Harga Sawit Tinggi Nilai Ringgit Masih Terkawal Semasa Muhyiddin Jadi Pm


agendaily.com21/09/2022
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penasihat ekonomi Perdana Menteri (PM) merangkap Ketua Penerangan UMNO melatah apabila sedikit teguran diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana keadaan ekonomi dan mata wang negara yang tidak menentu ketika ini.

Budak hingusan yang berada dalam pejabat PM menjawab balik kritikan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan memberi jawapan retorik seperti Presiden UMNO yang berteriak setiap hari mendesak pilihan raya umum atas alasan tiada kestabilan, ironinya UMNO sendiri menjadi punca mencetus ketakstabilan tersebut.

Berpuluh kali Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya Parlimen dibubarkan tetapi sampai sekarang tidak masih menekan butang seperti dilakukannya bersama-sama cikgu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Lebih menghairankan, baharu sekali Muhyiddin tegur terus melatah panglima dan hulu balang UMNO tampil mempertahankan Perdana Menteri. Tapi tidak pula mereka berani menegur Zahid sebelum ini yang berzikir setiap masa mendesak pilihan raya disegerakan.

Sebagai seorang penasihat ekonomi dan kononnya memiliki kelayakan yang hebat di universiti, lebih baik dia berfikir untuk mencari jalan memulihkan kedudukan ekonomi negara daripada terus menjadi pembodek.

Sebelum Muhyiddin berundur diri, asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara semasa ditinggalkan masih berada pada tahap yang selamat dan tidak seperti legasi ditinggalkan oleh bekas PM UMNO, Datuk Seri Najib Razak sehingga sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu ditanggung kerajaan.

Malah, ketika Muhyiddin mentadbir negara, ia merupakan saat paling mencabar pernah dihadapi mana-mana pemimpin nombor satu negara dengan ancaman penularan Covid-19.

Langkah-langkah yang diambil bertujuan untuk menyelamatkan banyak nyawa tidak berdosa daripada terus melayang kerana jangkitan virus membunuh tersebut, penutupan sektor ekonomi dan kawalan langkah pergerakan kepada rakyat bukan dibuat suka-suka.

Walaupun rakyat tidak dapat bekerja, sekurang-kurangnya ketika itu masih dapat bernafas lagi apabila moratorium diperkenalkan disamping pelbagai bantuan bakul makanan dan juga pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang terjejas.

Semua langkah itu diambil semasa era Muhyiddin menjadi PM, tapi apa sekarang penasihat ekonomi PM buat?

Walaupun berdepan dengan ancaman penyakit berjangkit ditambah pula dengan krisis politik yang dicetuskan oleh cikgu dan anak murid, nilai mata wang negara waktu itu tidak jatuh sehingga ke paras teruk sekarang ini.

Nilai ringgit ketika itu masih berlegar sekitar RM4 ke RM4.10 dan perlu diingat ketika itu negara sedang berdepan pelbagai cabaran yang lebih teruk daripada sekarang ini.

Sekarang, nilai ringgit jatuh teruk dalam sejarah 24 tahun negara, sejak kali terakhir krisis kewangan 1998-1999 lalu.

Selain itu, semasa Muhyiddin menjadi PM juga menyaksikan harga sawit negara mencecah paras tertinggi dalam sejarah, antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan setakat Jun 2021 ketika itu masih menerajui kerajaan di Putrajaya.

Harga sawit berkali ganda tinggi semasa era Muhyiddin menjadi PM berbanding hanya sekitar RM2,000 satu tan pada 2019 dan sebelumnya.

Sekarang, apabila UMNO kembali menjadi peneraju di Putrajaya, harga sawit berdepan tren penurunan dan harga minyak sawit mentah (MSM) terkini setakat September jatuh ke paras bawah RM4,000 satu tan.

Setakat 19 September 2022, harga MSM terkini adalah RM3,743 satu tan, menurut laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Faktanya, penurunan harga minyak sawit ini berlaku semasa era UMNO memerintah dan bukannya ketika Muhyiddin semasa memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mungkin penasihat ekonomi PM boleh mula menyemak fakta dan membuat sedikit kajian sebelum mengeluarkan alasan retorik politik seperti Presidennya yang mahu PRU-15 diadakan.

Seperkara lagi, sebagai penasihat ekonomi PM, mungkin sekurang-kurangnya dia boleh mencari jalan sebagaimana Muhyiddin membantu peneroka Felda yang hutang mereka sebelum ini semasa pinjaman diberikan oleh UMNO dihapuskan serta-merta.

Untuk rekod, sebanyak RM8.3 bilion peneroka Felda berjaya dihapuskan semasa era pentadbiran Muhyiddin.

Mustahil seorang penasihat ekonomi yang hebat bercakap bahasa Inggeris tidak dapat mencari pendekatan dan langkah terbaik untuk membantu rakyat yang sedang sesak nafas untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Seperkara lagi, penasihat ekonomi jangan hanya pandai menasihati Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob “claim credit” seperti yang dilakukan semasa syarikat perladangan FGV Holdings Bhd mencatat keuntungan besar iaitu sebanyak RM1.17 bilion bagi tahun kewangan 2021.

Hasil penstrukturan dan strategi Muhyiddin jugalah menyaksikan FGV kembali mencatatkan keuntungan besar tersebut, janganlah perasan kerana kebijakan dan kepandaian Ismail Sabri yang berjaya memulihkan syarikat milik peneroka Felda itu.

Tapi biasalah, penasihat ekonomi PM hebat beretorik dan memutarbelit fakta. Tidak pasti siapa cikgunya ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/harga-sawit-tinggi-nilai-ringgit-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nilai Ringgit Susut Projek Mega Pengangkutan Tidak Terjejas

Nilai Ringgit Susut Projek Mega Pengangkutan Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 208 hits
Penyusutan nilai mata wang ringgit Malaysia tidak menjejaskan pembangunan projek mega di bawah Kementerian Pengangkutan Semua projek termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur Sistem Transit Rapid dari Johor ke Woodlands di Singapura transit
Perangi Susut Nilai Ringgit

Perangi Susut Nilai Ringgit

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 317 hits
Semua pendapatan atas nilai ringgit ditukar kepada simpanan emas dan keluarkan semula 85 untuk berbelanja menjadikan anda masih ada kuasa beli dan dalam masa yang sama memiliki simpanan emas 100 untuk jangkapanjang dan jangkapanjang sederha...
Kain Lepas Dililit Menjadi Semutar Tinggi Nilai Falsafahnya

Kain Lepas Dililit Menjadi Semutar Tinggi Nilai Falsafahnya

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 206 hits
Budaya merupakan satu elemen penting dalam mengasas sebuah bangsa yang bertamadun Dalam konteks istilah budaya dapat ditafsir sebagai cara hidup dan warisan tradisi sesebuah masyarakat yang telah menjadi norma dalam kehidupan seharian Antar...
Ekonom Nilai Kenaikan Harga Bbm Sebagai Langkah Pemerintah Atasi Persoalan Bersama

Ekonom Nilai Kenaikan Harga Bbm Sebagai Langkah Pemerintah Atasi Persoalan Bersama

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 141 hits
Muhammad Said menyebut bahwa penyikapan atas penyesuaian BBM meski tidak lepas dari pro kontra haruslah berpijak pada sikap rasional
Jangan Cantas Pucuk Tapi Mulakan Dari Akar Ringgit Merudum Harga Barang Dibimbangi Makin Naik

Jangan Cantas Pucuk Tapi Mulakan Dari Akar Ringgit Merudum Harga Barang Dibimbangi Makin Naik

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 229 hits
Kerajaan dinasihatkan supaya mengekang kenaikan harga barangan ekoran nilai ringgit yang dilaporkan merudum pada kadar terendah Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berpendapat situasi ringgit yang lemah mempengaruhi harga barang memandangkan...
Nilai Ringgit Jatuh Inflasi Melambung Ismail Sabri Pm Gagal

Nilai Ringgit Jatuh Inflasi Melambung Ismail Sabri Pm Gagal

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 226 hits
Kejatuhan nilai watawang ringgit RM4 50 berbanding satu Dolar Amerika sejak minggu ini menimbulkan keraguan mengenai keupayaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menangani ekonomi Malaysia Menurut Ahli Jawatank...
Kejatuhan Nilai Ringgit Berbanding Dolar As Bersifat Sementara

Kejatuhan Nilai Ringgit Berbanding Dolar As Bersifat Sementara

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 202 hits
Annuar berkata pada masa ini Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara sedang melakukan penyelarasan berhubung perkara itu Gambar failKOTA BHARU Kerajaan menyifatkan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat yang ber...
Masih Proses Pembangunan Ini Penampakan Rumah Baru Ruben Onsu Yang Dinanti Anak Anak

Masih Proses Pembangunan Ini Penampakan Rumah Baru Ruben Onsu Yang Dinanti Anak Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 225 hits
Pembangunan rumah baru Ruben Onsu dan Sarwendah terus digenjot agar segera selesai Rumah yang terdiri dari tiga lantai ini sangat dinantikan kehadirannya oleh tiga anak pasangan tersebut Sarwendah pun rajin memantau pembangunan rumah baru m...
Diterjang Tsunami Potret Rumah Mewah Ini Terbengkalai Bagunannya Masih Berdiri Kokoh

Diterjang Tsunami Potret Rumah Mewah Ini Terbengkalai Bagunannya Masih Berdiri Kokoh

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 196 hits
Sebuah rumah mewah tak berpenghuni kembali menarik perhatian Konon rumah ini pernah diterjang oleh peristiwa bencana alam tsunami namun bangunannya masih berdiri kokoh Berikut potretnya
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang