Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen
Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen| Tahun ni Aneeq akan masuk umur 4 tahun. Disebabkan Aneeq asyik selalu duduk dengan Fadzi dan kurang bergaul dengan orang lain, Fadzi plan dari tahun lepas nak hantar Aneeq ke sekolah.
Tujuannya satu je. Nak bagi Aneeq bergaul dengan budak budak lain dan nak Aneeq belajar cara tunggu giliran dan sebagainya. Kalau duduk dengan Fadzi je, susah Aneeq nak belajar semua tu.
Pakai baju uniform schoolHari Pertama Aneeq Ke KinderkaizenHari ni (Khamis) hari betul betul Aneeq mula bersekolah. 3 hari sebelum ni (Isnin, Selasa dan Rabu) Aneeq pergi trial class je. Dan antara banyak-banyak sekolah preschool yang ada dekat Malaysia ni, Fadzi pilih untuk hantar Aneeq ke Kinderkaizen.
Trial ClassUntuk trial class ni, Aneeq pergi sekolah untuk 2 jam je selama 3 hari - Isnin, Selasa dan Rabu. Kelas trial ni lebih kepada nak tengok Aneeq boleh handle ke tak kena tinggal dek mak dia di sekolah.
Dan dalam masa yang sama, principal Kinderkaizen tu pun nak tengok sama ada Aneeq dah ready atau tidak untuk bersekolah dan diaorang mampu atau tidak untuk handle Aneeq dekat sekolah.
Untuk trial class ni Fadzi bayar RM60 untuk 3 hari, 2 jam setiap hari. Hari pertama Aneeq dekat kelas percubaan, Fadzi terus tunjuk pada Aneeq mana toilet. Jadi senang lah nak membuang bila dia rasa nak pee or poop.
Lepas tu dia nampak banyak toys. Terus dia main non stop. Fadzi pulak pergi jumpa teacher nak tanya pasal silibus dan fee. Dalam setengah jam macam tu, tiba tiba ada teacher lain cari mak Aneeq (Fadzi lah tu).
Katanya Aneeq menangis meraung-raung. Ya Allah, hati Fadzi ni risau teruk. Terus Fadzi cari Aneeq. Ada teacher lain tengah nak peluk Aneeq. Aneeq tolak tolak sambil menangis meraung. Fadzi cepat cepat pergi dekat Aneeq panggil nama dia tanya kenapa.
Fadzi tunggu Aneeq dalam kereta je masa trial class hari pertama
Bila Aneeq nampak Fadzi, terus die peluk sambil sedu sedan. Aneeq tak pakai seluar, kaki dia dah basah. Bila tanya tanya, rupa rupanya, Aneeq pergi pee tapi terkencing sikit dalam pants. Dia basuh pee dan basuh pants.
Sebab pants dah basah, dia panggil Fadzi tapi Fadzi tak dengar. Fadzi tengah discuss dengan teacher. Bila Fadzi tak datang, menangis lah Aneeq.
Fadzi pun cuba pujuk Aneeq kata Aneeq main ape tadi. Sambil keluarkan seluar dan pakaikan pada Aneeq. Bila dah pakai seluar, dah peluk sikit sikit, Aneeq dah boleh sambung main semula.
Waktu balik, Fadzi tanya Aneeq kenapa Aneeq menangis tadi. Aneeq jawab Aneeq pee, pants basah, Aneeq panggil mak, mak tak datang. Mak hilang. Ya Allah, sebaknya rasa. Mak tak hilang sayang. Mak tak hilang.
Baru pasal anak menangis sebab tak ada pants nak pakai, cari mak, mak tak datang, mak dah sebak. Ni belum lagi pasal benda lain.
Tapi silap Fadzi jugak sebab Fadzi tunjuk toilet dekat Aneeq tapi Fadzi tak tunjuk teacher mana satu. Aneeq menangis sebab tak tau nak panggil sape bila Fadzi tak datang.
Hari kedua dan ketiga Aneeq dah cool dah. Sampai-sampai je dekat sekolah, terus dia main dengan toys dan kawan-kawan. Bila time nak ajak die balik, Ya Rabbi susahnya. Dia tak nak balik! Hahahahha.
Hari Pertama Aneeq Di KinderkaizenMasa hari terakhir kelas percubaan, Fadzi tanya principal, bila Aneeq boleh mula kelas. Fadzi ingatkan next week nya baru boleh mula kelas. Rupanya principal kata boleh mula kelas besoknya (Khamis).
Fadzi pun macam oh okay. Boleh. Tak ada masalah. Hari Rabu ambil baju uniform saiz M dan terus basuh dan keringkan malam tu jugak. Hari ni dah boleh pakai untuk ke sekolah.
Hari pertama breakfast awal
Hari pertama ni Aneeq bangun awal. Pukul 6 pagi dia dah bangun. Bila dah siap-siap mandi, breakfast, tukar baju uniform, terus kiteorang pergi ke Kinderkaizen.
Sampai-sampai je dekat Kinderkaizen, laju je Aneeq masuk sekolah tinggal Mak huhuhu. Fadzi bagi borang dekat principal, shake hands, kiss Aneeq semua dan terus balik rumah dengan Anas.
Hari pertama Aneeq pergi school, Fadzi rasa rumah kosong je. Wuuu, sedih pulak mak ni kan. Macam ni rupanya rasa bila anak tak ada dekat rumah. Nasib baik Anas ada. Terubat jugak sunyi ni.
Waktu nak ambil Aneeq balik, susah jugakkkkk. Jenuh nak ajak dia balik. Dah lah dengan Fadzi tengah dukung Anas lagi. Lagi payah nak heret dia balik rumah. Last last balik jugak kiteorang. Hew.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/01/hari-pertama-aneeq-ke-kinderkaizen.html