Hati Hati Jangan Sesekali Serah Kod Pengesahan 6 Digit Whatsapp


Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.
Hati-Hati…Jangan Serah Kod Pengesahan 6 Digit WhatsApp Baru-baru ini, kerap dilaporkan tentang penipuan melalui WhatsApp. S ehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna. Taktik ini menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.

Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/account-and-profile/stolenaccounts/ https://faq.whatsapp.com/general/received-verification-code-withoutrequesting-it/

MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan seperti berikut:

1) Scammer menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun WhatsApp (milik rakan atau ahli keluarga) yang telah berjaya diambil alih sebelum ini; dan seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.

2) Scammer menyamar sebagai kakitangan WhatsApp dan meminta pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.

3) Scammer sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem WhatsApp akan seterusnya membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan. a) Scammer kemudiannya melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod berkenaan;

atau

b) Sekiranya pengguna tidak menjawab panggilan automatik daripada WhatsApp dan ianya masuk ke peti mesej suara pengguna; scammer akan cuba meneka (melalui proses cubaan rambang) atau meminta kata laluan atau PIN peti mesej suara pengguna, untuk mengakses rakaman tersebut. Sehubungan itu, para pengguna adalah diingatkan agar: 1) Berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan 6-digit WhatsApp daripada mana-mana pihak berikut: – mesej orang yang dikenali (seperti rakan atau ahli keluarga); – mesej atau panggilan orang yang tidak dikenali; atau – pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp, serta lain- lain pihak termasuklah pihak berkuasa. 2) Tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan 6-digit WhatsApp kepada mana-mana pihak.

3) Melindungi akaun WhatsApp dengan pengesahan dua langkah (two-step verification). Ikuti aturan tetapan WhatsApp Settings > Account >Two-step verification >Enable, dan turuti arahan yang disediakan. (Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/verification/howto-manage-two-step-verification-settings/).

4) Tidak sama sekali menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara kepada mana-mana pihak.

5) Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka.

Pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp adalah disaran untuk mengikut langkah-langkah seperti di pautan berikut untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.

(Pautan rujukan) : https://faq.whatsapp.com/general/account-andprofile/stolen-accounts/).

Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran atau kepada MCMC menerusi saluran berikut:

Portal Aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my

E-mel: [email protected]

Sumber : Kenyataan Media MCMC




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/01/hati-hatijangan-sesekali-serah-kod.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas Jangan Sedapkan Hati Kata Ok Ada Tak Kena

Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas Jangan Sedapkan Hati Kata Ok Ada Tak Kena

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 543 hits
Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau Kebolehan untuk bercakap SPEECH DELAY KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS Ramai ingat isu anak ada Speech Delay hanya f...
Hati Hati Dengan Pemerhati Tak Bernyawa Ustaz Pesan Jangan Simpan Anak Patung Cukup Sifat

Hati Hati Dengan Pemerhati Tak Bernyawa Ustaz Pesan Jangan Simpan Anak Patung Cukup Sifat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 774 hits
Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk membelikan anak anak anak patung sebagai permainan Tak kurang juga ada yang membeli pelbagai jenis patung sebagai koleksi ataupun perhiasan Namun anda harus berhati hati kerana patung yang cukup sifat w...
Jangan Serah Amanah Kepada Golongan Bermoral Rendah Sultan Nazrin

Jangan Serah Amanah Kepada Golongan Bermoral Rendah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 263 hits
Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah terpalit dengan rasuah nbsp salah guna kuasa nbsp tidak amanah dan tidak ikhlas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah nbsp umat...
Whatsapp Memperkenalkan Pengesahan Biometrik Sebelum Akses Desktop Diberikan

Whatsapp Memperkenalkan Pengesahan Biometrik Sebelum Akses Desktop Diberikan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 326 hits
WhatsApp baru baru ini telah memperkenalkan ciri pengesahan biometrik menggunakan cap jari ataupun wajah sebagai langkah sekuriti tambahan untuk mengaktifkan aplikasi tersebut pada mod desktop Ciri ini yang sedang dikemaskini secara berperi...
Jangan Sampai Buta Mata Hati

Jangan Sampai Buta Mata Hati

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 430 hits
unable to retrieve full text content 160 1 DALAM al Quran Allah menceritakan kepada kita bagaimana sikap orang orang kafir yang telah diberikan petunjuk di dalam al Quran namun mereka masih tetap mengengkarinya Lalu Allah menempelak sikap m...
6 Langkah Kembali Tertawa Setelah Hati Begitu Kecewa Sedih Boleh Tapi Jangan Terlalu Lama

6 Langkah Kembali Tertawa Setelah Hati Begitu Kecewa Sedih Boleh Tapi Jangan Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 475 hits
Jangan lama lama sedihnya ingat dunia tetap berputar meski kamu sedang tak bisa apa apa karena terlarut dalam kecewa
Bikin Para Pengguna Pindah Ke Lain Hati Whatsapp Akhirnya Tunda Penerapan Kebijakan Baru Mereka

Bikin Para Pengguna Pindah Ke Lain Hati Whatsapp Akhirnya Tunda Penerapan Kebijakan Baru Mereka

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 308 hits
Kalian setuju nggak sih dengan kebijakan ini Atau milih ganti ke aplikasi chat lain yang lebih aman
Tolong Jangan Jadi Bodoh Ketika Memandu Penunggang Motosikal Maut Akibat Kecuaian Pemandu Axia

Tolong Jangan Jadi Bodoh Ketika Memandu Penunggang Motosikal Maut Akibat Kecuaian Pemandu Axia

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 357 hits
Tolong jangan jadi bodoh ketika memandu Penunggang motosikal maut akibat kecuaian pemandu AxiaTindakan bodoh seorang pemandu Perodua Axia yang menukar laluannya pada saat akhir mengakibatkan kematian penunggang motosikal pagi semalam Dalam ...
Dedah Segera Dalang Kartel Daging Jangan Biar Rakyat Berteka Teki

Dedah Segera Dalang Kartel Daging Jangan Biar Rakyat Berteka Teki

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 387 hits
MALAYSIA DATELINEDalang sebenar isu kartel daging perlu didedahkan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam terutama umat Islam demikian menurut peguam Syahredzan Johan Beliau berkata setakat ini hanya berlaku pendakwaan terhadap...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara