Hala Tuju Pas Dalam Kedinamikan Politik Negara Semakin Menarik




Penyertaan PAS dalam mana-mana pakatan politik bukan sekadar menumpang kuasa, tetapi antara penggerak seperti ditegaskan Presidennya, Tan Sri Hadi Awang dalam muktamar tahunan parti itu pada tahun lalu.
Ia isyarat jelas kepada mana-mana parti ingin bersama agar tidak menjadikan pakatan dikuasai mana-mana pihak. Hakikatnya, matlamat utama PAS tidak lari daripada untuk mendapatkan kuasa politik.
Sejarah pakatan politik PAS khususnya pasca Reformasi 1998 memberi kesan besar kepada perpaduan parti itu. Ia membentuk fraksi yang akhirnya membawa perpecahan hingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).
Justeru, PAS menjadi pembangkang lantang ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan berjaya mengolah isu berkaitan kepentingan Islam serta Melayu dengan baik.
Politik identiti berasaskan agama dan kaum ditonjolkan PAS khususnya pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 memberi laba segera apabila menjadi sebahagian kerajaan selepas kejatuhan PH pada 2020. Kerjasama dengan UMNO membawa penubuhan Muafakat Nasional (MN) pada 2019 dan pembentukan Perikatan Nasional (PN) pada 2020.
Bagaimanapun, PAS tidak dapat lari daripada ujian kuasa. Pergolakan dalaman berpunca perbezaan pandangan dari segi kerjasama politik menimbulkan perselisihan dalam kalangan pimpinan. Tidak dapat dinafikan, keputusan pemilihan muktamar lalu menjadi isyarat polemik itu. Beberapa pimpinan utama seperti Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi menteri, tewas. Begitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz gagal mendapat tempat sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Natijahnya, pergolakan itu membawa keputusan Mohd Khairuddin berhenti menjadi ahli PAS, Mac lalu. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu, menyifatkan tindakan berkenaan antaranya disebabkan tidak berpuas hati dengan pimpinan utama membelakangi keputusan mesyuarat berhubung strategi politik. Pergolakan dalaman itu tidak mampu disembunyikan PAS apabila ia membabitkan antara pimpinan tertinggi mereka.
Hala tuju PAS dalam kedinamikan politik Malaysia semakin menarik untuk diteliti selepas dua pilihan raya negeri (PRN) di Semenanjung. Walaupun bertembung dengan rakan dalam MN dan kerajaan dalam PRN Melaka serta Johor, PAS masih kekal sebahagian Kerajaan Persekutuan.
PAS yang semakin kukuh bersama PN dan menjadi pencabar utama kepada BN dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan tidak boleh dipandang ringan. Antara sebab PAS lebih selesa bersama PN adalah ia menjadikannya setara dalam membuat keputusan seperti penentuan jumlah kerusi dan hala tuju. Ini berbeza dengan pengalaman PAS sebelum ini yang dilihat dibuli DAP ketika dalam PR dan mendakwa dipinggirkan UMNO dalam MN dari segi pembuatan keputusan. Sokongan pengundi diberikan kepada PN dan memecahkan undi pembangkang dipercayai membawa munculnya idea khemah besar.
Khemah besar dicanangkan pembangkang dalam menghadapi PRN lalu dan juga hasrat sama bagi pilihan raya akan datang dilihat lebih kepada strategi politik PH yang berasakan ketidakmampuan menghadapi BN.
Ia semakin hangat apabila menjadi antara isu utama dalam kempen pemilihan PKR yang sedang berlangsung apabila calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dalam jerayawaranya menolak usaha khemah besar berkenaan.
Ia membawa reaksi segera Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Muhammad Sabu yang seakan-akan cuba meredakan keadaan dengan menekankan rancangan itu tidak membabitkan parti dalam kerajaan, iaitu BN dan PN. Namun, ia juga sebenarnya ditolak pimpinan PN khususnya PAS. Kenyataan Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hasan jelas menolak khemah besar ini mungkin boleh dilihat dari sudut lebih luas berasaskan perkembangan politik sebelum ini.
Walaupun PAS dikatakan bukan kawan politik baik kerana beberapa kali terbabit dalam perselisihan yang menyebabkan pertembungan sesama parti dalam pakatan seperti antara MN dengan PN dalam pilihan raya negeri serta pengalaman dalam Barisan Alternatif (BA) dan PR, dalam persaingan politik kepartian ini, masing-masing perlu licik.
Bagi menjadi parti paling besar sekali dalam kerajaan atau dengan kata lain mempunyai kerusi paling banyak, adalah agak mustahil bagi PAS dengan masa yang ada ini. Namun, PAS mungkin mengintai kedudukan dalang politik atau kingmaker dengan jumlah kerusi dimenangi kerana mereka mampu memberi sokongan kepada mana-mana pakatan ingin menubuhkan kerajaan.
Ini sebenarnya berlaku sekarang hingga PAS menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan dan kemungkinan kekal hingga Parlimen dibubarkan.
Dr Che Hamdan Che Mohd Razali
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/05/hala-tuju-pas-dalam-kedinamikan-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Pimpinan Ph Yang Semakin Hilang Arah Tuju Perjuangan

Ada Pimpinan Ph Yang Semakin Hilang Arah Tuju Perjuangan

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 105 hits
PH dah belajar belum dgn situasi yg berlaku di Melaka Johor Puas dah nganga buka katup mulut Akhirnya rayuan pembangkang minta serapkan ahli adun dlm kerajaan yg punyai kuota jawatan pelbagai di tolak mentah Ni nak habaq padanlah muka Apa y...
Hala Tuju Keadilan Digagaskan Oleh Presiden Saifuddin Nasution

Hala Tuju Keadilan Digagaskan Oleh Presiden Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 108 hits
Kempen Pemilihan KEADILAN 2022 rencam dengan pelbagai isu dan gaya berkempen Terbaharu calon calon yang bertanding ditanya mengenai ke mana hala tuju parti yang akan mereka bawa sekiranya menang Calon Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri S...
Arab Saudi Dan Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Isnin

Arab Saudi Dan Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Isnin

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 121 hits
Arab Saudi Dan Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Isnin Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Isnin menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam Dalam satu kenyataan Istana Diraja Saudi berkata a...
Terkenal Jadi Negara Maju Begini Potret Pasar Loak Di Jepang

Terkenal Jadi Negara Maju Begini Potret Pasar Loak Di Jepang

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 182 hits
Negara Jepang memang dikenal sebagai negara maju Namun siapa sangka di Negeri Matahari Terbit ini terdapat pasar loak seperti di Indonesia Beragam jenis barang pun dijual di pasar ini Melansir dari akun YouTube Revius Japan berikut potret p...
Hiburan Lain Dari Yang Lain Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Lain Dari Yang Lain Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 173 hits
Beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut dan selalunya kita dapat lihat di Malaysia tradisi yang selalu dilakukan adalah balik kampung memakai baju raya membuat lemang serta lauk pauk raya memberi duit raya dan pelbagai lagi Namun ...
Buasir Otak Tv Negara Asean Menyambut Hari Raya Countryhumans

Buasir Otak Tv Negara Asean Menyambut Hari Raya Countryhumans

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 295 hits
Kisah negara ASEAN iaitu Malaysia Indonesia Brunei Thailand dan Singapura menyambut Hari Raya pada tahun 2022 Jom tonton animasi ini
Surat Terbuka Kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat

Surat Terbuka Kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 123 hits
Isham Jalil Ketua Penerangan Barisan Nasional Yang Amat Arif kelmarin saya terdengar ucapan Yang Amat Arif pada majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia hakim mahkamah tinggi Sebagai rakyat biasa yang boleh dihakimi oleh hakim di mah...
Skmm Liputan 4g Seluruh Negara Meningkat Ke 97 3g Masih Belum Tamat

Skmm Liputan 4g Seluruh Negara Meningkat Ke 97 3g Masih Belum Tamat

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 172 hits
SKMM telah mengeluarkan laporan JENDELA bagi suku pertama tahun 2022 Antara yang menjadi tumpuan ialah peningkatan trafik sehingga 70 aduan yang meningkat sehingga 70 dan kelajuan internet yang menurun sekitar 40 Salah satu kejayaan yang be...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Manusia Tidak Mengetahui Akhir Sesuatu Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Dap Lagi Ambil Tindakan Begini Meggajarnya

Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain