Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan


Ramadan datang lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Bila tiba bulan puasa, pasti ibu-ibu buntu memikirkan menu untuk sahur dan berbuka lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu yang dimasak haruslah menambat selera mereka. Khas untuk anda, RASA kongsikan 30 resipi aneka lauk pauk mudah yang sesuai disajikan sewaktu sahur sepanjang bulan puasa nanti. Paling penting, sedap dan mudah dimasak. Selamat mencuba!
 
KOLEKSI RESIPI MENU SAHUR UNTUK 30 HARI PUASA
 
1. AYAM PANDAN

BAHAN-BAHAN:
5 ketul paha ayam1/2 sudu makan serbuk lada putih (beli online disini)1 sudu makan serbuk paprika1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasaDaun pandan secukupnyaMinyak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada putih, serbuk paprika, serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya. Perap selama satu jam.Kemudian balut ayam menggunakan daun pandan. Ikat kemas.Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuningkeemasan. Angkat dan tos. 
2. AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos3 batang serai | titik12 biji cili padi | hiris memanjang2 biji bawang besar | hiris bulat (beli online disini)3 ulas bawang putih | titik (beli online disini)3cm halia muda | hiris memanjang2 sudu makan kicap pekat (beli online disini)2 sudu makan kicap manis (beli online disini)1 sudu makan air asam Jawa (beli online disini)Garam,gula dan perasa secukupnya4 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.Biarkan  isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.Seterusnya masukkan kicap  manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.Ayam sedia dihidangkan. 
3. SAMBAL SARDIN KENTANG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – beli online disini 
2-3 biji bawang merah – kisar / tumbuk – beli online disini
1-2 ulas bawang putih – kisar / tumbuk – beli online disini
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – kisar / tumbuk
1-2 biji cili merah – kisar / tumbuk
1-2 biji ubi kentang – beli online disini
Garam, gula & perasa secukupnya
Limau nipis – jika suka
CARA MEMASAK:
1.Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tumbuk atau kisar.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sardin yang telah diasingkan dari sosnya hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ubi kentang yang telah dihiris kecil.
4. Kemudian tumis bahan kisar tadi namun jangan tumis hingga terlalu garing. Masukkan bersama sedikit air dari balang pengisar. Jika guna lesung, masukkan air dalam lesung sahaja.
5. Jika suka, boleh masukkan juga sedikit sos sardin. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
6. Bila kuah kelihatan sempurna dan pecah minyak, masukkan sardin dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang. Untuk rasa lebih padu, boleh perah sedikit jus limau nipis.
Kredit resipi & foto: Linda Mohd
 
4. DAGING GORENG KAILAN

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis1 sudu teh kicap (beli online disini)2 sudu teh minyak sayur1 sudu teh tepung jagung (beli online disini)Sedikit garam dan gulaBahan Sos:
2 sudu makan air1 sudu teh minyak bijan (beli online disini)1 sudu teh tepung jagung (beli online disini)Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm  & celur angkat2 sudu makan minyak1 biji cili merah | hiris serong2 biji bawang merah | hiris6 ulas bawang putih | cincang kasar3 sudu minyak masakGaram dan perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.Sambil itu sediakan sos.  Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan  bawang putih, bawang merah hingga wangi.Kemudian masukkan  daging yang telah diperap tadi.Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.Angkat dan sedia dihidangkan. 
5. DAGING GORENG KICAP BERCILI

BAHAN-BAHAN:
400gm daging |hiris nipis30ml kicap manis (beli online disini)10gm sos tiram (beli online disini)8 biji cili padi |ditumbuk kasar4 ulas bawang putih|dicincang3cm halia |dihiris nipis1 labu bawang besar |potong bulat1 tangkai daun bawang |dipotong seinciGaram secukup rasaLada sulah secukup rasa (beli online disini)CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa. 
6. IKAN DORY MASAK BERSAMA FAT CHOY

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm filet ikan Dory | potong 3X3cm½ sudu teh garam½ sudu teh serbuk lada hitam (beli online disini)1 sudu makan tepung jagung (beli online disini)Bahan Lain:
1 pokok Fat Choy | potong panjang 1 biji bawang besar | hiris (beli online disini)3 ulas bawang putih | hiris (beli online disini)2cm halia |hiris memanjang1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang1 biji cili merah | hiris memanjang1 sudu makan sos tiram (beli online disini)Minyak masak untuk menggorengGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing.  Ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih. 
7. TAUFU TELUR MASAK SOS HAILAM

BAHAN-BAHAN:
2 paket taufu telur | dipotong1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang20gm cendawan | dihiris20gm isi ayam2 sudu makan kicap pekat (beli online disini)40ml air1/ 2 sudu makan minyak bijan (beli online disini)Sedikit daun ketumbar Garam secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tao foo telur hingga garing. Ketepikan.Tumis bawang merah, isi ayam dan cendawan hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.Seterusnya masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.Susun taufu yang telah digoreng tadi diatas pinggan dan tuangkan sos keatasnya. Sedia untuk dinikmati. 
8. DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis1 sudu teh garam1sudu teh gula1 sudu teh kicap1sudu teh minyak bijan (beli online disini)1 sudu teh tepung jagung (beli online disini)Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat3 sudu makan air rebusan stok ayam2 sudu makan sos tiram2 sudu makan gula1 sudu teh minyak bijan1 sudu teh tepung jagungTumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus1 biji bawang besar | dadu kecil3cm halia  | hiris halus memanjangBahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak400gm kacang pis | bersihkan1/2 biji cili benggalaGaram gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).Tuangkan bahan sos dan kacau rata.  Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas. 
9. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan tongkol45ml kicap manis20gm serbuk ketumbar20gm serbuk jintan manis1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang3 biji buah pelaga5 ulas bawang putih|cincang halus1 labu bawang besar|dibelah empat1 biji cili merah |dipotong serongGaram secukup rasaLada sulah secukup rasaCARA MEMASAK:
Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing.  Ketepikan.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap.  Didihkan seminit.Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
 
10. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih1 sudu teh garam1 sudu teh minyak bijan (beli online disini)½ sudu teh serbuk lada sulahHirisan:
4 ulas bawang putih | cincang1 biji bawang besar | cincang3cm halia muda | hiris halus memanjangLain-lain:
4 biji telur1/2 sudu teh serbuk lada putih50gm daun bawang | potong 3cm1 sudu makan susu segar Garam secukup rasa2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.Kemudian masukkan  udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.Kacau rata dan tutup api.Sedia dihidangkan panas-panas. 
11. ASAM PEDAS TELUR MASIN 

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin1 sudu teh halba4 sudu makan cili kering kisar5 biji bawang merah | kisar2 ulas bawang putih |kisar½ inci halia |kisar½ inci kunyit hidup |kisarSedikit air asam jawa 2 tangkai daun kesumMinyak untuk menumisGaram secukup rasa1 mangkuk airCARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.Angkat dan sedia dihidangkan. 
12. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm1 sudu makan putih telur | pukul perlahan1/4sudu teh serbuk lada sulah2 sudu makan tepung jagung (beli online disini)Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili (beli online disini)1 sudu makan kicap3 sudu makan air1 sudu makan tepung jagung1 sudu teh gulaSedikit garam jika perluBahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar4 pokok daun bawang | potong 2-3cm5 tangkai cili kering | potong 2cm1/2 sudu teh perasa ikan bilisCARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan  perapan yang lain dalam mangkuk.Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.Sementara itu masukkan semua  bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.Panaskan minyak,  goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.Tutup api, dan gaul rata.Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas. 
13. SUP TELUR CENDAWAN TIRAM 

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur5 biji bawang merah | dikisar2 ulas bawang putih | dikisar10 tangkai cendawan tiram |potongSedikit bunga kubis |potongSedikit daun sup |racik kasarSedikit suhun1 mangkuk airGaram secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.Angkat dan sedia dihidangkan. 
 14. DAGING GORENG TUMIS 

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos1/2 sudu teh biji sawi 4 sudu makan minyak masaktangkai daun kari | lurut dari tangkai4 tangkai cili kering | hiris halus1sudu teh serbuk lada hitam1 sudu teh serbuk kari (beli online disini)Bahan Tumis:
4 biji  bawang besar | buang kulit dan cincang4cm halia muda | hiris memanjang6 ulas bawang putih | cincang halusBahan-bahan lain:
1 biji cili hijau | hiris halus3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai1 sudu makan serbuk cili1 pokok daun ketumbar | hiris halus1 sudu makan serbuk lada hitam1 sudu teh serbuk kari daging1/2 sudu teh serbuk kunyit1 sudu makan cuka makanGaram & gula secukup rasaMinyak secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain.Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit.Masukkan 1 cawan air dalam daging yang telah diperap dan didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.Masukkan daun kari dan kacau seketika.Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.Kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga kering tadi.Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau.Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan.Tutup api, dan hidangkan daging bersama nasi putih atau capati. 
15. SOTONG  MASALA

BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh serbuk kunyit1/2 serbuk lada sulahBahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus1 biji bawang besar | dadu kecil3cm halia muda | hiris halus memanjang3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkaiBahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat1 pokok daun ketumbar | hiris halus1/2 sudu teh serbuk lada hitam1/2 sudu makan serbuk kunyit1 sudu teh rempah masala1 biji tomato | potong dadu2 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasa.2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.Seterusnya masukkan  serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato.  Kacau seketika.Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan. 
16. AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh garam halus1/2 sudu teh serbuk lada sulahBahan Hirisan:
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang2 tangkai cili merah | hirisBahan Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang (beli online disini)1 biji bawang besar | hiris (beli online disini)3cm halia muda | hiris halusBahan-Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu makan sos tiram1/2 sudu teh perasa ayamGaram, gula dan perasa secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan  tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.Kacau seketika, kemudian tutup api.Sedia dihidangkan. 
17. AYAM LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil50gm daun bawangRempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga3 biji cili merah | hiris memanjang1 biji bawang besar | dadu kecil5ulas bawang putih | cincang3cm halia mudah | hiris halus1 sudu teh lada hitam | kisar kasar1 sudu makan sos tomato  (beli online disini)1 sudu makan sos lada hitam (beli online disini)1 sudu makan kicap pekat manisMinyak untuk menumisGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.Kemudian perasakan dengan garam, gula  secukupnya.Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas. 
18. TELUR MASAK ROS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
6 biji telur | direbus dan dibuang kulit200gm bawang merah | dikisar20gm bawang putih | dikisar10gm halia | dikisar50gm serai | dikisar1 sudu makan cili giling1 batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga2 kuntum bunga lawang1 tin puri tomato50gm sos cili50ml airGaram dan gula secukup rasaMinyak masak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi.Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata.Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa.Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.Info Chef:  Boleh juga menggunakan telur itik segar untuk resipi ini.
 
19. TELUR GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | digoreng mata1 biji bawang besar | dihiris100gm lobak merah | dihiris6 biji kacang pis1/2 biji lada benggala | dihirisGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, lobak merah, kacang pis dan lada benggala sehingga wangi dan separuh masak.Kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.Untuk menghidang, susun telur yang digoreng di dalam pinggan hidangan dan letakkan sayur tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.Info Chef:  Elakkan dari menggoreng sayur terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya.
 
20. TELUR DADAR GULUNG

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur1 ulas bawang merah besar2 sudu makan sos cili1 sudu makan mayones50gm sayur campurSedikit minyak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang.Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan.Sedia untuk dihidangkan.Info Chef:  Boleh juga menggunakan hirisan makanan laut untuk rasa lebih enak.
 
21. NASI GORENG BIASA

BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih2 ulas bawang putih – ketuk3 sudu makan cili boh1 biji telur100gm isi ayam – potong nipis100gm udang – bersihkan100gm sotong – hiris100gm sawi – potong100gm kubis cina – potongGaram secukupnyaMinyak untuk menumis secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.Angkat dan sedia dihidangkan. 
22. NASI GORENG CINA  

BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih2 ulas  bawang putih – ketuk1 biji telur100gm isi ayam – potong nipis100gm isi udang – bersihkan100gm isi sotong – hiris nipis50gm sayur campurGaram secukupnyaMinyak untuk menumis secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk.Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta sayur campur.Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.Sedia dihidangkan panas-panas. 
23. NASI GORENG SRI BAGAN

BAHAN BAHAN:
175gm nasi putih2 ulas bawang putih – diketuk4 biji cili padi ( bahan A )1 sudu rempah sup ( bahan A )1 sudu rempah kurma ( bahan A )1 biji telur100gm isi ayam – potong nipis100gm udang – bersihkan100gm sotong – hiris100gm kacang hijau  Garam secukupnyaMinyak untuk menumis secukupnya 
CARA MEMASAK :-
Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk dan Bahan A yang telah dikisar sehingga naik bau.Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta kacang hijau.Masukkan nasi gaul hingga rata.Sedia dihidangkan. 
24. NASI GORENG AYAM  

BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih2 ulas  bawang putih – ketuk3 sudu cili boh1 biji telur100gm sawi – potong100gm kubis cina – potonggaram secukupnya1 ketul ayam ( paha / dada )Minyak untuk menggoreng secukupnyaCARA MEMASAK
Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.Masukkan telur, garam, sawi dan kubis cina.Masukkan nasi gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng. 
25. DAGING GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN:
Daging – hiris nipis
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cili padi
Bawang putih – beli online disini
Bawang merah – beli online disini
1 inci halia – hiris
Sos cili – beli online disini
Kicap pekat – beli online disini
Sos tiram – beli online disini
Kacang Panjang secukupnya – hiris
Hirisan bawang besar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging hingga 80% masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya kisar cili padi, bawang putih dan bawang merah. Jumlahnya bergantung pada jumlah daging yang anda guna.
4. Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan halia. Masak lagi hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat dan juga sos tiram dengan secukupnya.
6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
7. Masukkan juga hirisan kacang panjang.
8. Tambahkan hirisan bawang dan rasa. Jika kurang masin,boleh tambah garam ikut cita rasa.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Mariam Zainon
 
26. SUP IKAN SIAKAP

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap | dibersihkan dan dikelar1 batang kulit kayu manis1 butir bunga lawang4 ulas bawang putih | dihiris nipis4 biji bawang merah | dihiris nipis1 biji lada merah | dihiris nipis1/2 biji lobak merah | dihiris1 biji tomato | dibelah enam1/2 cawan air asam jawaBawang goreng secukupnyaAir secukupnyaMinyak masak untuk menumisGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang dihiris nipis sehingga naik bau.Tuangkan air secukupnya dan biarkan menggelegak. Kemudian, masukkan pula ikan, lobak merah, air asam jawa dan renehkan sehingga ikan masak sempurna.Seterunya, masukkan pula tomato dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan reneh seketika dan padamkan api.Akhir sekali, masukkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng secukupnya.Sedia untuk dihidangkan.Info Chef: Air asam jawa berfungsi untuk menyeimbangi rasa dan menyedapkan lagi sup.
 
27. AYAM GORENG CILI MASALA

BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu1 sudu teh garam masala1 sudu makan serbuk cili1 sudu teh serbuk lada sulah1 sudu teh serbuk kunyit2 ulas bawang putih | kisar halus2cm halia | kisar  halusMinyak masak secukupnya | untuk menggoreng3 batang kacang panjang | potong 3cm1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm1/2 biji cili Banggala1/2 biji bawang Holland1 sudu makan tepung gandumBAHAN SOS CILI:
3 biji cili merah3 biji cili padi merah1 ulas bawang putih1 biji limau nipis | ambil jusnya sahajaGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih. 
28. AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos2 batang bunga kantan | hiris1 biji bawang besar | potong dadu3 ulas bawang putih | cincang halus3cm halia muda | hiris halus2 batang serai | hiris halus8 biji cili padi | hiris halusGaram, gula dan perasa secukupnyaMinyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.Tutup api, hidangkan panas-panas. 
29. TELUR BUNGKUS SARDIN 

BAHAN-BAHAN
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuahSedikit  cili benggala | dadu halus1 pokok daun bawang | hiris halus1/2 biji buah tomato | dadu halus1/2 biji bawang Holland | dadu halus1 biji bawang putih | cincang halus1 sudu makan pes cili keringGaram dan gula secukup rasa1 sudu makan minyak masakBAHAN TELUR DADAR:
2 – 3 biji telurSecubit garamSecubit serbuk lada sulahCARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.Panaskan  minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan  sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah kuah kering,  tutup api.Sediakan pula telur dadar,  pecahkan telur dalam mangkuk.Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.Tuang telur dan dadarkan ikut saiz  sesuai dengan  isi sardin tadi.Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.Angkat dan sedia dihidangkan.INFO CHEF: Cara mudah untuk terbalikkan telur dadar, tekapkan telur dengan piring atau pinggan di atasnya kemudian terbalikkan kuali. Telur akan masuk dalam piring dengan cantik.
 
