Hiburan Bab Bab Seangkatan Korang Senyap Ja Michael Ang Berang Sesetengah Pendakwah Ulas Mengenai Lamaran Kamal Adli
Tampil menyumbangkan buah fikiran, pengarah dan juga pelakon Michael Ang berpendapat bahawa tindakan pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose pada malam Anugerah MeleTOP ERA 2020 pada hari Ahad yang lalu itu tidak keterlaluan dan masih boleh diterima.
Kata Michael, apa yang dilakukan Kamal hanyalah sekadar untuk menghalalkn hubungan cinta antara mereka berdua.
Michael telah meluahkan rasa tidak puas hati itu berikutan tindakan seorang Pencetus Ummah (PU) yang tampil mengulas tentang perbuatan dua orang pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38)
“Bagi saya ‘sweet’. Sekurang-kurangnya Kamal ajak Uqasha bina masjid. Bukan ajak buat maksiat. Saya tak faham dengan PU ni. Cepat saja nak komen pasal artis. Sebab apa? Nak cepat popular. Tetapi kalau bab-bab seangkatan korang, senyap ja..”
Michael Ang dilihat turut memberi contoh kes kontroversi yang melibatkan peserta program keagamaan seperti PU Riz yang tersebarnya gambar tidak senonoh serta PU Abu dan Da’i Syed yang turut terpalit beberapa isu yang tidak baik dan tidak senonoh.
Meskipun begitu, pengarah terkenal itu sempat memuji pendakwah bebas iaitu Ebit Lew yang lebih dikenali dengan perkara-perkara bermanfaat seperti aktiviti menderma dan membantu orang yang memerlukan.
Advertisementsaya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. amin
hanya sedikit nasihat saya y memahami…
Posted by Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan on Sunday, 20 December 2020
Dalam pada itu, Michael turut mendedahkan bahawa dia menerima mesej serta komen daripada sesetengah netizen yang menganggap dia menyokong tindakan pasangan tersebut atas alasan berkawan baik dalam satu industri.
“Eh ingat saya ajar semua benda ni? Tak kisah nak kata saya pertahankan Kamal dan Uqasha sebab mereka geng saya. Tetapi memang saya rasa PU suka tumpang populariti.”
Mengimbas kembali, terdahulu PU Rahmat Ikhsan telah tampil menegur perbuatan melamar secara terang-terangan yang seolah-olah telah menjadi ‘trend’ dalam kalangan masyarakat kini. Menurut PU Rahmat, ada sebab mengapa Islam tidak menggalakkan lelaki melamar wanita di tempat awam dan di hadapan khalayak ramai.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/12/hiburan-bab-bab-seangkatan-korang.html