Hasad Dengki


HASAD DENGKI. Rasanya semua tau kot perasaan hasad dengki merupakan satu sifat yang terlarang dalam Islam, dan Allah SWT mengarahkan agar kita meminta perlindungan dari Allah SWT dari kejahatan sifat dengki. 

Firman Allah ‘Azza wa Jalla:
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Maksudnya: "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (Surah al-Falaq : 5)
Sabda Nabi Muhammad SAW:
إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ
Maksudnya: "Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu." Sunan Abi Dawud (4903)
Namun terdapat juga hadith yang memberi pengecualian dalam sifat hasad dan dengki ini. 
Sabda Rasulullah SAW:
لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا
Maksudnya: "Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya." Sahih al-Bukhari (73)


Terdapat juga riwayat lain yang menyatakan:
لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ
Maksudnya: "Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang." Sahih al-Bukhari (7529) dan Sahih Muslim (815)

Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani, istilah hasad dalam hadith ini sebenarnya membawa maksud al-ghibtoh (الغبطة) iaitu keinginan untuk memperoleh nikmat seperti orang lain, tanpa rasa mahu melihat nikmat tersebut ditarik dari orang itu, dan lafaz hasad digunakan dalam erti kata majaz. Keinginan ini juga disebut sebagai munafasah atau persaingan, dan ianya terpuji (Mahmud) jika dalam perkara ketaaatan. (Rujuk Fath al-Bari 1/167)
Menurut Syeikh Badruddin al-‘Aini pula, Imam al-Bukhari mengeluarkan lafaz hasad ini dari maknanya yang hakiki kepada makna majaz, dan kerana itulah Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini dibawah tajuk al-I’tibat fi al-Ilm wa al-Hikmah (keinginan untuk memperoleh nikmat ilmu dan hikmah). (Rujuk ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari 2/56)
Perasaan hasad dan dengki itu pada asasnya adalah dilarang, dan ia jelas dinyatakan melalui ayat al-Qur’an dan hadith yang disebutkan di atas


Adapun perasaan hasad yang dibenarkan hanyalah pada perkara-perkara kebaikan, dan ia pada asasnya tidaklah disebut sebagai hasad, bahkan ia lebih merupakan satu keinginan (ghibtoh atau raghbah) untuk dikurniakan kelebihan yang sama agar dapat meningkatkan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan tidak pula ingin supaya nikmat itu ditarik dari orang tersebut

Wallahualam

#copyandpaste 
Kredit : Telegram Dakwah_Bidadari


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2021/09/hasad-dengki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Agama Berharap Dijaga Dari Golongan Yang Dengki

Menteri Agama Berharap Dijaga Dari Golongan Yang Dengki

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 280 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri Di Jabatan Perdana Menteri yakin selama mana seorang itu ikhlas berkhidmat maka ia akan bahagia kerana Allah akan menjaganya daripada keburukan orang yang hasad dengki Namun catatan dhuha beliau semalam dijawab oleh...
Didakwa Dendam Dan Dengki Firdaus Wong Tampil Menafikan Hal Tersebut

Didakwa Dendam Dan Dengki Firdaus Wong Tampil Menafikan Hal Tersebut

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 361 hits
Pendakwa bebas Firdaus Wong Wai Hung didakwa oleh sesetengah netizen seolah olah dia mahu menjatuhkan reputasi dan memfitnah seorang pendakwah terkenal sejak dia menjadi orang tengah berhubung kontroversi membabitkan ustaz tersebut Menurut ...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Pasu Kosong

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Tak Sihat

Mamee Chef Lontong Sedap Juga

Tri Suaka Kiw Kiw Cinta Chord

Kemaskini Pasaran Saham As Pada 14 Mei

This 1973 Harley Shovelhead Is Inspired By The Legendary Joe Petrali

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya