Happy Deepavali Yb Rsn Rayer


 
Namanya panjang Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji tapi apabila diringkaskan kepada RSN Rayer, serta-merta ramai yang mengenalinya atas sebab berbeza-beza. Tidak pernah sunyi daripada kontroversi di Dewan Rakyat – tidak kiralah sama ada beliau yang mulakan atau bertindak balas terhadap serangan lawan – Ahli Parlimen Jelutong dari DAP ini sudah sinonim dengan ‘besi pengundang petir’ (lightning rod).
Maksud mudahnya apabila beliau mendapat laluan untuk bangkit mencelah atau bertanyakan soalan atau menarik perhatian speaker mengenai sesuatu peraturan mesyuarat, ia kerap menyebabkan keadaan kilat sabung-menyabung ketika persidangan. Namun, kerananya juga sidang Dewan Rakyat terhindar daripada membosankan.
Contoh terbaru ketika sidang Dewan Rakyat Rabu lalu apabila satu kenyataan biasa-biasa daripadanya mencetuskan retorik balas seketika bukan kerana apa tapi sebab ia diungkapkan oleh Rayer, yang lazimnya akan mendapat reaksi daripada lawannya yang sama juga.
“Tuan pengerusi, saya cuma nak mengucapkan terima kasih kerana saya baru terima kad ucapan Deepavali daripada tuan pengerusi. Walaupun tuan pengerusi nampak garang dan tegas, sebenarnya tuan pengerusi merupakan seorang yang sungguh prihatin. Memang layak rakyat di Cameron Highlands memilih tuan pengerusi sebagai Ahli Parlimen,” katanya kepada Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor.
“Masa menang dulu (Ramli kali pertama terpilih dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada 26 Januari 2019) DAP tak sokong,” celah Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim. Ini disusuli celahan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim: “Datuk pengerusi, Jelutong tadi tu mengampu je tu. Masa PRK tu dia lawan Datuk pengerusi, kami sokong.”
Mungkin sesuai dengan semangat nak menyambut Deepavali, Rayer memilih ‘gencatan senjata’ dengan komennya: “Tuan pengerusi, saya tak mau guna peraturan dewan. Itu bukan mengampu, itu ikhlas, bukan macam PAS di sebelah sana. Saya ucap ini dengan ikhlas, jadi jangan buat tuduhan.”
“YB Jelutong saya amat hargai atas apa yang dinyatakan. YB Pendang, itu (PRK Cameron Highlands) cerita lama,” cetus Ramli yang tidak mahu perkara kecil itu berlarutan, tambahan pula beliau sebelum ini pernah menegur, mencatatkan amaran, malah mengusir keluar ketiga-tiganya kerana menimbulkan kekecohan dalam Dewan.
Selaku Ahli Parlimen penggal kedua yang pernah berada di blok pembangkang selepas PRU14 – dulu sering bertegang leher dengan Azeez Rahim, Tajuddin Rahman dan Bung Mokhtar Radin antaranya – dan kini di blok kerajaan selepas PRU15, Rayer, 52, yang berkelulusan undang-undang dari University of London tetap dilihat sebagai ‘pemain’ penting, tidak kira di sebelah mana pun tempat duduknya.
Apa yang sering menjadi senjatanya bangkit berhujah ialah Perkara 36(6) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, iaitu seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain. Begitu juga Perkara 36(12) yang menyatakan mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan berkenaan.
Bagi penggal ini, PAS paling kerap menjadi sasaran ketajaman lidahnya, sebagai contoh hujahnya menolak kenyataan DAP ‘kafir’ oleh wakil Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary pada 17 Okt lalu sebagai kurang sopan dan biadab kerana parti itu juga dianggotai oleh Ahli Parlimen beragama Islam.
Juga rasa berangnya apabila tidak dibenarkan mencelah ketika sidang pada 7 Nov lalu untuk bertanya Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad mengenai satu isi ceramahnya yang mengaitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Pengerusi PKM, Chin Peng.
“Saya berasa malu, hampa sedih, marah kerana kenyataan yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen mengatakan Lim Kit Siang adalah sepupu kepada Chin Peng. Saya nak minta penjelasan Yang Berhormat Kepala Batas dia belajar di mana, dapat SPM kelulusan di mana dan macam mana dia jadi Ahli Parlimen,” katanya ketika diberi laluan untuk bangkit berhujah kemudian.
Bukannya Rayer tidak merujuk bahawa Siti Mastura berkelulusan Sarjana Pengurusan dan Pembangunan Islamik, Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Muda Pengkhususan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir tapi soalannya itu lebih kepada sindiran terhadap Ahli Parlimen penggal pertama berkenaan yang tidak melakukan ‘kerja rumah’ dengan cermat sebelum menjadikan ia modal ceramahnya.
Lebih dahulu, Rayer harus lebih diingati kerana kemarahannya terhadap Azeez Rahim (BN-Baling) melalui perkongsiannya bagaimana beliau berbicara dengan seekor gajah dalam Bahasa Tamil ketika satu sidang Dewan Rakyat pada Okt 2021. Rayer dalam bantahannya kepada Speaker Azhar Harun ketika itu menyifatkan kenyataan Azeez itu sebagai kurang ajar dan menghina masyarakat yang berbahasa Tamil. Sebaliknya, beliau diarah keluar Dewan gara-gara arahan kepadanya untuk bertenang tidak diendahkan.
Bukan sekali dua Rayer pernah diperintah keluar Dewan, sama ada untuk beberapa minit atau untuk sehari dua. Sudah tidak terkira jumlahnya. Tapi tidak semuanya beliau boleh dipersalahkan atas sangkaan jahat atau berniat jahat. Namun, harus diakui ada kalanya ia dilakukannya dalam menegakkan kebenaran atau mengelak sesuatu situasi dieksploitasi lawan.
Ambil contoh bagaimana Rayer ‘bermati-matian’ mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika berlaku pertengkarannya dengan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing pada 11 Nov 2020. King Sing ketika itu menyifatkan Noor Hisham ‘takut mati’ kerana tidak melawat Sabah dan meninjau situasi Covid-19 di sana. Enggan menuruti arahan Timbalan Speaker Azalina Othman supaya duduk, Rayer akhirnya diarahkan keluar.
Pernah juga ditempelak Khairy Jamaluddin apabila ‘diganggu’ ketika sedang membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, Ahli Parlimen Rembau ketika itu membalas dengan mengatakan Rayer sangat terdesak untuk menjadi seperti mendiang Karpal Singh yang juga merupakan Ahli Parlimen Jelutong.
“Yang Berhormat Jelutong ini sebenarnya kawan baik saya. Saya pernah mendapat peluang secara terhormat untuk bersama mendiang Karpal Singh dalam Dewan yang sama sebelum ini. Anda (Rayer) langsung tidak ‘dekat’ atau setaraf dengan beliau,” sindir Khairy dalam Bahasa Inggeris yang mendapat tepukan gemuruh.
Namun, Rayer membalas balik dengan menyatakan dirinya tidak berniat langsung untuk diiktiraf setaraf dengan Karpal Singh, malah tidak ada seorang dalam kalangan mana-mana Ahli Parlimen pun setanding dengan ‘Harimau Jelutong’ itu. Masih ada terlalu banyak kisah mengaitkan Rayer di Dewan Rakyat yang tidak dapat diceritakan semuanya. Apa pun, di sebalik ramai yang mencemuh terutama daripada pihak pembangkang, peranan yang dimainkan Rayer dalam mempertahankan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim tetap menuntut pengiktirafan walaupun beliau memilih untuk kekal sebagai ‘wira tak didendang’.
Setidak-tidaknya setiap kali pihak pembangkang mahu menyerang, mereka tidak akan terlepas kelibat Rayer yang sentiasa ada jawabannya. Ketika Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee pda 6 Nov lalu mempersoalkan cadangan Speaker Johari Abdul memaparkan nama wakil rakyat yang ponteng persidangan di laman web rasmi Dewan Rakyat berikutan ia disifatkan sebagai memalukan, Rayer kendengaran bertanya: “Mana Pagoh, mana Marang, mana Larut?” ketika ketiga-tiganya tidak berada di tempat duduk mereka.
Happy Deepavali, YB RSN Rayer dan ucapan yang sama juga ditujukan kepada semua pembaca beragama Hindu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/happy-deepavali-yb-rsn-rayer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Happy Deepavali 2023

Happy Deepavali 2023

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 278 hits
Wishing all Malaysians and Hindus in particular a very HAPPY DEEPAVALI today Sunday November 12 2023 For us Deepavali is a time to recall the really delicious Indian cookies and sweetmeats that appear around this time of year My favorites a...
Highway Users To Enjoy Toll Free Deepavali Says Minister

Highway Users To Enjoy Toll Free Deepavali Says Minister

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 253 hits
The exemption is applicable to all classes of vehicles at all toll plazas except those at the country s borders KUALA LUMPUR Highway users will enjoy toll free trips this weekend in conjunction with the Deepavali celebrations says works min...
Deepavali Satu Jalan Membangun Malaysia Yang Madani Kata Pm

Deepavali Satu Jalan Membangun Malaysia Yang Madani Kata Pm

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 266 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini Anwar berkata perayaan Deepavali adalah satu daripada jalan dalam membangun Malaysia yang madani hormat m...
Hindu Civil Servants In Sarawak Get Unrecorded Deepavali Leave

Hindu Civil Servants In Sarawak Get Unrecorded Deepavali Leave

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 305 hits
The government has agreed to grant unrecorded leave in conjunction with the Deepavali festival to federal civil servants of Hindu faith serving in Sarawak with effect from Nov 9 2023 The matter was stated in a circular dated Nov 9 2023 sign...
Bertimbun Homework Kukon Cuti Deepavali

Bertimbun Homework Kukon Cuti Deepavali

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 181 hits
AssalamualaikumHarini last day tuisyen kumon minggu ni dan sebelum Deepavali Fuhh banyak set juga Bertabah la Aish Kena siapkan segera kalau rasa nak raya Haha
Very Heavy Traffic Expected At Singapore Checkpoints During Deepavali Weekend

Very Heavy Traffic Expected At Singapore Checkpoints During Deepavali Weekend

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 219 hits
Singapore s Immigration and Checkpoints Authority says cars had to wait for up to three hours for clearance during the Children s Day weekend in October PETALING JAYA Singapore s Woodlands and Tuas checkpoints are expecting very heavy traff...
Pusat Pemeriksaan Darat Singapura Dijangka Sesak Sepanjang Cuti Deepavali

Pusat Pemeriksaan Darat Singapura Dijangka Sesak Sepanjang Cuti Deepavali

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 212 hits
PUSAT pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura dijangka menghadapi kesesakan lalu lintas mulai Khamis hingga Selasa pada cuti sempena Deepavali dan permulaan cuti sekolah akhir tahun bagi sesetengah pelajar Pihak Berkuasa I
Telefilem Palaya Tv Sempena Deepavali

Telefilem Palaya Tv Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 209 hits
Telefilem Palaya TV sebuah telefilem khas sempena sambutan Hari Raya Deepavali bersiaran pada 13 November 2023 hari Isnin jam 9 00 malam di slot Drama On 2 TV2 dan online di Telefilem ini merupakan terbitan Drone Sifu untuk RTM diarahkan ol...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco