Hiburan Berbaik Dengan Vie Shanti Eizlan Yusof Tak Mahu Kebajikan Anak Anak Terjejas
Kini bahagia menjalani kehidupan masing-masing, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof memaklumkan bahawa dia masih mengekalkan hubungan baik bersama bekas isteri iaitu personaliti media sosial, Vie Shantie Haroon Khan.
ARTIKEL BERKAITAN Bekas Isteri Datuk Eizlan Yusof Vie Shantie Khan Sudah Berkahwin Dengan VIP, Jadi Isteri Kedua?AdvertisementUjar pelakon yang kini berusia 50 tahun itu, dia percaya bahawa kasih sayang terhadap anak-anak tidak wajar dinafikan hak mereka meskipun sudah bercerai dan mempunyai keluarga yang lain.
View this post on Instagram
A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)
Eizlan dalam pada itu memuji sikap Vie yang sentiasa memberi didikan yang baik dari sudut agama dan pendidikan kepada anak-anak mereka.
AdvertisementDia memang menitik beratkan keagamaan dan pendidikan anak-anak sebab dia seorang ibu, jadi dia tahu apa yang terbaik untuk anak kami. Saya dan dia juga akan memastikan semua anak-anak tiada perbezaan.
Eizlan Yusof ditemui ketika sidang media Sambutan Ulang Tahun yang ke-37 Aeon Group Malaysia di Aeon AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu.
Terdahulu, Eizlan telah mendirikan rumah tangga bersama Vie Shanti pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai talak satu pada September 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Via Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Kedua-dua kemudian berkahwin lain dengan pasangan masing-masing.
Eizlan yang kini bahagia bersama isteri, Natasha Rosa Boudville turut berkongsi mengenai kehidupannya yang kembali menjaga anak kecil setelah menimang cahaya mata baru, Zaelynn Rosa pada 13 April 2021.
View this post on Instagram
A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan)
Ujarnya, dia tidak mempunyai masalah untuk menguruskan Zaelynn kerana sudah ada pengalaman ketika menjaga ketiga anaknya dahulu.
Akhiri Eizlan, ujian pandemik COVID-19 yang dihadapi setiap insan kala ini bagaikan satu hikmah apabila dia berpeluang menghabiskan banyak masa bersama anak dan keluarga di rumah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Berbaik Dengan Vie Shanti, Eizlan Yusof Tak Mahu Kebajikan Anak-Anak Terjejas first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-berbaik-dengan-vie-shanti.html