Hiburan Telus Dalam Berniaga Itu Adab Normala Samsudin Tegur Sikap Peniaga
Bekas penyampai berita dan personaliti televisyen terkenal negara, Puan Seri Normala Samsudin bertindak menegur sikap segelintir peniaga supaya mengutamakan ketelusan dalam perniagaan kerana ia adalah sebahagian daripada adab.
ARTIKEL BERKAITAN (GAMBAR)Normala Samsudin Yang Maintain MeletupAdvertisementNormala memberitahu bahawa golongan peniaga seharusnya menyatakan tanda harga dengan spesifik kepada pelanggan bagi membolehkan mereka membuat pilihan dan keputusan sama ada mahu meneruskan pembelian atau tidak.
Beritahu sekilo berapa harganya dan sudah masak berapa pula harganya. Kalau pelanggan tidak setuju kerana harga mahal sangat, terpulang kepada pelanggan.
View this post on Instagram
A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial)
Ujar Normala lagi, kadang-kadang sesetengah pelanggan lupa untuk bertanya berapa harga seekor ikan apabila sedang lapar atau malu nak bertanya kerana tidak mahu orang mengatakan mereka kedekut.
Perkara tersebut turut dikongsikan Normala menerusi sebuah hantaran di laman Instagram dipercayai bagi mengulas tentang tularnya isu beberapa netizen dan pelanggan yang menjadi mangsa peniaga kedai makan.
Selain itu, ia juga melibatkan isu harga ikan siakap yang didapati terlalu mahal dijual di kedai makan yang juga menjadi tular beberapa hari ini di media sosial.
Bekas penyampai berita itu memaklumkan yang sikap malu bertanya juga akan membuatkan seseorang itu terjerat dengan isu-isu seperti ini yang akhirnya akan membawa kerugian kepada diri sendiri.
Saya pernah terkena macam ini, nak jaga air muka sendiri dan juga tuan kedai. Rasa serik juga tapi bertabah dan fikir baik-baik saja.
Menurut Normala, harga barang memang naik melambung sekarang ini dan dia juga mengharapkan agar ada pihak yang menyiasat dan perbetulkan isu tersebut di semua tempat-tempat pelancongan.
Sekadar info, hantaran Normala itu kemudiannya mendapat pelbagai pandangan dan respons daripada peminat serta pengikutnya di media sosial.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Telus Dalam Berniaga Itu Adab” – Normala Samsudin Tegur Sikap Peniaga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/11/hiburan-telus-dalam-berniaga-itu-adab.html