Hiburan Yang Tak Vaksin Boleh Ka Masuk Lana Nodin Bakal Buka Kedai Roti Soalan Rita Undang Tawa Netizen
Pelakon seksi Lana Nodin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berikutan dia secara terang-terangan telah menolak untuk menerima vaksin COVID-19.
Dia yang pulang ke negara asal suaminya, Daud Mckinzie turut dilihat telah membuat perbandingan di antara negara Amerika Syarikat dan juga tanah air Malaysia mengenai diskriminasi golongan yang tidak mengambil vaksin COVID-19.
Advertisement
Perkembangan terkini, Lana memaklumkan bahawa dia bakal membuka sebuah cawangan kedai bakeri dan roti berlokasi di Kota Damasanra, Petaling Jaya.
View this post on InstagramA post shared by Lana Nodin??David Mckienzie (@lananodinmckienzie)
Perkara tersebut turut diumumkan pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini di laman media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
AdvertisementMenjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis tampil mengucapkan tahniah buat Lana di atas kejayaan dia membuka kedai roti terbaru miliknya itu.
Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila rakan baiknya, Rita Rudaini ada bertanyakan soalan yang agak mencuit hati netizen dan juga peminat di luar sana.
Yang tak vaksin macam kami boleh ka masuk kedai hang? Ke hang nak sangkut signboard depan kedai ‘hanya yang berdose dose saja di alu-alu kan?
Menjawab persoalan Rita itu, Lana memaklumkan bahawa kedai barunya itu tidak mengamalkan diskriminasi di mana orang vaksin atau tidak divaksin boleh saja datang ke kedainya untuk membeli-belah dan merasai air tangannya.
Sumber : Instagram Lana Nodin Apa-apapun, tahniah buat Lana Nodin. Tak sabar nak rasa roti hasil air tangan artis kita seorang ni!
5 bulan laluSyarikat Penerbangan Luar Negara Lebih Terbuka, Lana Nodin Minta Hentikan Diskriminasi VaksinThe post “Yang Tak Vaksin Boleh Ka Masuk?”- Lana Nodin Bakal Buka Kedai Roti, Soalan Rita Undang Tawa Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/03/hiburan-yang-tak-vaksin-boleh-ka-masuk.html