana..terima kasih semua...jasa anda semua aku kenang sampai akhir nyawa aku...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://saifhaqiem.blogspot.com/2013/09/hiperhidrosis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Validating Your Startup Idea

Kena Scam Dengan Sakinah Top Fb

Pengalaman Menambah Nilai Kad Touch N Go Di Caring Pharmacy

Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

Hiburan You Touch You Go Pengerusi Mara Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pembuli

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

Rachel Zegler S Legs And Feet In Tights 6


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Aafiyah Tamat Tadika Siti Nurhaliza Kongsi Kegembiraan

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Bahayakah Tekanan Darah Rendah

Bersenam Secara Konsisten Ke Atau Ikut Kelapangan

Standar Negara Maju Dan Bahagia Menurut Perspektif Al Qur An

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda