Henti Guna Bulu Mata Palsu Sanggul Tinggi Jurusolek Insaf Berkat



Nina berpengalaman sebagai jurumekap selama lima tahun.

'Jurusolek insaf' hilang pelanggan selepas henti guna bulu mata palsu, sanggul tinggi, tapi..


PETALING JAYA: Cantik di mata manusia tapi buruk pada pandangan Allah, begitulah pendirian seorang jurusolek yang nekad tidak mahu lagi mengingkari larangan Islam dalam menjalankan tugasnya.Perkongsian Nina Syazana, 25, yang sudah lima tahun menjadi jurusolek ternyata menarik perhatian ramai sehingga ia dikongsi hampir 2,500 pelayar Facebook.Menerusi posting itu, Nina memaklumkan dia berhenti menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, sanggul tinggi serta mekap tebal kerana sedar ia sesuatu yang bertentangan dengan agama.Sewaktu dihubungi mStar Online, Nina menjelaskan kesedaran itu baru sahaja menjentik diri dan bimbang pendapatan yang diperolehi tidak berkat jika berterusan melakukannya."Sebelum ini saya memang pakaikan bulu mata palsu, buat mekap tebal dan pakaikan sanggul untuk pengantin perempuan. Saya juga tolong siapkan pengantin lelaki seperti pakaikan sampin dan tanjak."Kadang-kadang saya sendiri yang paksa pelanggan pakai sanggul palsu untuk bagi nampak lebih cantik. Tapi akhirnya saya sedar ia perbuatan yang salah. "Tapi ini tak bermakna saya berhenti jadi jurumekap, cuma lepas ni saya akan elakkan apa yang ditegah dalam agama, mekap yang saya akan hasilkan pula lebih kepada gaya natural dan soft sahaja," kata Nina pada Rabu.
ke laman Instagram dan Facebook.Sebahagian daripada perkongsian Nina yang dimuat naikTambah Nina lagi, pendirian terbaharu itu turut menyebabkan dia kehilangan beberapa pelanggan.Malah, beberapa rakan jurusolek turut mendiamkan diri sejak dia membuat posting berkenaan, berkemungkinan tidak bersetuju dengan kenyataannya itu."Tempahan mekap saya sudah ada sehingga Ogos 2019. Namun ada lima atau enam orang yang sudah batalkan. Mungkin sebab mereka masih nak pakai bulu mata palsu. Jadi sekarang saya dalam proses untuk kembalikan wang deposit mereka."Tapi Alhamdulillah, ajaibnya kuasa Allah, dia gantikan dengan pelanggan baharu. Ramai juga yang mesej, cakap yang mereka suka dengan pendirian saya."Malah ada seorang penjual bulu mata palsu pun turut mesej saya. Dia pun dah lama rasa seperti apa saya rasa, selepas baca posting itu dia juga nekad untuk berhenti sebab rasa duit tak berkat."Paling terkilan bila kawan-kawan jurumekap yang rapat langsung tak bagi apa-apa respon. Saya faham mereka nak jaga periuk nasi masing-masing," katanya lagi.Menurut jurusolek yang berpangkalan di Jerantut, Pahang itu, selain rasa 'kosong' dalam hati, kesedaran itu juga timbul setelah menyedari banyak bencana alam yang menimpa dunia, lewat kebelakangan ini."Baru-baru ini saya ada baca mengenai bencana di Palu, Indonesia. Dekat ruangan komen ada seorang pengguna Facebook sarankan supaya tengok ceramah seorang ustaz di laman Youtube, ceramah pasal akhir zaman."Ceramah tu agak panjang juga, saya tengok dan saya menangis. Saya terus solat sebab rasa macam banyak dosa sangat," luahnya lagi.Sementara itu, posting Nina di laman Facebook turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya menyambut baik pendirian tersebut.Malah, ramai yang mengakui tersentuh dengan perkongsian itu sambil mengingatkan bahawa rezeki Allah boleh dihadirkan dalam pelbagai bentuk dan cara."Alhamdulillah. Bila kita usaha dekat dengan dia, pasti dia akan bagi yang terbaik untuk kita. Yakin dengan rezeki Allah," tulis Syafiqah Sofian"InsyaAllah dear.. Percaya... Bila kita cuba buat apa Allah suruh... Rezeki lebih diberkati dan InsyaAllah lebih luas nanti," tulis seorang lagi pengguna Facebook. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, anda dipilih Allah SWT mendapat taufik dan hidayah.. Tahniah.. Jazakallahu khairan kathira..


Video

1:15
Hukum Memakai Bulu Mata Palsu - Ustad Dr. H. Zainul Arifin, Lc, M.Ed ...
Darul Arifin Jambi OfficialYouTube - 12 Mac 2018
5:06
Ust Azhar Idrus- Sanggul ; Tudung ; Bonggol Unta
shahzaroYouTube - 14 Dis 2012
14:37
Ust Azhar Idrus- [ Bonggol Unta ] Sanggul Tinggi
shahzaroYouTube - 10 Nov 2010

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/henti-guna-bulu-mata-palsu-sanggul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebat Si Nina Ni Jurusolek Insaf Hilang Pelanggan Selepas Henti Guna Bulu Mata Palsu Sanggul Tinggi Tapi

Hebat Si Nina Ni Jurusolek Insaf Hilang Pelanggan Selepas Henti Guna Bulu Mata Palsu Sanggul Tinggi Tapi

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 699 hits
Jurusolek insaf hilang pelanggan selepas henti guna bulu mata palsu sanggul tinggi tapi Nina berpengalaman sebagai jurumekap selama lima tahun PETALING JAYA Cantik di mata manusia tapi buruk pada pandangan Allah begitulah pendirian seorang ...
Padah Nak Cantik Pelajar Buta Dua Jam Selepas Bulu Mata Palsu Melekat Guna Gam Kuku

Padah Nak Cantik Pelajar Buta Dua Jam Selepas Bulu Mata Palsu Melekat Guna Gam Kuku

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 824 hits
20mata 20palsu ashx w 620 h 413 crop 1 Megan Rixson memberitahu dia tidak dapat melihat selama dua jam Foto Deadline News SEORANG pelajar di United Kingdom mendakwa tidak dapat melihat selama dua jam selepas kelopak matanya tertutup akibat ...
Laura Lashes Malaysia Bulu Mata Palsu 3d Effect Homemade Memang Awesome

Laura Lashes Malaysia Bulu Mata Palsu 3d Effect Homemade Memang Awesome

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 568 hits
Bulu mata paling Viral dah sampai Fenomena mata lentiks MUA Bellaz dah melanda di Malaysia Hampa kalau tengok Live Bella mesti taw kan kan kanMemang dah ramai MUA Malaysia yang pakai bulu mata palsu nih Hampa nak tau dak kenapa Sebab dia sa...
Bulu Mata Panjang Punca Penyakit Mata

Bulu Mata Panjang Punca Penyakit Mata

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 490 hits
Bulu mata mampu membuatkan penampilan seseorang itu lebih cantik dan menawan namun satu kajian yang dijalankan oleh Institut Teknologi Georgia mendapati bulu mata yang terlalu panjang boleh menyebabkan sakit mata Dalam kajian tersebut penye...
Cuci Mata Guna Pisau

Cuci Mata Guna Pisau

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 559 hits
Tukang gunting rambut di Wilayah Sichuan China telah mempunyai amalan seni pembersihan mata dengan pisau tajam selama berabad abad Seperti tradisi kuno yang lain amalan berbahaya ini perlahan lahan menghilang tapi anda masih boleh menemui b...
Ngeri Banget Ekstensi Bulu Mata Bikin Wanita Ini Buta

Ngeri Banget Ekstensi Bulu Mata Bikin Wanita Ini Buta

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 349 hits
Ekstensi bulu mata memang efektif untuk meningkatkan kecantikan wajah Bulu mata jadi lebih lentik dan tebal tanpa harus repot repot memasang bulu mata palsu setiap hari Namun apa yang dialami perempuan 20 tahun bernama Megan Rixson ini mung...
Tahukah Anda Cara Guna Mata Kail Dan Penjagaan Yang Betul

Tahukah Anda Cara Guna Mata Kail Dan Penjagaan Yang Betul

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 393 hits
Tahukah Anda Cara Guna Mata Kail Dan Penjagaan Yang Betul Mata Kail merupakan alat yang digunakan untuk memancing terutamanya memancing ikan Mata kail berfungsi umtuk memsang umpan seperti cacing untuk menarik minat ikan sotong udang dan se...
Souvenir Dari Egypt Dan Bukit Tinggi

Souvenir Dari Egypt Dan Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 309 hits
Souvenir dari Egypt dan Bukit Tinggi Seperti biasalah bukan kita yang pergi melancong boss yang pergi melancong Bulan lepas boss nieyl pergi ke Mesir untuk ke Konvo anak dia sambil tu boss pergi bercuti panjang dekat sana Lepas 3 hari balik...
Kpk Dan Polri Akan Ungkap Surat Palsu Yang Adu Domba Aparat Penegak Hukum

Kpk Dan Polri Akan Ungkap Surat Palsu Yang Adu Domba Aparat Penegak Hukum

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 206 hits
Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Agus Rahardjo menegaskan surat panggilan untuk Kapolri Jenderal Tito Karnavian adalah palsu atau hoaks
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua