Hai Orang M Sia Salam Dari Azerbaijan 96 Islam



Pengunjung datang beriadah dan merakam gambar kenangan di sekitar Baku Convention Centre, yang menjadi lokasi Sidang Kemuncak NAM 2019 - Gambar Astro AWANI/Hasimi Muhamad  

CATATAN PERJALANAN
TAK kenal maka tak cinta! Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke negara yang terkenal dengan jolokan Land of Fire seolah melengkapkan 'list' percutian penulis untuk tahun ini.

Walaupun matlamat asal penulis ke Baku, Azerbaijan adalah atas tugasan untuk membuat liputan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) 2019, namun bak kata pepatah, "sambil menyelam, minum air", bukan?

Tetapi perlu ingat, jangan terlebih minum air, takut nanti tersedak susah pula!

Berbalik kepada "percutian percuma" yang ditaja pihak syarikat tempat penulis bekerja (well, thank you Astro AWANI!) - penulis menaiki penerbangan Qatar Airways dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev, Baku iaitu ibu negara Azerbaijan.

Penulis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev, Baku. - Gambar Astro AWANI/Hasimi Muhamad  

Tempoh penerbangan termasuk transit di Doha adalah lebih kurang 9 jam. Tetapi, anda juga boleh memilih penerbangan lain seperti Emirates atau Turkish Airlines - di mana masing-masing akan transit di Dubai dan Istanbul.

Sampai saja di Azerbaijan, penulis terus menarik baju sejuk yang dibawa, kerana kedinginan cuaca dan angin sepoi-sepoi bahasa mula menyapa. Wah, nyamannya (bisik hati penulis!).

Untuk bulan Oktober, cuaca di Azerbaijan agak dingin iaitu sekitar 13 hingga 19 darjah Celsius.

Kepada mereka yang berhasrat kembara ke republik ini sekitar bulan Disember hingga April, anda akan berpeluang melihat hamparan salji. Menarik, bukan?

Dari lapangan terbang, penulis bersama rakan setugas dan delegasi media tempatan menaiki kenderaan yang sudah ditempah untuk ke hotel penginapan kami yang terletak kira-kira 15 kilometer (km) dari situ.

Kalau bercakap mengenai pengangkutan awam, terdapat perbagai jenis kemudahan disediakan di sini termasuk teksi - yang mana difahamkan tambang perkhidmatan tersebut juga agak murah.

Ini mungkin juga sumber pendapatan utama negara ini adalah minyak, maka ia secara tidak langsung mempengaruhi faktor harga.

Antara seni yang dipamerkan di Old Town Baku - Gambar Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Dan jangan risau, selain teksi ada juga pengangkutan awam lain seperti bas turut disediakan di Azerbaijan, dan ia begitu mudah untuk diakses.

Penulis kemudian bergerak ke beberapa lokasi bersejarah di Baku termasuklah Old Town Baku (daerah tertua Baku), Menara Legendary Maiden, dan Baku Boulevard. Kesemua lokasi ini terletak berhampiran dan mengambil masa yang singkat untuk dikunjungi.

Daerah tertua Baku ini menawarkan akan memukau sesiapa siapa yang berkunjung ke sini - Gambar Astro AWANI/Hasimi Muhamad

Bangunan yang terdapat di sekitar Old Town Baku melambangkan kesenian yang wujud di negara itu - Gambar Astro AWANI/Hasimi Muhamad

Pengemar kopi jangan lepaskan peluang menikmati kelazatan dan kepekatan kopi Turki - Gambar Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Memang tidak perlu disangkal lagi, Baku sebuah tempat yang begitu cantik, bersejarah dan sarat dengan ciri-ciri kesenian. Apa yang dapat penulis gambarkan bandar Baku tersusun, bersih dan tidak keterlaluan jika disamakan seperti kota London. 

Old Town Baku sendiri juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada Disember 2000.
Selain itu, destinasi yang sering menjadi tarikan pelancong adalah gunung terbakar - Yanar Dag atau Flame Mountain, yang terletak 25km ke utara, Baku. Tetapi penulis tidak sempat pergi ke lokasi ini kerana ia mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Baku. 

Selepas penat berjalan dan meronda sekitar bandar Baku, penulis singgah sebentar menikmati secangkir kopi bersama hidangan roti dan salad.

Di Baku juga sebenarnya agak mudah mencari makanan halal kerana ada restoran yang menyediakan makanan Timur Tengah.

Tetapi kepada sesiapa yang gemar makanan pedas dan rindukan sambal belacan dari tanah air, mungkin anda boleh 'tapau' siap-siap bawa ke sini.

Oleh kerana Baku sering digambarkan sebagai bandar 'kacukan Dubai dan Paris', penulis gigihkan juga untuk melihat suasana malam di bandar ini walaupun badan sudah berasa penat.

Keletihan terubat apabila melihat pemandangan indah suasana malam di ibu kota Azerbaijan, yang dilimpahi cahaya bangunan pencakar langit. So amazing guys!

Malam pun sudah mahu melabuhkan tirai, dan esok penulis juga mempunyai tugasan sedang menanti...

Chop! Tetapi sebelum itu, jangan lupa mata wang Azerbaijan adalah manat, dan kepada mereka yang mahu datang ke sini seelok-eloknya bawa wang euro atau dolar Amerika Syarikat untuk memudahkan pertukaran mata wang.

Salam dari Azerbaijan!

INFO:
Azerbaijan merupakan bekas negara Soviet di Kaukasus yang mempunyai sebahagian Laut Caspian.

Terletak di persimpangan Eropah Timur dan Asia Barat, Azerbaijan negara yang tidak berpantai dihuni kira-kira 10 juta penduduk, 96 peratus daripadanya beragama Islam.

HASIMI MUHAMAD
Astro Awani 
Oktober 23, 2019 05:18 MYT


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..Kisah Orang Melayu di Kota Mekah
Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..Kisah Semarak Bahasa Melayu (19) Mekah/Madinah &Kg...Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di M...Orang Arab Cakap Melayu Loghat K'tan Di Makkah.Orang Melayu Dihormati Di Mekah, Mengapa?Melayu Jatuh Hati Berada Di Tanah Haram, Mekah.Kisah Ibnu Hasyim Di Mekah 1987. Catatan Dari Colo...Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah. Bagaimana Masala...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/hai-orang-malaysia-salam-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah K Jaan M Sia Dominasi Melayu Islam Spesis K Siang G Eng Anwar Di Mana

Perlukah K Jaan M Sia Dominasi Melayu Islam Spesis K Siang G Eng Anwar Di Mana

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 331 hits
KL Kerajaan Malaysia harus mewakili masyarakat majmuk namun ia haruslah dikepalai oleh orang Melayu Islam sebagai majoriti Demikian kata Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila ditanya berhubung penolakan Perdana Menteri T...
Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 482 hits
GEORGE TOWN 18 Oktober Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial baru baru ini Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata pol...
500 Tahun Lebih Sebelum Colombus Datang Penduduk Asli Amerika Sudah Memeluk Islam

500 Tahun Lebih Sebelum Colombus Datang Penduduk Asli Amerika Sudah Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 632 hits
Klaim bahwa Colombus adalah penemu benua Amerika sudah sangat jelas merupakan pembodohan sejarah yang sangat luar biasa Colombus mendarat di benua Amerika pada 12 Oktober 1492 sedangkan beberapa fakta sejarah membuktikan bahwa jauh sebelum ...
Inilah 11 Pemuda Islam Terbaik Sepanjang Sejarah

Inilah 11 Pemuda Islam Terbaik Sepanjang Sejarah

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 292 hits
Inilah beberapa contoh pemuda Islam di zaman salafus sholeh Usamah bin Zaid 18 tahun Memimpin pasukan yang anggotanya adalah para pembesar sahabat seperti Abu Bakar dan Umar untuk menghadapi pasukan terbesar dan terkuat di masa itu Sa d bin...
Minta Nak Peluk Islam Ketika Yb Agih Bantuan Banjir

Minta Nak Peluk Islam Ketika Yb Agih Bantuan Banjir

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 335 hits
NUR FARHANA ABDUL MANAN KLANG Di sebalik kesibukan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Taman Daya di sini Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mendakwa terkejut didatangi seorang lelaki yang meminta ...
Bacalah 2 Bait Syair Ini Setiap Jumat Agar Wafat Dalam Keadaan Islam

Bacalah 2 Bait Syair Ini Setiap Jumat Agar Wafat Dalam Keadaan Islam

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 255 hits
Selain membaca surah Al Fatihah Al Ikhlas Al Falaq Al Nas setelah salam dari shalat Jumat umumnya masjid masjid yang berada di pesantren dan desa desa juga membaca dua bait syair Konon dua bait syair ini dibuat oleh Abu Nuwas Berikut dua ba...
Polis Tahan Pengguna Facebook Hina Islam

Polis Tahan Pengguna Facebook Hina Islam

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 380 hits
Memang kita bebas bersuara tapi bukanlah sebebas macam ini Ohmedia cukup bengang bila ada individu yang menggunakan alasan bebas bersuara sebagai cara untuk melakukan sesuatu penghinaan Ohmedia maksudkan dengan seorang pengguna Facebook KT ...
Ketum Pan Ajak Umat Islam Bersatu Dan Dukung Pemerintahan Jokowi Ma Ruf Amin

Ketum Pan Ajak Umat Islam Bersatu Dan Dukung Pemerintahan Jokowi Ma Ruf Amin

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 209 hits
Kita harus menerima dan menghadapi semua realitas politik yang ada sesuai konstitusi ujar Zulhas sapaan Zulkifli Hasan di hadapan para ulama
Individu Hina Islam Serah Diri Di Ipd Timur Laut

Individu Hina Islam Serah Diri Di Ipd Timur Laut

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 323 hits
Polis semalam menahan seorang ejen pelancongan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial Isnin lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohammed berkata suspek tersebut ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat P...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master