Hidup Bersama Covid 19



AB JALIL BACKER
PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Malaysia bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu sebahagian rakyat yang sudah hilang mata pencarian.
Beberapa hari sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ada menulis apa yang berlaku sekarang bukanlah normal baharu tetapi lebih kepada kejanggalan baharu (new abnormal).
Sama ada tulisan Mohamad itu berkaitan atau tidak, jelas Perdana Menteri pun memikirkan cara untuk menghentikan segala kejanggalan hidup ini secepat mungkin tanpa menjejaskan usaha melawan koronavirus (Covid-19).
Bermula 4 Mei 2020, hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.
Kebanyakan yang dilarang ialah membabitkan perhimpunan ramai orang seperti acara keagamaan di rumah ibadat, konsert, acara sukan, sekolah dan universiti.
Ada yang membandingkan tempoh PKP lebih lama di China dan Itali tidak mampu menyelesaikan isu Covid-19 sebagai asas kebimbangan mereka.
Membandingkan Malaysia dengan China dan Itali agak tidak munasabah kerana jumlah keluasan, bilangan penduduk dan pesakit Covid-19 di negara-negara itu jauh lebih besar.
Kuat kuasa
Hakikatnya Malaysia menguatkuasakan PKP selama hampir 50 hari. Ia antara yang terpanjang walaupun kita hanya mempunyai rakyat sekitar 32 juta orang.
Ada pula mendakwa Hokaido (Jepun), Jerman dan Kanada berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 selepas PKP dilonggarkan. Apa yang rakyat tidak sedar, tajuk-tajuk berita sahaja tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Kanada baru merancang melonggarkan PKP esok secara berperingkat, justeru tidak benar mereka berhadapan gelombang baharu selepas PKP dilonggarkan.
Hokaido pula hanya mengadakan PKP selama 21 hari. Masalah di Hokaido ialah proses PKP dan usaha mematikan rantaian Covid-19 dibuat secara berasingan antara negeri-negeri dalam Jepun.
Justeru, selepas 21 hari, Hokaido membuka sekolah dan semua kedai dan perniagaan seperti biasa tanpa sekatan.
Kemasukan pelancong domestik Jepun dari kawasan lain menyebabkan berlakunya gelombang kedua kerana rantaian Covid-19 daripada Festival Salji Sapporo 2020.
Jerman pula mula melonggarkan PKP selepas 30 hari. Namun, belum ada gelombang kedua di Jerman seperti yang digembar-gemburkan.
Apa yang dibincangkan ialah peningkatan kadar kebolehjangkitan daripada 0.7 peratus kepada 0.96 peratus.
Jerman meletakkan kadar kebolehjangkitan satu peratus sebagai tanda aras.
Dari segi kes, jumlah di Jerman masih sekitar 164,000 orang sama seperti sewaktu mereka melonggarkan PKP. Tujuan PKP adalah bagi mengawal penularan Covid-19 dan mengurangkan kadar kebolehjangkitan.
Kita tidak boleh menghapuskan Covid-19 sepenuhnya dalam jangka masa terdekat. Ia mengambil masa mungkin berbulan atau bertahun sebelum wujud vaksin.
Apa yang kita perlu buat sekarang ialah belajar untuk hidup bersama virus Covid-19 ini melalui penjarakan sosial dan amalan kesihatan.
Percubaan kerajaan melaksanakan PKPB mungkin berjaya, mungkin juga tidak, namun jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
– Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/05/hidup-bersama-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Mati Akibat Covid 19 Hidup Semula

Wanita Mati Akibat Covid 19 Hidup Semula

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 333 hits
GUAYAQUIL Wanita yang disahkan meninggal dunia akibat wabak koronavirus tiba tiba bangun selepas menerima rawatan di hospital di Guayaquil Ecuador Menurut AFP berita mengejutkan itu membuatkan ahli keluarga sangat gembira namun timbul perso...
Selagi Kita Tak Jumpa Vaksin Atau Ubat Selagi Tu Kita Kena Hidup Bersama Covid 19 Dr Noor Hisham

Selagi Kita Tak Jumpa Vaksin Atau Ubat Selagi Tu Kita Kena Hidup Bersama Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 322 hits
Hari ini menyaksikan percambahan kes baru dengan 45 kes positif COVID 19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid 19 di Malaysia meningkat kepada 6 428 kes Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa sama memaklumkan jumlah kes aktif ...
Adun Terima Laporan Awal 1 Kes Covid 19 Pasar Taman Megah Ss24 Ditutup Untuk Nyahjangkit

Adun Terima Laporan Awal 1 Kes Covid 19 Pasar Taman Megah Ss24 Ditutup Untuk Nyahjangkit

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 387 hits
Pasar Taman Megah SS24 ditutup sejak 7 pagi untuk kerja kerja nyahjangkit susulan laporan awal seorang peniaga sayur disyaki positif Covid 19 PETALING JAYA Adun Bandar Utama terima laporan awal daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya memakl...
Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 488 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan untuk tidak memberi tumpuan kepada soal politik kerana beliau merasakan rakyat sudah cukup muak dengan pertelingkahan yang tidak berkesudahan Ahli Parlimen Pagoh itu be...
Pandemi Covid 19 Dbd Di Denpasar Tembus Angka 832 Kasus

Pandemi Covid 19 Dbd Di Denpasar Tembus Angka 832 Kasus

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 259 hits
Guna meminimalisir adanya kasus DBD di Kota Denpasar fogging serentak telah dilaksanakan secara masif dan menyeluruh
Mahfud Md Jaga Imunitas Jasmani Rohani Selama Ramadan Saat Pandemi Covid 19

Mahfud Md Jaga Imunitas Jasmani Rohani Selama Ramadan Saat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 306 hits
Mahfud menuturkan cara untuk penguatan imunitas secara jasmani dengan berolahraga makan bergizi yang cukup dan teratur tidur dengan baik dan minum vitamin
Pkr Mp Calls For Eac To Outline Plan For Millions At Risk Of Losing Jobs Post Covid

Pkr Mp Calls For Eac To Outline Plan For Millions At Risk Of Losing Jobs Post Covid

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 293 hits
CORONAVIRUS PKR lawmaker Hassan Karim has called on the Economic Action Council to outline a plan to secure Malaysians at risk of losing their jobs in the wake of the coronavirus outbreak Hassan said this was needed as many Malaysians remai...
Covid 19 Penduduk Di Zon Hijau Mula Alpa Dr Noor Hisham

Covid 19 Penduduk Di Zon Hijau Mula Alpa Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 328 hits
Terdahulu Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan selama lebih dua minggu Gambar Sofi RGBPUTRAJAYA Sikap leka dan ambil mudah masyarakat dibimbangi boleh menyebabkan peningkatan kembali ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun