Hiburan Enggan Tulis Surat Terbuka Tegur Pencetus Ummah Abu Netizen Kritik Da I Wan Dazrin


Da’i Wan Dazrin ialah antara pendakwah selebriti yang diketahui sering memberi komen dan menulis surat terbuka untuk menegur golongan artis. Sebelum ini, Wan Dazrin pernah menulis surat terbuka buat Emma Maembong kerana membuka tudung, Safiey Ilias kerana kembali menjadi pondan dan menegur Fathia Latiff kerana solat dalam kereta.
Justeru, ramai mengharapkan dia menulis surat terbuka buat Pencetus Ummah Abu Sufyan yang mengakui telah menceraikan isteri berusia 22 tahun yang sarat mengandung anak pertama mereka kerana ingin mengahwini seorang usahawan kosmetik dari Kedah berstatus janda.

Namun begitu, tulisan Netizen tersebut dibalas oleh Wan Dazrin mengatakan ia satu percubaan untuk menyebarkan kebencian terhadap ‘golongan seperti kami’.

Dia seterusnya menulis:
Mari sini saya tambahkan pengetahuan buat kalian.
Di sisi mazhab kita, Al Imam Muhammad Ibn Idris As Syafi’e, menjadi kesepakatan para ulama Syafi’eyyah, menghukumkan ‘Harus’ bagi talak yang dilafazkan pada isteri yang sedang hamil. Maka kalau cukup rukun talak, ia dikira sah.
Kalau kalian ‘claim’ kata, cerai yg digunakan PU tersebut tak sah, sbb pakai What’s app, yg layak buat penelitian tentang status ‘Sah’ atau tidak, hanya pihak mahkamah syariah. Mereka akan meneliti rukun2 talak. Jika didapati ia dilakukan memang tuntas, maka sah talak tersebut.
Imam-imam besar yang berpegang dgn pendapat yang mengatakan ‘Harus’ hukumnya bagi talak yang dilafazkan pada isteri yang sedang hamil adalah seperti: Al Imam An Nawawi, Al Imam Ibnu Ruslan, Al Imam Al Mawardi, Al Imam Syamsul Asbahani, Al Imam Ibnu Hajar Asqalani, dan banyak lagi.
Sekarang saya menjemput semua yang dibawah Thread saudari tersebut, untuk tampil di sini, di ruangan bawah ini, untuk berdialog lansung dengan saya jika masih ada tak faham mana-mana. Bukan main lagi bercakap belakang ya.?? Hati-hatilah dengan sangkaan itu, kerana ia permulaan kepada dosa.
Lain kali, faham dulu sudut pandang ilmu. Lepas tu baru nak cerita pasal adab. Kalau PU tersebut menceraikan isterinya dalam keadaan isterinya mengandung.
Dalami dulu sudut pandang hukum, dah faham hukum, baru kita boleh persoalkan pasal adab.
Saya tidak nafikan, kalau sesiapa pun yang bertindak menceraikan isterinya dalam keadaan sarat mengandung, ia adab yang sangat tidak baik dan itu saya serahkan pada Tuan Empunya badan untuk menanggung risiko bila kita tak menghormati seseorang even isteri kita sendiri.
Namun, dari sisi saya, saya menyampaikan landasan ilmu pada jalan yang telah pun diberikan kata putus oleh Ulama kita. Terpulang pada kalian nak menerima ilmunya atau tidak. Kalian nak mencela dia tidak beradab, silakan, ia bukan galakan dari saya.
Bercakap benda yang baik, kalau tiada, maka lebih baik diam sahaja. Cukupkan diri kita dengan syarat sebagai orang yang benar-benar beriman dengan hari akhirat. -Al-Hadis
Saya tidak melalut, bacalah satu persatu, tersusun dan teratur sahaja. Kalian yang sendirinya memasakkan kebencian kerana tak mahu menerimanya atau masih kesalahan itu hanya pada saya.
Saya tak pernah menyokong sesiapa, tidak kisahlah dia PU atau sesiapapun, kebenaran hanya ada pada landasan ilmu.
Soal dia dengan isterinya, itu adalah urusan aib rumah tangga mereka berdua, saya tidak perlu masuk campur. Saya perlu sentuh tentang ilmu mengenai kefahaman kalian, boleh atau tidak menceraikan isteri sewaktu sedang hamil. Itu sahaja.
Dia tak respect, tak beradab, tak mempunyai perasaan langsung, terhadap isteri dia, semua yang dilakukan kalau melukai hati seseorang, itu akan menjadi tanggungan dosa dan pahala dia sendiri.
Dia bukanlah orang yang berbangga menayang kesalahan seperti kebanyakan orang kita hari ni.
Teguran terbuka adalah untuk orang yang berbangga menayangkan maksiat / dosa / kemungkaran secara terbuka. Namun teguran tertutup adalah dedahan aib yang berlaku bukan dalam kawalan kita.
Banyak lagi kalian perlu perhalusi dalam perihal teguran terbuka atau tertutup dalam bab bukaan aib ini.
Tulisan Wan Dazrin bagaimanapun dibalas oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @x_guy:Sedih benar membaca statement @wandazrin dalam hal ini. Isu utama bukannya talak tersebut sah atau tidak. Tapi adakah wajar untuk suami menceraikan isteri yg sedang hamil semata2 nak kahwin lain, lebih-lebih lagi usia pernikahan mrk baru setakat 2 bulan sahaja.
Adakah wajar ?
Dan tidak perlulah kita berkata “perlu perhalusi teguran ??”, sebab hakikatnya, isu penceraian macam ni telah mencapai tahap yang kronik dalam kalangan orang Melayu. I repeat, tahap yang KRONIK!
Tak perlu halus sana sini lagi.
Berdasarkan pemerhatian sayalah, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai pemahaman tentang konsep nikah & talak yang jauh tersasar daripada maksud sebenar agama. Agama Islam cakap lain, kita faham benda lain.
Contohnya dalam kes talak inilah, talak isteri dalam keadaan dia hamil. Memanglah talak tu hukumnya sah, tiada siapa nafikan. Cuma persoalannya, bukankah agama kita juga menyuruh utk menjaga hati isteri, untuk menjaga perasaan isteri terlebih lagi dalam situasi dia sdg mengandung
Takkanlah si suami tak boleh faham bahawa isteri tengah sarat mengandung, dalam waktu tu jugaklah kau nak minta untuk poligami, lagi-lagi usia pernikahan pun tak sampai setahun jagung (baru dua bulan kot)
Dan juga, tidakkah perbuatan PU tersebut mengundang fitnah kepada rumahtangga ? Dari mana kau kenal wanita tersebut & sejak bila kau dah mula hubungi wanita lain, padahal kau telah pun nikah selama 2 bulan?
Nampak tak, banyak fitnah yang terpalit di sini.
Saya harap sangat semua warga Muslim boleh faham & tadabbur ayat Al-Quran berikut :-
“Sesungguhnya Allah menyuruh untuk berlaku adil & ihsan”
[Surah An-Nahl ayat ke-90]
Bagi saya, ayat Quran di atas sangat penting untuk pasangan suami isteri hadamkan.
Dalam pernikahan, ramai yang boleh berlaku adil. Tetapi, sungguh sedikit yang boleh berlaku ihsan kepada pasangan mereka.
Saya bawakan satu contoh. Katakan si isteri berhajat nak beli tudung duck, tudung bawal or whatever. Lepas tu suami berkata “Eh, tahun lepas aku dah beli 3 tudung. Nak lagi buat apa. Aku dengar kat kursus kahwin nafkah setakat mencukupi. So tudung kau dah cukup, tak perlu lagi”
Memanglah nafkah dah mencukupi, dari sudut adil dah settle kat situ. Cumanya, Islam juga suruh kita untuk berbuat ihsan. Dan kalau suami belikan juga tudung kegemaran isteri (walaupun isteri dah cukup tudung), itulah namanya ihsan.
