Hendak Berlakon Tanggalkan Hijab


Oleh Fatin Farhana Ariffin Mia Sara tersinggung dengan beberapa permintaan yang memintanya menanggalkan hijab untuk menghidupkan watak. - Foto IG Mia Sara KUALA LUMPUR: Biarpun sudah lima tahun berhijab, pelakon remaja, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada syarikat produksi yang memberi tawaran berlakon, memintanya membuka tudung bagi menghidupkan watak.
Mengaku tersinggung dengan syarat itu, Mia atau nama sebenar, Mia Sara Muhammad Ridhuan, 16, berkata permintaan agar dia menanggalkan hijab diajukan beberapa kali, terutama ketika dirinya mula berhijrah.
"Berikutan sudah bertudung, saya fikir ini 'common sense' (masuk akal) untuk mana-mana individu tidak menyuruh saya membuka tudung.
"Namun, baru-baru ini, saya mendapat tawaran di mana individu terbabit menyuruh saya membuka tudung untuk menjayakan satu karakter.
"Individu terbabit bukan orang Islam tetapi dia rakyat Malaysia. Saya sangat tersinggung, apatah lagi apabila memikirkan, dia mempunyai keberanian untuk bertanya mengenai perkara itu.
"Keadaan itu seolah-olah mengambil seseorang seseorang berlakon tetapi menyuruh dia tidak berbaju (dalam menghidupkan watak).
"Secara jujur, saya selalu mendapat tawaran meminta saya menanggalkan hijab dan disebabkan itulah, saya tolak tawaran itu," katanya kepada BH Online.
Mia berkata, asyik menolak tawaran berlakon, menjadi antara punca ada pihak menganggap dirinya kurang menonjol sekarang.
"Orang ramai fikir saya sudah berhenti berlakon kerana mahu fokus kepada pelajaran. Peminat tidak tahu kerjaya seni saya agak perlahan kerana banyak menolak tawaran," katanya.
Mia turut mengakui asyik diminta menanggalkan hijab, dia hilang keyakinan untuk kembali berlakon.
"Apabila diajukan tawaran seperti itu (buka tudung), kadang-kadang saya boleh hilang keyakinan diri. Saya pakai tudung bukan sebab dipaksa keluarga atau netizen. Saya berhijab atas kemahuan sendiri.
"Itulah sebabnya saya istiqamah kerana saya percaya, niat kita perlu betul dalam perihal begini. Jadi, saya harap orang boleh menghormati saya yang sudah bertudung," katanya.

Asyik menolak tawaran tawaran menyebabkan ramai beranggapan Mia Sara sudah tidak minat mahu berlakon. - Foto IG Mia SaraBagaimanapun, Mia tidak menyimpan amarah kerana mungkin individu yang meminta dirinya menanggalkan tudung untuk menghidupkan watak, kurang pemahaman mengenai agama Islam.
"Kita tidak perlu marah pihak terbabit... Kita hanya boleh menolak kerana selalunya, pihak produksi tidak akan memaksa kita. Kita juga ada hak untuk menyatakan tidak atas permintaan itu.
"Kalau orang itu memaksa, jawapannya tetap tidak. Takkan kita mahu buka tudung semata-mata kerana permintaan itu.
Tidak perlu takut mengenai rezeki sebab ganjaran dari Allah lebih besar daripada apa yang kita fikirkan. Jadi, alasan takut tiada rezeki adalah salah," katanya.
Diuji pada usia muda, Mia mengaku minatnya dalam dunia lakonan tidak pernah pudar dan mahu terus berjuang.
"Biar apa pun terjadi, saya tidak akan berhenti berlakon. Walaupun di bawah tekanan, iaitu bukan sahaja daripada netizen malah stesen televisyen (TV) yang tidak faham situasi saya, Insya-Allah saya akan terus berlakon dengan sokongan keluarga," katanya.
Sementara itu, Mia turut meluahkan rasa terharu apabila banyak pihak prihatin dengan situasi dialami termasuk pelakon senior, Lisa Surihani dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasruddin Hassan, yang menjayakan forum khas membicarakan isu artis bertudung atas inisiatif Nurflix.tv, baru-baru ini.
"Saya tonton forum itu dan sangat terharu. Saya tidak sangka mereka mengambil berat. Apabila tahu ada yang memberikan sokongan moral, setidak-tidaknya kuranglah beban di hati saya.
"Terima kasih juga kepada Mama Lisa yang turut memberi kata-kata semangat, nasihat dan idea apa yang boleh saya lakukan dalam bidang ini.
"Saya lega diberi peluang meluahkan perkara ini. Jangan salah anggap, saya luah bukan hendak memburukkan individu tertentu tetapi mahu orang lebih peka.
"Kepada mereka yang mungkin tidak tahu soal buka tudung ini, sekarang mereka lebih memahami," katanya.

Lisa Surihani kagum dengan pendirian Mia Sara yang berpegang kuat kepada perintah Allah biarpun jauh lebih muda dan masih mentah. - Foto IG Lisa SurihaniSementara itu, Lisa, 34, kagum dengan pendirian Mia yang berpegang kuat kepada perintah Allah biarpun jauh lebih muda dan masih mentah.
"Mia ibarat anak angkat. Saya pernah berlakon sebagai emak dan sehingga hari ini dia panggil saya Mama. Mia berhijab lebih awal daripada saya. Kagum melihat dia sabar menghadapi ujian yang boleh mencabar imannya.
"Saya lihat Mia berpegang kuat walaupun keadaan itu seolah-olah menggugat periuk nasinya. Namun, perintah Allah diikut," katanya.
Sepanjang tiga tahun berhijab, Lisa tidak pernah diminta menanggalkan tudung bagi menghidupkan watak.
Namun, Lisa tidak menafikan, permintaan seumpama itu menimbulkan suatu stigma yang menakutkan pelakon wanita yang mahu berhijrah.
"Stigma pelakon risau bertudung kerana takut hilang kerja memang wujud. Saya masih ingat, apabila berada di Makkah, saya dikurniakan hidayah untuk menutup aurat.
"Saya terdetik bagaimana dengan tawaran berlakon? Namun, Alhamdulillah, selepas berbincang dengan ibu, saya yakin dengan ingatan yang datang dalam hati ketika itu.
"Biarpun jawapan agak klise dan saya pernah beritahu perkara sama kepada wartawan, memang benar, rezeki datang dari Allah SWT," katanya.
Sebaliknya, Lisa bersyukur, selepas berhijab rezekinya murah dan sering ditawarkan peluang dalam pelbagai bentuk.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/hendak-berlakon-tanggalkan-hijab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Anak Saudara Siti Nurhaliza Kini Berlakon Peminat Puji Ummi Umairah Ada Iras Tokti Ketika Muda

Hiburan Anak Saudara Siti Nurhaliza Kini Berlakon Peminat Puji Ummi Umairah Ada Iras Tokti Ketika Muda

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 408 hits
Anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Ummi Umairah dilaporkan kini aktif terlibat dalam dunia lakonan Sumber Ummi yang lebih mesra disapa sebagai Umai ini nampaknya tidak langsung kekok apabila beraksi di depan kamera Sememangnya di...
Hiburan Mia Sara Luah Rasa Terkilan Diminta Buka Tudung Sekiranya Mahu Berlakon

Hiburan Mia Sara Luah Rasa Terkilan Diminta Buka Tudung Sekiranya Mahu Berlakon

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 428 hits
Pelakon mana yang tak sedih apabila ada pihak yang meminta mereka membuang tudung sekiranya mahu menjayakan sesebuah projek itu Jelas Mia Sara disebabkan tawaran disertai syarat sedemikian dia terpaksa menolaknya dengan cara baik Sudah pun ...
Bersholawat Pembuka Hijab

Bersholawat Pembuka Hijab

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 1098 hits
BERSHOLAWAT PEMBUKA HIJAB Berkata Guru Mulia Habib Umar bin Hafidz Menganugerahkan sholawat pada Nabi Shollallahu alaihi wa alaa aalihi wasallam akan memperkuat hubunganmu dengan All h dan Rosul Nya karena dalam melakukannya engkau menginga...
Ingatkan Berlakon Je Reza Rahadian Rupanya Memang Pensyarah Di Universiti

Ingatkan Berlakon Je Reza Rahadian Rupanya Memang Pensyarah Di Universiti

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 433 hits
Sejak kebelakangan ini drama bersiri My Lecturer My Husband mendapat sambutan hangat penonton Indonesia termasuk rakyat Malaysia Tambahan pula filem tersebut menampilkan pelakon Indonesia yang amat diminati ramai iaitu Reza Rahadian dan Pri...
Lee Siyoung Dilamar Berlakon Siri Jenayah Amerika Syarikat Adaptasi Ke Korea The Mentalist

Lee Siyoung Dilamar Berlakon Siri Jenayah Amerika Syarikat Adaptasi Ke Korea The Mentalist

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 220 hits
Selepas Sweet Home nampaknya Lee Si young mungkin akan menyapa penonton dengan drama baru tak lama lagi Menurut sumber pelakon wanita itu dikatakan dilamar untuk membintangi drama adaptasi siri popular Amerika Syarikat The Mentalist Malah a...
Terjun Ke Sungai Hendak Mandi Bocah Di Kutai Timur Diterkam Buaya 6 Meter

Terjun Ke Sungai Hendak Mandi Bocah Di Kutai Timur Diterkam Buaya 6 Meter

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 165 hits
Ardiansyah bocah laki laki usia 8 tahun di Desa Sepaso Timur kecamatan Bengalon di Kutai Timur Kalimantan Timur dilaporkan hilang diterkam buaya sekitar 6 meter siang tadi saat lompat mandi di sungai Dia kini dalam pencarian SAR gabungan
Ketika Wajah Rasulullah Hendak Dibakar Setan Api Padam Dengan Doa Ini

Ketika Wajah Rasulullah Hendak Dibakar Setan Api Padam Dengan Doa Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 230 hits
Gambar pixabaySetan merupakan musuh yang nyata bagi setiap manusia Mereka dapat menggoda orang beriman melalui berbagai macam cara tanpa adanya belas kasihan Baik siang maupun malam mereka terus berantusias untuk membuat jebakan guna mengel...
Hiburan Kena Buat Adegan Panas Nadia Brian Tolak Tawaran Berlakon Di Hollywood

Hiburan Kena Buat Adegan Panas Nadia Brian Tolak Tawaran Berlakon Di Hollywood

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 550 hits
Ditawarkan untuk membintangi drama bersiri sebanyak 12 episod di pentas Hollywood sudah pasti merupakan sebuah berita gembira buat pelakon Nadia Brian Seperti impian sudah menjadi kenyataan Nadia walau bagaimanapun memberitahu bahawa dia te...
Undip Sebut Server Hendak Dibobol Dari Sejumlah Negara Sebelum Data Mahasiswa Bocor

Undip Sebut Server Hendak Dibobol Dari Sejumlah Negara Sebelum Data Mahasiswa Bocor

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 185 hits
Server yang diperbarui terakhir kali pada 16 April 2018 itu berisi tentang data mahasiswa Undip namun saat ini diklaim bukan lagi menjadi bagian dari sistem informasi yang berjalan saat ini
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Al Ikhsan Sports Mengumumkan Pemenang Peraduan The Ultimate Sports Experience Spend And Win

Jinda888 Website 888 Casino Online Slot888 Top 41 By Tamie Slot888 Jinda888 Bet 2 2567

Stour House By Facit Homes In London United Kingdom

10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord

Sivasangari On Cloud Nine As She Breaks Into World Top 10