Hibah Rendah Tabung Bakal Musnah Ini Hujah Buat Walaun Dan Macai Umpas
Ringkasan Isu Tabung Haji, Apa Yang Perlu di Fahami
1) TH sebenarnya telah rugi dari tahun 2015 lagi
2) Bila rugi ( libiliti lebih dari asset), ada satu klausa dalam Akta TH yang tulis TH tak boleh bagi hibah.
3) Tapi macam mana TH masih boleh bagi hibah sampai 2018? Senang cerita creative accounting atau bahasa kasarnya menipu akaun.
4) Jumlah kerugian dalam masa 4 tahun tersebut ada dalam 4.1 billion
5) PH boleh aje ikut cara Azeez, buat creative accounting tipu kata TH untung lagi tahun ni tapi sampai bila? Kalau kita dah sakit kencing manis, kaki nak dah bengkak sebab banyak makan gula, takkan la nak terus makan gula lagi lepas tu expect boleh berlari masuk marathon? Kalau tak kena potong kaki pun dah kira baik. Jadi nak terus hidup kena lah control diet macam dalam kes TH ni kena come clean
6) Nak restore balik balance sheet ni ada banyak cara, macam apa yang khaznah buat kitchen sinking, declare terus non performing asset bagi tahun tu. Tapi khazanah boleh la buat macam tu sebab dia tak ada tanggung jawab pada pendeposit. Kalau TH buat macam tu alamat nya mengamuk la orang kampung yang tak faham kenapa tahun ni tak ada hibah, tu belum masuk part TH juga bayar subsidi pergi haji.
7) Jadi cara mudah dia keluarkan non performing asset ker pada company lain UJSB (urus harta jemaah). Ni yang kes pembangkang PAS/UMNO duk bising pasal CEO Prokhas Cina Chen Yin Heng, padahal dia tu dah ada kat sana dari tahun 2006 lagi. Ya, zaman Ulama-ulama PAS dan UMNO berpuas hati dengan rompakan tabung haji CEO dia masih lagi Chen Yin Heng.
8) Lagi satu, kita anggap la kes TH ni macam darurat. Kalau isteri nak bersalin di hospital kerajaan, doktor wanita semua tak ada, yang ada doktor lelaki bukan islam. Lepas tu ada complication pulak memang nak kena masuk OT asap, takkan la kita nak delay lagi nak tunggu doktor wanita islam? Sanggup tunggu dan perjudikan nyawa isteri sendiri? Ni lah masalah bila berbicara dengan golongan ruwabidhah yang ghuluw
9) Semalam dah keluar berita yang CEO baharu UJSB Izab Shahadi telah di lantik oleh menteri agama untuk membaik pulih non performing asset. Jadi PH mmg prihatin pada masalah TH dan umat islam bukan seperti mana dakwaan pembangkang.
10) Itu belum masuk kes part yang ulama-ulama PAS TITM, Tantawi, Taki boleh jadi benteng pada penyamun macam Azeez bila kata PAS berpuas hati dengan prestasi TH. Ulama-ulama PAS ini juga ada saham dalam menyebabkan kerugian tabung haji sebab mereka bersubahat sama dengan UMNO dalam merompak duit tabung haji. Bila ulama-ulama PAS berpuas hati, automatik penyokong PAS akan berpuas hati, ya lah siapa berani bantah kata-kata ulama su' kan?
11) Nasib baik ada orang yang berani macam Rafizi yang berani sanggah pendapat ulama su' PAS. Kalau Rafizi senyap tak ada orang akan tahu yang Azeez penipu besar.
12) Ulama-ulama PAS ini juga membisu bila TH beli 30% saham Putrajaya Perdana yang mana milik CINA Jho Low yang mana ada kaitan dengan SRC. Jadi Jho Low ini bukan cina ka? Atau pun Jho Low sudah jadi sebahagian dari keluarga macam MIC? Mungkin PAS sanggup jadi pembela Jho Low di akhirat sebab tu sayang betul PAS dengan Jho Low sampai tak berani nak kritik.
13) Jadi bila dah dikeluarkan asset sakit tu, libiliti TH kurang dari nilai asset, maknanya hibah boleh di beri walaupun nilai dia kurang. Bila nilai hibah kurang, Ulama PAS dan UMNO perlu bertanggung jawab atas kerosakkan yang mereka buat dulu yang menyebabkan TH dalam keadaan macam ini.
14) Tadi DS Najib boleh pulak sindir kata bila TH nak umum hibah dan golongan ruwaibidhah bersorak memaki-maki kerajaan. Tapi golongan ruwaibidhah ni kalau pakai akal mereka sedikit, mereka tahu, Najib sendiri yang lantik penipu Azeez jadi CEO TH yang menyebabkan TH rugi bertahun-tahun.
15) Umpamanya TH adalah satu bahtera, tapi nakhoda kapal duduk sibuk jual barang-barang kapal demi laba sendiri. Bila ada anak kapal persoal, datang pulak lebai tolong backup-up perbuatan nakhoda tersebut. Bila nakhoda baharu ganti, kapal tu sepatutnya dah tak boleh berlayar, tapi dia cuba baiki dengan apa yang mampu, boleh la berlayar tapi perlahan.
16) Yang paling ironis, nakhoda lama dan lebai nya pula yang bising kenapa kapal berlayar perlahan padahal mereke sendiri tahu mereka yang rosakkan bahtera tesebut. Itu lah dia hipokritnya penunggang2 agama pada masa ini.
17) Dan seperti biasa golongan ruwaibidhah akan senyap menyepi walaupun tahu ia adalah kebenaran. Mereka tak mampu berfikir ( sebab ulama sudah berfikir untuk mereka) , lalu apa yang mereka mampu hanyalah memaki-hamun kerana mereka ingat itulah cara berjuang untuk menegakkan Islam ikut acuan parti mereka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/04/hibah-tabung-bakal-musnah-ini-hujah.html