30. IKAN MACKEREL ASAM PEDAS  
 
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah4 biji bendi  1 biji tomato | belah empat1 kuntum bunga kantan | belah dua3 pucuk daun kesum1/2 cawan air asam JawaAir secukupnya2 sudu makan pes cili keringGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar2 ulas bawang putih2 cm halia2cm lengkuasCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.  Masukkan pula  air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan ikan.Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan dan daun kesum .Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Biarkan mereneh  seketika sehingga  timbul minyak. Tutup api,Sedia dihidangkan.INFO CHEF:   Jangan kacau selalu untuk mengelakkan isi ikan hancur.
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga

Resipi Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Rangup Memang Tak Cukup Satu

Semperit Susu 3 Bahan Rangup Dan Memang Ketagih Nak Makan

6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak. Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official




The post Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/03/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Menu Sahur Praktis Siap Dalam 10 Menit Antitelat Sahur

3 Menu Sahur Praktis Siap Dalam 10 Menit Antitelat Sahur

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 144 hits
Rekomendasi dan cara memasak 3 menu sahur praktis simpel dan sederhana yang dapat kamu masak dalam 10 menit atau kurang Resep antitelat sahur yang manjur
Entri Terbaik Bulan November Dan December 2021

Entri Terbaik Bulan November Dan December 2021

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 313 hits
Entri Terbaik Bulan November Hingga Oktober 2021 Assalamualaikum Hai kurang semua hari ini baru berkesempatan untuk kongsi entri ini lama sangat tak update blog last update bulan Januari aritu Biasa la sejak laptop rosak screen nak update t...
Bulan Sya Ban Persiapan Menuju Ramadan

Bulan Sya Ban Persiapan Menuju Ramadan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 181 hits
4 Mac 2022 bersamaan 1 Sya ban 1443H Maka berbaki 29 hari lagi persiapan menuju Ramadan yang bakal tiba 18 Mac 2022 hari Jumaat merupakan Malam Nisfu Syaaban mengikut kalendar Masihi Bulan Sya ban di antara bulan yang mempunyai beberapa kel...
Resipi Puding Lapis Surabaya Idea Bisnes Di Bulan Puasa

Resipi Puding Lapis Surabaya Idea Bisnes Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 158 hits
Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi Selain bulan untuk menggandakan ibadah bulan ini juga merupakan pintu rezeki untuk para peniaga menambah pendapatan Salah satu hidangan yang digemari ramai tentunya aneka manisan dan juga k...
Dasar Pengkhianat Buruh Lelaki Ini Kerja 12 Jam Sehari Sepanjang Bulan Dipuji Majikan Tetapi Dikecam Netizen

Dasar Pengkhianat Buruh Lelaki Ini Kerja 12 Jam Sehari Sepanjang Bulan Dipuji Majikan Tetapi Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 201 hits
The ReporterSeorang lelaki di China mendapat penghargaan dan pujian majikannya kerana bekerja 12 jam sehari dalam tempoh 30 hari mencetuskan kontroversi masyarakat di negara itu Pada 18 Februari lalu gambar papan iklan yang menunjukkan peke...
Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 Bulan

Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 Bulan

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 155 hits
Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 bulan LONDON Seorang lelaki berdepan dengan kesengsaraan apabila memiliki perut yang kelihatan seperti sedang hamil sembilan bulan akibat kesan jahitan pembedahan apendiks yang tidak kemas ...
Alasannya Tak Suka Baru 2 Bulan Kahwin Suami Selamba Buang Tampon Isteri

Alasannya Tak Suka Baru 2 Bulan Kahwin Suami Selamba Buang Tampon Isteri

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 195 hits
Alasannya Tak Suka Baru 2 Bulan Kahwin Suami Selamba Buang Tampon Isteri SEORANG wanita berusia 27 tahun berang apabila suaminya bertindak membuang sekotak tampon miliknya gara gara tidak selesa melihatnya Atas faktor perubatan isteri berke...
Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan Rindu Nak Balik Malaysia Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan Rindu Nak Balik Malaysia Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 317 hits
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth Australia berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil 5 bulan Mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Instagram miliknya Ilya akui rasa teruja untuk berkongsi berita gembir...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas