Harga Padi Turun Rm500 Adakah Pihak Berkuasa Tunduk Kepada Kartel


bharian.com.my
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
[email protected] 8, 2023 @ 2:25pm
Hampir 200 pesawah berkumpul di Kampung Lahar Budi, Alor Setar bagi mengadakan bantahan aman mendesak kerajaan campur tangan agar harga belian padi musim ini dikekalkan pada harga RM1,700 setan. - Foto NSTP/Ahmad Mukhsein Mukhtar
ALOR SETAR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) mendakwa kemungkinan berlaku campur tangan kartel dalam menentukan harga belian padi sehingga menyebabkan harga turun kepada RM1,200 satu tan ketika ini.

Pengerusi PeSAWAH, Mohd Fuad Yaacob, berkata adalah mengejutkan apabila harga belian padi di kilang pada RM1,700 setan secara tiba-tiba diarahkan turun kepada RM1,200 mulai 3 Oktober lalu.

Jelasnya, perkara itu adalah bertentangan kenyataan Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood pada September lalu, yang mengarahkan pihak Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) membeli padi pada harga RM1,600 setan.

"Dalam pertemuan Azman bersama wakil peladang, pengilang, wakil BERNAS, petani, pengeluar benih padi sah dan agensi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), beliau mengarahkan BERNAS beli padi pada harga RM1,600 setan.

"Disebabkan itu kami berpendapat penurunan harga padi kepada RM1,200 ini berkemungkinan arahan Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras. ...adakah ini menunjukkan pihak berkuasa itu tunduk kepada kartel padi?" katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu hampir 200 pesawah berkumpul di Kampung Lahar Budi di sini, bagi mengadakan bantahan aman mendesak kerajaan campur tangan agar harga belian padi musim ini dikekalkan pada harga RM1,700 setan.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata, harga belian itu harus dikekalkan pada musim menuai tahun ini bagi mengelak ada pesawah berasa teraniaya kerana ada antara mereka sempat menjual pada harga RM1,700 sedangkan ada yang belum sempat menuai tanaman.

Selepas musim ini, kerajaan mungkin boleh menetapkan harga lantai belian padi pada harga sekurang-kurangnya RM1,500 dan mengelak berlakunya permainan harga yang dikatakan dikawal pihak tertentu.

"Suatu kajian mengenai harga siling beras tempatan yang ditetapkan pada RM26 sekilogram perlu dibuat kerana harga itu ditetapkan 10 tahun lalu dan tidak lagi sesuai digunakan mengikut keadaan semasa ketika ini.

"Begitu juga harga belian padi RM1,200 akan kekal 10 tahun lagi sedangkan kos pengeluaran padi semakin naik. Disebabkan itu saya merayu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berbincang bersama pemegang taruh dan berunding demi masa depan pesawah," katanya.

Sementara itu, EXCO Tugas Tugas Khas PeSAWAH, Abdul Rashid Yob, berkata majoriti pesawah kecewa dengan kecelaruan dalam industri padi dan beras negara yang dianggap mencapai tahap kronik serta gila ketika ini.

Katanya, belum lagi selesai isu 'kehilangan' beras putih tempatan (BPT) di pasaran akibat eksploitasi di peringkat kilang dan borong, harga belian padi pula jatuh mendadak daripada sekitar RM1,700 beberapa bulan lalu, kepada harga minimum RM1,200 dalam masa beberapa hari.

"Ini jelas menunjukkan keadaan bekalan beras dan harga padi yang tidak normal atau wujud campur tangan kartel? Pesawah semakin tersepit apabila semua kos untuk menanam padi naik sejak kenaikan harga padi seperti harga benih, jentera dan sewaan bendang.

"Maka penurunan harga padi sudah tentu menyebabkan kerugian besar tanpa diduga. Punca utama masalah ini ialah mekanisme harga kawalan yang sudah tidak sesuai kerana tidak dikaji sejak 2008.

Sudah tiba masanya harga siling BPT dinaikkan daripada RM2.60 sekilo kepada RM3.50 dan harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM1,200 setan kepada RM1,500.
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerlun, Mohs Sobri Osman, 60, (tengah ) melahirkan rasa tidak puas hati dengan penurunan drastik harga padi daripada RM1,700 per tan kepada RM1,250 per tan di Kampung Kuar Jawa, Jerlun, semalam. - foto BERNAMAPada 4 Oktober lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pesawah masih mendapat RM1,700 setan bagi harga jualan padi memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi.

Insentif Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM500 setan kepada pesawah tetap diteruskan dan kerajaan hanya meletakkan harga lantai belian padi oleh pengilang, iaitu pada kadar RM1,200 setan sejak 2014.

"Ini bermakna pihak kerajaan hanya meletakkan harga minimum belian padi, manakala pihak pengilang bebas untuk meletakkan harga belian mereka sendiri tetapi mestilah tidak kurang daripada harga lantai yang ditetapkan.

"Namun begitu, kerajaan masih memberi insentif Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM500 satu tan kepada pesawah dan menjadikan setiap pesawah akan mendapat RM1,700 satu tan walaupun pengilang meletakkan harga padi pada kadar harga lantai," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/arga-padi-turun-rm500-adakah-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Baik Harga Emas Turun Mendadak Pada 28 September 2023

Berita Baik Harga Emas Turun Mendadak Pada 28 September 2023

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 335 hits
BERITA BAIK HARGA EMAS TURUN MENDADAK Harga emas turun dari rekod tertinggi minggu lepas RM320 gram pada 21 September 2023 ke RM310 gram hari ini Rekod harga emas terendah sepanjang bulan ini Jika Tuan Puan masih belum mulakan tabungan emas...
Kontroversi Harga Belian Padi Menurun

Kontroversi Harga Belian Padi Menurun

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 127 hits
HarapanDaily comKecoh semalam apabila kilang padi tiba tiba menurunkan harga belian padi daripada RM1 800 tan kepada RM1 200 tan Ramai yang mula menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan telah menindas pesawah Persoalannya betul kah d...
Padi Farmers Are Still Getting Rm1 700 Per Tonne With Rm500 Subsidy Says Mat Sabu

Padi Farmers Are Still Getting Rm1 700 Per Tonne With Rm500 Subsidy Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR Padi farmers will still be getting RM1 700 per tonne as their padi purchase price as the government has maintained the subsidy of RM500 per tonne said Agriculture and Food Security Datuk Seri Mohamad Sabu He said the Padi Price...
Pesawah Minta Kerajaan Kaji Semula Harga Lantai Belian Padi Oleh Pengilang

Pesawah Minta Kerajaan Kaji Semula Harga Lantai Belian Padi Oleh Pengilang

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 141 hits
PESAWAH di Kedah meminta kerajaan menilai semula harga lantai belian padi oleh pengilang di negeri itu iaitu pada kadar RM1 200 bagi satu tan yang disifatkan mereka sebagai terlalu rendah Mohd Sobri Osman 60 berkata harga yang ditetapkan ol...
Pesawah Masih Dapat Rm1 700 Per Tan Subsidi Padi Rm500 Satu Tan Mat Sabu

Pesawah Masih Dapat Rm1 700 Per Tan Subsidi Padi Rm500 Satu Tan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 271 hits
Pesawah masih mendapat RM1 700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu Beliau berkata pemberian...
Eksport Makanan Laut Jepun Turun 30

Eksport Makanan Laut Jepun Turun 30

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 154 hits
EKSPORT makanan laut Jepun susut satu pertiga pada Ogos di saat pelancaran pelepasan air Fukushima menurut data yang disediakan oleh Biro Perangkaan Jepun lapor Sputnik Eksport makanan laut Jepun jatuh sebanyak 30 pada Ogos berbanding Julai...
Mb Pahang Turun Padang Angkut Sendiri Pengundi Berdaftar Ke Pusat Pengundian

Mb Pahang Turun Padang Angkut Sendiri Pengundi Berdaftar Ke Pusat Pengundian

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 131 hits
BENTONG Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail hari ini turun padang bagi memastikan pengundi berdaftar DUN Pelangai menunaikan tanggungjawab mereka padan Pilihan Raya Kecil di kerusi berkenaan Menerusi han...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang