Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Kali Ke 10 Di Rasmikan Oleh Yab Dato Seri Anuar Bin Ibrahim


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tahniah kepada penjaja dan peniaga kecil tak kira di mana anda berada dan berniaga anda menjadi perhatian kerajaan. Penganjuran dan pengiktirafan Hari Pejaja dan Peniaga Kecil (HPPK) setip tahun adalah bukti bahawa kerajaan menghargai dan mengiktiraf korang sebagai salah satu ejen penjana ekonomi negara



Tidak kiralah anda peniaga pisang goreng atau juga burger tepi jalan anda adalah antara golongan yang sebenarnya pengerak kepada ekonomi dan kemajuan negara secara tidak langsung. Tahun ini adalah tahun ke10 penganjuran HPPK peringkat Kebangsaaan. Kalau korang tahu tanggal 18 November setiap tahun diistiharkan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil. Cuma tahun ini diadakan pada 22 Disember lalu kerana berdekatan dengan Pilihan Raya Umum baru-baru ini




Tahun ini diadakan Konvesyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan bertempat PICC Putrajaya secara besar-besaran. Seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir ke HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Lagi bermakna dan begitu dekat pejaja dan peniaga kecil ni dengan kerajaan, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sendiri turut hadir dan merasmikan dan menyempurkan majlis konvesyen pada hari tersebut




Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya sendiri mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara. Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)



Sebelum itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dalam ucapannya menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara. Beliau juga mengumumkan bahawa HPPK2023 tahun depan akan diadakan di negeri Sabah





Dalam majlis itu juga diadakan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP. 


Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012






Pengisian program menarik telah disediakan sepanjang konvensyen, antaranya seperti:-Rakan Strategik- Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaanKlinik Usahawan HPPK 2022- Sesi konsultansi agensi keusahawananGerak Usahawan Nasional- Pameran dan jualan produk usahawanBicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil- Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil)Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP & Bicara Usahawan Berjaya- Kisah kejayaan perserta program KUSKOP




Konvensyen HPPK2022 disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor. Turut hadir sama di majlis perasmian adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/12/hari-penjaja-dan-peniaga-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsung Konvensyen Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaa

Langsung Konvensyen Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaa

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 225 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Pengajuran Hppk2022 Bukti Penghargaan Dan Pengiktirafan Kerajaan Kepada Golongan Penjaja Dan Peniaga Kecil

Pengajuran Hppk2022 Bukti Penghargaan Dan Pengiktirafan Kerajaan Kepada Golongan Penjaja Dan Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 272 hits
Hi Korang Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 bertempat di Putrajaya International Convention Centre hari ini di sambut meriah dengan kehadiran YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia y...
Tanah Runtuh Batang Kali 21 Mayat Dikenal Pasti Setakat Jam 1 Tengah Hari

Tanah Runtuh Batang Kali 21 Mayat Dikenal Pasti Setakat Jam 1 Tengah Hari

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 422 hits
SYAZWAN MANAFSeramai 21 satu mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh di Batang Kali Selangor telah dikenal pasti setakat jam 1 tengah hari tadi Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara individu tersebut adalah Lim Wei Xin H...
Selepas Diheret Ke Mahkamah Oleh Anwar Ibrahim Ini Pula Reaksi Sanusi M

Selepas Diheret Ke Mahkamah Oleh Anwar Ibrahim Ini Pula Reaksi Sanusi M

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 197 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata beliau bercakap mengenai sejarah susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan berperwatakan tidak bermoral
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek