Hagia Sophia Kembali Menjadi Masjid





1. Allah Maha Besar. Hari ini selepas 86 tahun dijadikan muzium oleh pemimpin Sekular, akhirnya tapak bersejarah Hagia Sophia di Turki kembali menjadi masjid.  
2. Keputusan ini diisytiharkan mahkamah Turki sebentar tadi yang membenarkan permohonan badan tempatan untuk memansuhkan tindakan pemimpin sekular Republik Turki yang pertama iaitu Mustafa Kamal Attaturk yang mengubah status Hagia Sophia daripada masjid kepada muzium pada 1935

3. Berikut terjemahan ringkas penghakiman Mahkamah Turki sebentar tadi:
"Mahkamah membatalkan keputusan Majlis Menteri bertarikh 24 November 1934 mengenai penukaran Hagia Sophia daripada sebuah masjid ke sebuah muzium.  Keputusan beralasan mengenai Hagia Sophia juga diumumkan. Menurut maklumat wartawan CNN TURK Serhat Dal, Mahkamah menyatakan bahawa tidak boleh dihalang untuk digunakan oleh masyarakat dalam keputusan yang berhujah bahawa Hagia Sophia dimiliki oleh Yayasan Fatih Sultan Mehmet Khan dan dipersembahkan kepada masyarakat sebagai masjid

Penghakiman itu juga dinyatakan bahawa Hagia Sophia "Tidak boleh digunakan secara sah kecuali untuk sifat masjid dalam akta yayasan dan tidak mungkin untuk menghalalkannya untuk tujuan lain. Harta tanah tak alih yang telah dilindungi sejak zaman kuno tidak dapat dicegah dari digunakan oleh masyarakat di mana hak-haknya dibiarkan digunakan."
4. Pencetus utama langkah ini tentulah Presiden Turki hari ini, iaitu Recep Taayyip Erdogan yang menyifatkan tindakan mengubah Hagia Sophia (atau Ayasofya dalam sebutan Turki) kepada sebuah muzium merupakan satu ‘kesilapan besar’.  Katanya, sudah tiba masanya binaan yang menjadi mercu tanda Istanbul itu diubah semula menjadi sebuah masjid

5. “Hagia Sophia tidak akan dijadikan muzium. Status itu akan ditukar dan kita akan mula mengenalinya sebagai Masjid Hagia Sophia.  Sesiapa yang datang ke Hagia Sophia akan menziarahinya sebagai sebuah masjid,” katanya pada 2019

6. Hagia Sophia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople

7. Hagia Sophia berfungsi kira-kira 500 tahun sebagai tempat ibadat Islam, menjadi model kepada masjid lain di kota itu antaranya Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru), Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha

8. Kebanggaan Kristian Ortodoks dengan kemegahan gereja itu berakhir dengan kejatuhan Constantinople ke tangan Empayar Uthmaniyyah apabila Sultan Mehmed II, menguasai tempat itu yang kemudian dinamakan Istanbul pada 1453

9. Baginda mengetuai solat Jumaat di situ dan mengarahkan bangunan itu diubah suai menjadi masjid. Arkitek terkenal Mimar Sinan diberi tanggungjawab memulihara bangunan itu.  Sinan mereka bentuk dan memasang menara lambang masjid di luar selain mihrab dan mimbar, di dalam

10. Hagia Sophia kekal sebagai masjid hingga 1935 apabila fungsinya ditukar muzium oleh Pengasas Turki Moden dan presiden pertama negara itu Mustafa Kamal Ataturk, pemerintah Republik Turki (1923-1938)

11. Selepas Empayar Uthmaniah tumbang, negara moden dan sekular Turki ditubuhkan sekali gus menyaksikan masjid itu dijadikan muzium pada 1935

12. Keputusan Mahkamah Turki dengan sokongan kerajaan AKP pimpinan Erdogan ini pastinya mengundang pelbagai reaksi kuasa Barat - apatah lagi dalam keadaan Turki berdepan cabaran geopolitik di Libya, Syria, dan Cyprus. 
13. Namun begitu, kerajaan Turki menegaskan bahawa kembalinya Hagia Sophia sebagai Masjid tidak bermakna lokasi berkenaan telah tertutup untuk dilawat oleh para pelancong dari seluruh dunia

14. Keputusan ini pastinya bakal melonjakkan pengaruh kuasa lunak 'soft power' Turki dalam kalangan negara-negara Islam amnya dan pengukuhan pengaruh parti AKP pimpinan Erdogan dalam kalangan Islamis khususnya. 
15. Apa yang pasti, dalam keadaan kerajaan Turki pimpinan Erdogan hari ini berdepan cabaran politik dalaman dan geopoitik luaran, imbangan kuasa Turki sebagai kuasa pertengahan 'Middle Power' tidak lagi boleh dianggap sebagai 'budak suruhan' NATO-US mahu pun Rusia pro-Ortodoks

Oleh: Abdul Muein AbadiPenyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2020/07/hagia-sophia-kembali-menjadi-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Hagia Sophia Kembali Selepas 86 Tahun Di Jadikan Muzium Fakta Disebalik Konflik Antara Agama

Masjid Hagia Sophia Kembali Selepas 86 Tahun Di Jadikan Muzium Fakta Disebalik Konflik Antara Agama

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 353 hits
Bangunan ikonik Turki Hagia Sophia yang dijadikan muzium sejak 1934 kini telah diisytiharkan bertukar status dan menjadi sebuah masjid semula dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengumumkan keputusan berkenaan selepas mahkamah membat...
Gambar Di Sajadah Jadul Dan Tren Tahun 90 An Ini Ternyata Masjid Hagia Sophia

Gambar Di Sajadah Jadul Dan Tren Tahun 90 An Ini Ternyata Masjid Hagia Sophia

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 271 hits
Sajadah merupakan bagian tak terpisahkan dari perlengkapan sholat umat Islam di seluruh dunia Namun sajadah bukan hanya alat sholat tapi juga pengingat tentang sejarah Islam yang hampir dilupakan Hal itu baru saja diungkapkan oleh Azzam Muj...
Presiden Erdogan Kunjungi Hagia Sophia Setelah Jadi Masjid

Presiden Erdogan Kunjungi Hagia Sophia Setelah Jadi Masjid

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 232 hits
Presiden Erdogan Kunjungi Hagia Sophia Setelah Jadi Masjid Kunjungan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ini merupakan yang pertama kalinya setelah bangunan kuno tersebut difungsikan kembali sebagai masjid
Setelah Jadi Masjid Erdogan Lakukan Kunjungan Kejutan Ke Hagia Sophia

Setelah Jadi Masjid Erdogan Lakukan Kunjungan Kejutan Ke Hagia Sophia

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 259 hits
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Minggu melakukan kunjungan kejutan ke Hagia Sophia setelah bangunan kuno di Istanbul itu diubah jadi masjid 10 Juli lalu Kunjungan sang presiden dilakukan menjelang salat pertama umat Islam di s...
Inilah Imam Dan Muadzin Shalat Jum At Pertama Di Masjid Hagia Sophia

Inilah Imam Dan Muadzin Shalat Jum At Pertama Di Masjid Hagia Sophia

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 261 hits
Jumat 24 Juli 2020 akan dicatat masyarakat Turki sebagai hari yang bersejarah Presiden Erdogan telah menandai Jumat 24 Juli 2020 sebagai hari pembukaan Hagia Sophia untuk beribadah Saya mengundang semua orang untuk menghormati keputusan Hag...
Antusiasme Jemaah Muslim Turki Bersiap Siap Jumatan Di Masjid Hagia Sophia

Antusiasme Jemaah Muslim Turki Bersiap Siap Jumatan Di Masjid Hagia Sophia

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 216 hits
Antusiasme Jemaah Muslim Turki Bersiap siap Jumatan di Masjid Hagia Sophia Untuk pertama kalinya setelah setelah 86 tahun Hagia Sophia kembali menggelar salat Jumat usai dinyatakan sebagai masjid pada 10 Juli lalu oleh Presiden Turki Recep ...
Lestarikan Tradisi Utsmaniyah Khatib Masjid Agung Hagia Sophia Baca Khotbah Sambil Pegang Pedang

Lestarikan Tradisi Utsmaniyah Khatib Masjid Agung Hagia Sophia Baca Khotbah Sambil Pegang Pedang

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 276 hits
Prof Dr Ali Erbaz Ketua Direktorat Urusan Keagamaan Turki berhasil menjalankan tugas mulianya sebagai imam dan pembawa khotbah dengan pada pelaksanaan shalat Jumat pertama di Masjid Agung Hagia Sophia Yang menarik ia membawakan khotbah Juma...
Cegah Covid 19 Masjid Hagia Sophia Disterilisasi

Cegah Covid 19 Masjid Hagia Sophia Disterilisasi

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 164 hits
Cegah Covid 19 Masjid Hagia Sophia Disterilisasi Masjid Agung Hagia Sophia disemprot disinfektan pada malam festival Muslim Idul Adha untuk mencegah penyebaran Covid 19
Erdogan Bersumpah Bebaskan Masjid Al Aqso Setelah Hagia Sophia

Erdogan Bersumpah Bebaskan Masjid Al Aqso Setelah Hagia Sophia

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 255 hits
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersumpah untuk membebaskan Masjid al Aqso setelah mengubah status Hagia Sophia dari museum menjadi masjid pada Jumat kemarin Turki menganulir status museum Hagia Sophia yang telah diberlakukan sejak 1934...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation