Hindari Covid 19 Untuk Diri Keluarga Bacalah Al Fatihah Istighfar Selawat
Setiap hari ada sahaja kes jangkitan COVID-19 yang baharu. Banyak inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk memerangi isu ini. Rakyat Malaysia juga peka dengan hal COVID-19 ini serta mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil langkah pencegahan untuk mengelak jangkitan virus ini.
Selain perubatan secara sains dan langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh KKM, kita juga boleh mengamalkan doa-doa tertentu sebagai ikhtiar mencegah penularan COVID-19.
Artikel Berkaitan: [Guna Air & Sabun Untuk Bersihkan Diri Dari Koronavirus. Tak Semua Hand Sanitizer Berkesan]
Seperti yang dikongsikan oleh Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia, antara amalan dan ikhtiar untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan anak-anak adalah dengan menggunakan air mineral.
Caranya adalah dengan membacakan Al Fatihah 1 kali, istighfar 7 kali, berselawat 3 kali dan membaca Hizb Nawawi.
Dimulakan dengan bacaan ayat Al Fatihah sehingga selesai semuanya, hadirkan niat dalam hati dan mohonlah agar Allah SWT menghindarkan diri, anak-anak dan keluarga (serta sesiapa sahaja yang diniatkan) agar terlepas dari wabak COVID-19.
Sumber: Scribd
Selepas selesai bacaan doa ini, tiup di kedua telapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Boleh juga ditiup pada air dan diminum seisi keluarga.
Selain amalan ini, anda boleh juga mengamalkan beberapa bacaan ayat Yasin sebagai ikhtiar melindungi diri dan sesiapa yang diingini dari jangkitan virus ini.
Artikel Berkaitan: [Jika Malaysia ‘Lock Down’ Jangan Panik. Bertenang & Beli Barang Ikut Keperluan Sahaja]
Ayat untuk sakit batuk, selesema dan antibodi badan lemah, surah YASIN (ayat 58). Amalkan dan banyakkan berdoa kepada Allah. Sangat besar fadilatnya kepada yang mengamalkan ayat ini.
Cara-caranya:
1. Baca 40 kali setiap kali lepas solat
2. Jika selesema baca 40 kali pada air dan minum
Kita sering mengikuti majlis bacaan yasin sama ada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah Yasin.
Kepada sesiapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada ayat ke-58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik.
Insya-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.
Baca dan bunyinya begini:
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’
The post Hindari COVID-19 Untuk Diri & Keluarga, Bacalah Al-Fatihah, Istighfar & Selawat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hindari-covid-19-untuk-diri-keluarga-bacalah-al-fatihah-istighfar-selawat/