Hiking Gunung Irau


Assalamualaikum...Sekarang aku dah tak reti nak tulis cerita supaya senang dibaca dan mudah dimengerti.Atas sebab tu aku dah jarang sangat menulis..Penulisan aku ni macam cap ayam je..Macam bodoh jer..tapi aku cuba juga tulis cerita aku daki gunung IRAU...Aku ringkaskan cerita sehabis pendek..
Puncak gunung IRAU dilihat dari mossy forest
Aku dari hulu Terengganu dengan 14 orang peserta dari kalangan keluarga aku jer telah daki gunung IRAU pada 13-7-2023..Bertolak dari Terengganu pada 12-7-2023 melalui lebuhraya sungai gawi -gua musang dan terus ke Cameron Highlands dengan empat buah kereta.Di Cameron Highlands kami menyewa di teringkap iaitu sebuah bilik di satu arpament tiga hari dua malam.Check in pada pukul 2.30 petang.Ditempat ini ketinggian nya 1600 mdpl..Suhu boleh dikatakan sejuk juga pada 21 darjah celcius.Sejuk juga lah pada pukul 2.30 petang.Aku sendiri tak lah rasa sejuk sangat.Walau macamana pun suhu menurun kepada 14 darjah Celsius pada waktu malam.14 darjah Celsius aku mampu lagi pakai t shirt, maksudnya 14 darjah tak sejuk sangat kapada aku..Tidur di arpament dah rasa macam orang-orang kaya hehehe
Mossy forest pukul 9.00 pagi.. Salah satu pintu masuk untuk hiking ke gunung IRAU dimossy forest. Disini ketinggian nya 2035 mdpl dan suhu nya 16° celciusHiking gunung IRAU pada 13-7-2023 .,Perdakian bermula pada 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan melalui perkebunan ladang teh dan kebun sayuran..Jarak antara arpament hingga ke tempat start mendaki lebih kurang 3 km dengan laluan bersimen berkecerunan antara 20-30 darjah.Sampai ditempat pendakian iaitu di pintu masuk di mossy forest pada pukul 9.00 pagi..Tinggi ditempat ni ialah 2035 mdpl..

Jambatan kayu dipermulaan pendakianDisini guide memberi taklimat dan membaca doa, taklimat nya merupakan pengenalan gunung IRAU..Gunung IRAU Merupakan sebuah hutan berlumut diseluruh gunung..Gunung IRAU Terletak disempadan Pahang/Perak dan merupakan gunung yang ke-16 tertinggi di Malaysia dan gunung tertinggi di Cameron Highlands..setinggi 2110 mdpl..Jarak perjalanan ialah 3.1 km..Antara taklimat penting Yang diberikan ialah,.    "peserta tak boleh pijak lumut (mossy) sama sekali,tak boleh duduk sembarangan,tak boleh pegang kayu-kayu yang ada lumut, berhati-hati semasa berpijak ditakuti terpijak lumut"    Dikatakan pertumbuhan lumut sangat lambat, memerlukan masa bertahun untuk panjang hanya 1 milimeter,punya lah lambat jauh lebih lambat dari kura-kura berjalan.🤪🤪🤪🤪🤪..
Antara cabarannya
Memulakan hiking pada pukul 9.30 pagi,dan sampai Dipuncak gunung IRAU pada pukul 12.20 tengah hari,Setelah makan serta berehat,bertolak balik pada pukul 1.30 petang .Sampai di mossy forest pada pukul 5.20 petang..Dengan menaiki pacuan empat roda kebawah iaitu ke bilik arpament,sampai pada pukul 6.00 petang..Solat jamak taakhir tau..🤗🤗🤗🤗.
Mossy forestCerita pendakian nya...
Pendakian bermula di mossy forest pada ketinggian 2035 mdpl,Laluan permulaan merupakan jambatan kayu yang dibina selebar 5 kaki,laluan sedikit menaik beberapa meter jauh nya, setelah itu laluan semakin menurun sehingga bertemu laluan hutan mossy..Laluan jambatan kayu dalam 150 meter,Dari sini trek nya semakin menurun, seolah-olah balik dari mendaki,Rasa pelik juga mendaki gunung tapi menuruni gunung,Menuruni gunung tak lah susah sangat sebab tak lawan graviti,tempuh ni memang tak jadi masalah lansung,walaupun melalui 10 tangga besi yang digunakan untuk memudahkan pendaki.Melalui laluan ini hampir satu kilometer,Diperingkat ini ketinggian dari paras laut dalam 1750 mdpl.
Kat sini seperti nak masuk kealam bunian 🤪
Setelah itu bermulalah pendakian yang memeritkan,iaitu pacak yang amat sangat,trek seolah-olah parit dengan kayu-kayu mati yang berselirat,menghalang perjalanan,terpaksa melangkah dan memijak lumpur,setakat ini sangat memeritkan, Walau bagaimanapun sepanjang perjalanan didapati pemandangan yang menakjubkan dengan hutan lumutnya seperti difilem lord of the ring..Memang memukau, kadang-kadang terasa meremang,terasa macam tempat berhantu hahaha, Walau bagaimanapun perasaan itu ditepis jauh-jauh 🤣🤣🤣..


Masa yang diambil disini sekitar satu jam lebih iaitu sampai di summit tipu-tipu yang dinamakan mini IRAU.Disini berehat sekejap dan memulakan perjalanan kepuncak gunung IRAU pada pukul 11.30,
Puncak tipu-tipu iaitu puncak mini IRAU 2031 mdpl
Kepuncak IRAU mesti melalui laluan yang serupa juga iaitu melalui kayu-kayu mati yang berselirat, Permulaan kepuncak IRAU mesti menuruni laluan selepas itu mendaki balik,masa yang diambil disini dalam 50 minit kerana tiba dipuncak IRAU pada pukul 12.20..
Bergambar beramai-ramai dipertengahan pendakian.Ini sebahagian dari ahli team onefamily,ramai lagi yang tak dapat ikut
Bertolak balik pada pukul 1.30 dan sampai digaris mula pada pukul 5.20 petang..Masa yang diambil untuk mendaki ialah 2 jam 50 minit dan masa untuk balik ialah 3 jam 50 minit..pelik mendaki ambik masa yang sikit tp masa balik ambik masa yang panjang iaitu 1 jam lebih lambat semasa jalan balik..Perlu juga diketahui mendaki gunung IRAU lebih susah semasa balik dari semasa pergi kerana keadaan tempatnya,Senang cerita untuk pergi ke gunung IRAU mesti melalui keadaan yang serupa semasa pergi dan balik dengan mendaki dan menuruni..Lagi senang cerita bentuk pendakian dan menuruni ialah seperti huruf W..Pada masa pergi mesti menurun menaik dan menurun menaik balik,begitu juga semasa balik mesti menempuh keadaan yang serupa..
Puncak gunung IRAU,Besar jgk lah puncaknya
Kesimpulan...Kepada aku mendaki gunung IRAU lebih susah dari mana2 bukit atau gunung yang aku pernah pergi..Trek nya terlalu becak, dipenuhi dengan kayu-kayu mati yang terpaksa dilangkah dengan berhati-hati,bimbang tempat berpijak kayu nya reput, memeritkan lagi setiap langkah dan pegangan mesti sangat berhati-hati,dibimbangi terpegang atau terpijak mossy..Kita tak boleh bebas duduk dimana-mana kayu atau batu.Dengan keadaan yang macam tu permilihan sentiasa dibuat, pergerakan jadi tak bebas... Kos semua sekali ialah Rm 210 seorang,termasuk bayar guide,permit,sewa homestay,minyak kereta,tambang pacuan empat roda dan makan..kos makan tak seberapa sebab kebanyakan peserta merayau cari makan kat kedai mamak atau kedai melayu..
Sekian cerita aku hiking gunung IRAU..
LAGI GAMBAR-GAMBAR..



























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://azramsulong.blogspot.com/2023/07/hiking-gunung-irau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Kekasih Cekik Bayi Yang Baru 5 Hari Lahir Tanam Di Kawasan Gunung

Pasangan Kekasih Cekik Bayi Yang Baru 5 Hari Lahir Tanam Di Kawasan Gunung

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 189 hits
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan pada Ahad atas tuduhan mencekik bayi mereka sehingga mati di bandar Geoje Korea Selatan menurut polis Seorang wanita berusia 30 an dan pasangannya berusia 20 an didakwa mencekik bayi berusia lima h...
Cara Booking Kl East Park Hiking Trail

Cara Booking Kl East Park Hiking Trail

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 161 hits
Umum mengetahui kini KL East Park Hiking Trail telah pun dibuka kepada umum Memandangkan untuk hiking disini memerlukan kita untuk mendaftar ramai yang tertanya tanya bagaimana termasuklah Cik iena Cik iena kongsikan cara untuk booking KL E...
12 Malaysians Missing While Hiking At The Hampta Pass Himanchal Pradesh

12 Malaysians Missing While Hiking At The Hampta Pass Himanchal Pradesh

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 239 hits
Wisma Putra in a statement today said the group had lost all contact with their family members since Sunday following heavy rains in the region Pic credit Facebook Wisma PutraKUALA LUMPUR A group of 12 Malaysian hikers have gone missing whi...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku