Hidden Fest 2 0 Perlis
Cerita hujung bulan Jun lalu
Pada 27 - 29 Jun 2025 telah berlangsung Hidden Fest 2.0 di Chuping, Perlis. Kenapa nama festival ni 'hidden fest'? Saya pun tak pasti, cuma setahu saya festival ini membawa tema 'healing'. Dan yang pasti festival ini agak unik kerana memilih lokasi yang jauh dari bandar
Tapak festival terletak tak jauh dari rumah saya, mudahlah saya datang pada waktu siang dan malam untuk melihat suasana festival sambil memotret

Vendor Area - kawasan tapak jualan

Masa ni hari pertama festival - Jumaat waktu petang. Keadaan agak lengang, cuma ada sedikit pengunjung yang datang

Sudut lain di tapak jualan. Sesuai dengan konsep 'healing', penganjur turut menyediakan meja dan kerusi untuk pengunjung duduk bersantai sambil menikmati makanan dan minuman yang dibeli

Aiskrim nanas MD2 - RM6. Sedap! Sempatlah saya beli dua kali

Siang bertukar malam. Cantik sungguh bulan sabit, terang jelas kelihatan di langit

Kain rentang Hidden Fest 2.0. Dah malam baru tergerak nak ambil foto ni

Tapak festival di bahagikan kepada beberapa kawasan. Selain kawasan jualan, terdapat juga kawasan persembahan muzik. Dalam foto di atas sebelah kanan tu pentas persembahan

Music Area - bayaran sebanyak RM25 dikenakan bagi menyaksikan persembahan pentas selama tiga malam. Kalau tak bayar, masih boleh dengar tapi tak nampak jelas sebab di sekeliling Music Area ni dah diletak kain penghadang
Antara artis yang membuat persembahan - Highbiscus, Stevia, Silent Sound dan Gerhana Ska Cinta. Kalau pencinta muzik 'indie' atau 'underground' mesti kenal nama-nama ni. Saya cuma kenal Gerhana Ska Cinta, itu pun hanya tahu namanya saja.

Berbeza dengan waktu siang yang agak lengang, waktu malam suasana berubah meriah! Mungkin sebab tempat ni sangat panas pada waktu siang, jadi orang tak rajin nak datang siang hari

Suasana malam di Vendor Area. Meriahnya sampai ke waktu tengah malam

Berjualan dengan menggunakan motor. Menarik

Sambil tunggu pesanan shawarma disiapkan, sempat saya zoom-in lensa kamera ke arah pentas yang terletak di bahagian belakang gerai Shawarma Lebanon. Bukan nak curi tengok persembahan, tapi sekadar nak ada foto gambaran Music Area. Nampaknya sambutan menggalakkan - penonton memenuhi ruang hadapan pentas.
Selain Vendor Area dan Music Area, terdapat juga Hidden Camp - kawasan tapak perkhemahan yang terletak di padang berhampiran. Saya perhatikan dari jauh, nampak meriah dengan deretan khemah
Seronok juga sesekali ada festival begini di tempat kami yang jauh terasing dari bandar. Menurut jiran, ini kali pertama festival besar diadakan di sini. Tapi kalau bab persembahan pentas tu saya tak gemar sebab bising - begitulah kan, lain orang lain cara 'healing-nya'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2025/07/hidden-fest-20-perlis.html