Harum Mewangi


Antara pokok yang terdapat di sekitar rumah saya - pokok limau kasturi dan pokok daun kari. Baru-baru ini saya perasan kedua-dua pokok sedang galak berbunga. Seronok rasanya melihat pokok berbunga lebat walaupun bukanlah saya yang menanamnya 😁. Semuanya hasil usaha penghuni rumah terdahulu


Harum Mewangi | Bunga Pokok Limau KasturiSejak berpindah ke sini, ini merupakan kali kedua saya menyaksikan pokok limau kasturi ini berbunga lebat. Kali pertama pada penghujung bulan Disember 2023. Kemudian ia menghasilkan buah limau kasturi yang cukup lebat sampai tak termakan oleh kami berdua, terbiar kekuningan di pokok. Walaupun banyak juga saya ambil untuk dicampur jusnya dalam minuman/masakan dan ada juga jiran datang ambil, masih banyak buah yang terbiar tidak dituai sehingga berguguran ke tanah

Sekarang ni buahnya tinggal sedikit dan pokok limau kasturi kembali berbunga. Bunganya berbau harum, belum datang dekat dengan pokok pun dah boleh tercium aromanya. Pokok limau kasturi ini di tanam di laman depan rumah. Dulu sewaktu kali pertama saya tercium aromanya, saya tercari-cari pokok apa yang berbau wangi

Bunganya berwarna putih

Lebat putik dan bunganya

Seekor kumbang bersaiz besar kelihatan sibuk terbang ke sana sini. Harapnya ia cuma kumbang penghisap madu bunga, bukan kumbang perosak. Saya tak pandai membela pokok, apa lagi nak kenal perosak dan masalah lainnya


Harum Mewangi | Bunga Pokok Daun KariPokok daun kari ini terletak di kawasan belakang rumah. Kebetulan pula, akhir-akhir ini saya jarang ke belakang disebabkan tak berani nak meredah rumput yang semakin tinggi sejak berakhirnya musim panas kering. Tetapi baru-baru ini saya redah juga sewaktu melakukan aktiviti ‘morning walk’

Belum pun sampai dekat dengan pokok daun kari, deria saya dah terhidu bau harum yang menyegarkan. Rupa-rupanya pokok daun kari yang tempohari (sewaktu musim panas kering) kelihatan hampir mati kekeringan, kini sudah berubah rupa. Pokoknya segar, daun menghijau cantik, lebat berbunga dan banyak sungguh anak pokok tumbuh di kelilingnya. MasyaAllah

Bunga pokok daun kari berwarna putih, bersaiz kecil dan berbau harum. Aromanya cukup menyegarkan! Berbeza sungguh bau bunga dengan daunnya yang kita gunakan dalam masakan

Pokok daun kari ini bukan saja meriah dengan bunga, tetapi meriah juga dengan kehadiran pelbagai jenis serangga

Dah macam tanam pokok bunga pulak, cantik penuh dengan bunga

Saya nampak ada juga buah pokok daun kari ni, sudah bertukar warna hitam. Biji dalam buah tersebut boleh dijadikan benih pokok daun kari. Mungkin sebelum ni ada banyak buahnya, tetapi sudah dimakan burung. Kalau nak tengok rupa buah pokok daun kari yang masih berwarna kemerahan, boleh lihat di entri INI

Alhamdulillah atas segala rezeki kurniaan-Nya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/05/harum-mewangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Harum Manis Rupanya Tebuk Atap Sesama Rakan

Langkah Harum Manis Rupanya Tebuk Atap Sesama Rakan

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 50 hits
Takdir Rupanya Langkah Harum Manis Sama sendiri pun nak tebuk atap
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Pengadu Terima Panggilan Pertama Ebit Pada 3 40 Pagi Mahkamah Diberitahu

Seorang Lelaki Ditemui Rentung Atas Katil Selepas Apartmen Terbakar

Masa Depan Pas Bukan Dalam Pn

Zus Yang Terakhir Kalinya

Tujuh Termasuk Tiga Sekeluarga Ditahan Edar 55kg Dadah