Perbuatan ihsan ni sangat berbeza dengan berlaku adil. Adil ni setakat memenuhi keperluan ‘bare minimum’, sedangkan berbuat ihsan adalah jauh lebih daripada itu.
Kalau ikutkan, tak wajib pun nak belikan tudung baru untuk si isteri sebab jumlah tudung pun dah cukup. Tetapi atas dasar ihsan, si suami belikan juga demi menjaga kebahagiaan & kegembiraan si isteri.
Samalah juga dalam kes talak ini. Memanglah sah nak ceraikan isteri dalam keadaan dia hamil, tapi bukankah lebih ihsan jika suami mengambil kira perasaan & emosi isterinya, yg sudah pasti akan sangat terjejas disebabkan talak itu. (Lagila si isteri tengah mengandung)
Kalaulah konsep ihsan ni benar2 ditekankan dalam kursus pernikahan, saya yakin masalah rumahtangga takkan jadi kronik macam ni. Malang sekali, kefahaman kita tentang konsep pernikahan tu sendiri telah tersasar.
Samalah juga dalam kes isteri memasak untuk suami. Dulu saya ingat ada satu tweet yg sebut “Isteri tak wajib masak! Isteri tak wajib menyediakan makanan! Tu tanggungjawab suami, saya ada belajar bende ni dalam kursus perkahwinan!”
Memanglah betul. Dari sudut Fiqh pun, majoriti fuqaha sebut isteri tidak ada kewajipan memasak itu. Cuma atas dasar ihsan, atas dasar kasih sayang, bukankah jauh lebih baik jikalau isteri juga tolong meringankan beban suami dalam urusan rumahtangga?
Kalau melihatkan hadis, indah sungguh konsep pernikahan yg cuba diterapkan oleh Nabi Muhammad ?. Diriwayatkan dlm hadis :-
“..baginda menguruskan urusan keluarga, dan apabila tiba waktu solat baginda keluar mendirikan solat” [HR Bukhari no.638]
Bahkan sahabat wanita, seperti Fatimah RA, juga pernah dilihat melakukan kerja2 rumah seperti memasak & selainnya (Sahih Bukhari no. 5361)
Nampak tak di sini? Lelaki & wanita sama2 menguruskan rumah tangga. Ada sesetengah kerja lelaki buat, sesetengah kerja lain perempuan buat. Semua ni kene ikut uruf & kesesuaian pasangan
Tak ramai menitikberatkan aspek ihsan ini. Sedangkan aspek inilah yang paling ditekankan dalam agama Islam. Tak hairanlah kes cerai banyak berlaku dalam negara kita. Nak buat camne, persefahaman & sifat ihsan tidak ada.
Kalau setakat tahu hukum Fiqh jatuh talak atau tidak, nasihat saya, better tak payah kahwin. Kalau diri sendiri kurang sifat ihsan, kurang sifat kasih & rahmah terhadap pasangan kita, macam manalah nak mengekalkan instituti rumah tangga dalam jangka masa panjang.
Ayat Quran pun ada sebut bahawa Allah ciptakan pasangan drpd jenis kita sendiri, “… agar kita berasa tenteram kepada mereka, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih & sayang” (Surah Ruum, ayat ke-21)
Dan akhir sekali, pesanan saya khas kepada lelaki di luar sana, saya titipkan di sini hadis nabi Muhammad ? :-
“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri”
(HR Tirmizi no. 284, Saheeh)
Moga2 tulisan saya ini bermanfaat buat semua.
Wallahua’lam
For the record, saya acknowledge Da’i Wan ada banyak sumbangan & jasa dalam hal ehwal da’wah. Tetapi dalam kes cerai ini, sudah masa kita cakap dengan lebih tegas, dan tak perlu halus sana sini lagi
Wallahua’lam
Sesetengah Netizen mempercayai bahawa kenyataan PU Rahmat mengenai mudarat menceraikan isteri mengandung juga ialah satu kritikan kepada Wan Dazrin yang hanya mengulas dari sudut hukum perbuatan menceraikan isteri. – beautifulnara.com

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/hiburan-enggan-tulis-surat-terbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Enggan Tegur Pu Abu Caprice Minta Da I Wan Dazrin Berlaku Adil

Hiburan Enggan Tegur Pu Abu Caprice Minta Da I Wan Dazrin Berlaku Adil

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 354 hits
Tidak dinafikan ramai yang meluahkan rasa marah dengan tindakan penuh kontroversi PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang hamil semata mata ingin berkahwin dengan seorang janda Lebih membangkitkan kemarahan ramai apabila Da i Wan Da...
Hiburan Pencetus Ummah Abu Akui Kenyataan Bekas Isteri Enggan Besarkan Hal Cerai

Hiburan Pencetus Ummah Abu Akui Kenyataan Bekas Isteri Enggan Besarkan Hal Cerai

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 902 hits
Sejak semalam kenyataan bekas isteri Pencetus Ummah Abu bahawa bekas suaminya menceraikan dirinya yang sedang menganfung tujuh bulan anak pertama mereka untuk mengahwini seorang janda anak satu menjadi tular Ain Afini melalui status Instagr...
Hiburan Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

Hiburan Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 980 hits
Bekas Isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan mendedahkan di Instagram bahawa lelaki itu curang dan menceraikannya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal bernama Hana Azraa Bekas isterinya yang menggunakan handle ainafini di Instagram memberit...
Pencetus Ummah Abu Cerai Isteri Sedang Hamil 7 Bulan

Pencetus Ummah Abu Cerai Isteri Sedang Hamil 7 Bulan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 994 hits
Bekas peserta Pencetus Ummah yang dikenali sebagai Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi telah menceraikan isterinya yang dikenali sebagai Ain Afini Bekas isteri seorang pendakwah bebas meluahkan perasaan hibanya di media sosial apabila ...
Hiburan Tak Payah Cover Tarik Cap Tu Nampak Rambut Netizen Kritik Liyana Jasmay Tidak Bertudung

Hiburan Tak Payah Cover Tarik Cap Tu Nampak Rambut Netizen Kritik Liyana Jasmay Tidak Bertudung

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 375 hits
Bukan kali pertama dikritik pakai tudung main main sekali lagi nama Liyana Jasmay menjadi bualan hangat apabila beliau dilihat tidak mengenakan tudung dan hanya memakai topi Penampilan Liyana itu mengejutkan netizen sehingga mendakwa pelako...
Hiburan Pu Abu Akui Menyesal Ceraikan Isteri Tampil Mohon Maaf

Hiburan Pu Abu Akui Menyesal Ceraikan Isteri Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 445 hits
Dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri PU Abu akhirnya tampil memberikan kenyataan Menerusi akaun Instagramnya PU Abu memohon maaf kepada semua pihak atas kesalahan beliau menceraikan iste...
Saya Ada Cerita Saya Sendiri Pu Abu Enggan Ulas Lanjut Tindakan Ceraikan Isteri Demi Janda

Saya Ada Cerita Saya Sendiri Pu Abu Enggan Ulas Lanjut Tindakan Ceraikan Isteri Demi Janda

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 836 hits
Bekas isteri seorang pendakwah bebas Ain Afini mendakwa dia telah diceraikan talak satu oleh suaminya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi bekas peserta program Pencetus Ummah ketika hamil tujuh bulan semata mata mahu bernikah dengan se...
Itu Urusan Aib Rumahtangga Mereka Respon Da I Wan Apabila Diminta Ulas Isu Kontroversi Pu Abu

Itu Urusan Aib Rumahtangga Mereka Respon Da I Wan Apabila Diminta Ulas Isu Kontroversi Pu Abu

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 733 hits
Itu Urusan Aib Rumahtangga Mereka Respon Da i Wan Apabila Diminta Ulas Isu Kontroversi PU Abu Kontroversi rumahtangga Pencetus Ummah Muhammad Abu Sufyan mula hangat diperkatakan apabila bekas isterinya memuat naik kenyataan di laman Instagr...
Tiada Lagi Surat Terbuka Untuk Artis Saya Dah Serik

Tiada Lagi Surat Terbuka Untuk Artis Saya Dah Serik

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 267 hits
Berikutan kontroversi PU Abu yang menceraikan isteri ketika sedang hamil ramai pihak yang menyuarakan rasa marah terhadap pendakwah tersebut Dalam pada itu The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih