Hati Mak Sakit Sangat Sakit


KESABARAN seorang ibu itu ada tahapnya. Apabila, anak tidak henti membuat masalah, hati ibu mana yang akan senang dan tenang.

Itulah yang dirasakan ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim yang sudah tidak mampu bersabar lagi dengan tindakan ‘menagih publisiti’ dilakukan anaknya.

Rozita dalam perkongsian video berdurasi dua minit dan 29 saat di Instagram, terlebih dulu meminta maaf kepada anaknya kerana terpaksa membuat rakaman berkenaan.

Memaklumkan dirinya sudah letih dan sakit dada atas perbuatan anaknya itu, Rozita berkata tidak perlu tunggu wabak Covid-19 pun, boleh mati kalau tak tahan sangat.

“Assalammualaikum Syukri, mak minta maaf sangat. Mak terpaksa buat video hari ini, walaupun mak senyum tapi hati mak sakit. Hati mak sakit sangat. Tak habis satu masalah, satu masalah. Suka sangat buat masalah.

“Selama ni mak tegur pun, kau tak nak dengar kan. Tak pernah nak dengar. Kau tak nak dengar.

“Mak tegur cara baik, mak marah engkau, mak jerit engkau. sekarang dah sehabis lembut dah. mak dah puas WhatsApp macam ni tak betul, macam tu tak betul, kau still (tetap) buat,” katanya.

Menurut Rozita, segala masalah dicipta anaknya itu secara tak langsung pasti terkait pada dirinya yang dilabel tidak pandai mendidik anak.

“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak ni yang tak pandai jaga anak.

“Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah. Tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.

“Kalau betul engkau, mak tak didik dulu, kenapa tak semua adik-beradik tak ikut macam itu. Bukan mak tak didik, mak dah cakap dah. Sekarang kau buat lagi, lagu menangis. Lagu menangis kau, berdarah-darah tu kenapa?

“Apa yang derita sangat? Somalia ke, Utupia kebuluran ke, berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kau. Tak nampak ke?

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara engkau tu tak sedap. Dan tak sedap pun, tak payah berlagu-lagu.

“Nak bagi faham, macam mana kalau engkau cakap buruk A, B, C dan D, orang cakap Syukri untuk niat nak jatuhkan kau, sebenarnya memang kau yang pilih jalan jatuh. Sebab apa tau, memang kau suka orang kecam. Masalahnya perangai kau tu, terpalit dekat mak,” katanya.

Justeru, bagi memastikan tegurannya kali ini sampai kepada anaknya, Rozita berkata tindakan memuat naik video komen itu menandakan sudah tiba untuk dia bersuara.

“Kalau mak tak tegur, kau tak dengar. Sekarang mak letak di Instagram mak, letak di media sosial supaya kau tengok bahawa tak semua benda orang suka apa yang kita buat.

“Jangan suka dengan hinaan orang, hanya untuk nak dapatkan publisiti. Cukuplah tu. cukuplah, Syukri dah ada segala-galanya. Syukri tak derita pun, apa orang cakap tu, kita jangan cakap orang kecam kita, dengki kita, tak.

“Sebenarnya apa yang kita buat itu, yang kita dapat. Dengar baik-baik Syukri, sudah lah lagu tu, mak bukan niat nak jatuhkan kau tapi sebab mak sayang

“Dah tak tau nak komen macam mana lagi dah. Bukan mak tak nak nasihat, mak dah gagap dah. Kalau kau nak mak panjang umur, kau nak mak hidup aman, tolonglah menjadi seorang profesional.

“Bukan lagi menyanyi, sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun nak menunjukkan benda yang merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu mak pesan tolonglah kasihan maruah kami semua,” katanya.

Tidak ketinggalan, Rozita juga menitip pesanan khusus buat anaknya dengan meminta supaya Aliff menjaga maruah ibu bapa, adik-beradik dan anak-anaknya.

“Bukan diri sendiri, tetapi, pandang maruah kami semua. Siapa? mak ayah, adik-beradik dan anak-anak kamu, Syukri. Mak sayang kamu.

“Mak minta maaf banyak-banyak. Mak terpaksa buat komen secara terbuka kerana sampai masa mak bersuara, “ katanya mengakui betul-betul marah dengan sikap anaknya.

Menerusi perkongsian video menyentuh perasaan itu, ia sudah ditonton lebih 180,000 kali oleh warganet, dengan lebih 2,000 komen ditulis.

Rata-rata komen daripada warganet itu sangat bersimpati dengan Rozita dan begitu memahami perasaannya sebagai ibu yang hatinya sudah disakiti dan terluka.
-myMetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/hati-mak-sakit-sangat-sakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Mak Sakit Sangat Orang Cakap Mak Tak Pandai Jaga Anak

Hati Mak Sakit Sangat Orang Cakap Mak Tak Pandai Jaga Anak

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 345 hits
Belum reda lagi dengan isu didakwa memukul anak angkat usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri seakan dahagakan kontroversi apabila tampil mempromosikan single The post appeared first on
Hati Mak Sakit Sangat Tolong Jaga Maruah Kami Bonda Tegur Aliff Syukri Gilakan Publisiti

Hati Mak Sakit Sangat Tolong Jaga Maruah Kami Bonda Tegur Aliff Syukri Gilakan Publisiti

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 850 hits
KUALA LUMPUR Sudah puas menegur Rozita Ibrahim ibu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri membuat pengakuan terbuka melalui media sosial mengenai apa yang didakwa kedegilan anaknya berubah Kesal Aliff terus mencetuskan kontroversi termas...
Ayah Masuk Lokap Mak Sakit Mental Kisah Pemuda Bangkit Dari Kegelapan Jadi Inspirasi

Ayah Masuk Lokap Mak Sakit Mental Kisah Pemuda Bangkit Dari Kegelapan Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 460 hits
small Cover image via Twitter sonoflukas small Setiap manusia mengharungi fasa jatuh bangun dalam hidup Itulah roda kehidupan kadang kala kita di atas kadang kala kita di bawah Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti yang...
Hati Saya Mula Merasa Berat Sangat Berat Kini Keputusan Saya Muktamad

Hati Saya Mula Merasa Berat Sangat Berat Kini Keputusan Saya Muktamad

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 343 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maslzee Malik sebentar tadi tampil menjelaskan keadaan mengapa beliau dilihat seperti berubah ubah pendiriannya dan dipercayai membuat pusingan U beberapa kali Menjelaskan keadaan dihadapinya me...
Sama Sama Timbulkan Nyeri Ulu Hati Kenali Beda Sakit Jantung Dan Asam Lambung

Sama Sama Timbulkan Nyeri Ulu Hati Kenali Beda Sakit Jantung Dan Asam Lambung

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 511 hits
Dokter spesialis jantung RS Awal Bros Bekasi Timur dr Ronaldi Sp JP FIHA FAPSC mengatakan bahwa kesamaan keluhan antara asam lambung dan jantung disebut dengan nyeri alih yaitu nyeri yang menyerupai asam lambung padahal keluhan tersebut ada...
Hati Ini Rindu Sangat Sangat Hanya Demam Biasa Allah Pinjamkan Baby Na 5 Bulan

Hati Ini Rindu Sangat Sangat Hanya Demam Biasa Allah Pinjamkan Baby Na 5 Bulan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 422 hits
Anak yang dilahirkan sihat dan normal dengan berat 3 05 kilogram hanya sempat 5 bulan saja bersama keluarga Itu janji Allah Mulanya hanya demam saja siapa sangka ia menjadi asbab untuk anak ini bertemu pencipta Nya Menurut pemergian Putri Q...
Jaga Mak Sakit Lepas Ayah Meninggal Dunia Anak Yatim Berjaya Raih 11a Spm

Jaga Mak Sakit Lepas Ayah Meninggal Dunia Anak Yatim Berjaya Raih 11a Spm

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 590 hits
Rezeki tak salah alamat Itulah yang dapat digambarkan buat seorang anak yatim Mohamad Nur Firdaus Zulkifli selepas mendapatkan keputusan cemerlang iaitu 11A dalam semua mata pelajaran yang diambil Difahamkan sejak sekolahnya ditubuhkan pada...
Luahan Hati Pesakit Ocd Sangat Kasihan Dan Menginsafkan Kita

Luahan Hati Pesakit Ocd Sangat Kasihan Dan Menginsafkan Kita

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 595 hits
Kecelaruan obsesif kompulsif adalah penyakit mental yang menyebabkan pemikiran dan tindakan yang berulang dan tidak diingini menghadkan keupayaan untuk mengambil bahagian dalam perhubungan tempat kerja dan dalam masyarakat secara amnya A Ak...
Cerita Suami Penjual Istri Di Surabaya Awalnya Sakit Hati Istri Layani Pria Lain Kadang Ikut Lihat

Cerita Suami Penjual Istri Di Surabaya Awalnya Sakit Hati Istri Layani Pria Lain Kadang Ikut Lihat

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 299 hits
Seorang pria di Surabaya menjual istrinya Alasannya dia tega menjual istrinya sendiri untuk layanai seks pria hidung belang demi kebutuhan hidup Pria bernama Junatan asal Kampung Malang Tengah I Surabaya itu mengaku terlilit kebutuhan hidup...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails