Hadiahkan Wangian Enchanteur Paris Pada Yang Tersayang
HADIAHKAN WANGIAN ENCHANTEUR PARIS PADA YANG TERSAYANG - Memberi hadiah kepada yang tersayang ibarat sesuatu yang perlu dalam kehidupan. Disinilah antara bukti kita menghargai orang yang tersayang
Pelbagai jenis hadiah yang menjadi pilihan si pemberi. Ini termasuklah bunga dan coklat. Namun, pemberian ini terhad dan tidak bertahan lama. Why not kita bagi hadiah berupa wangian pula pada mereka yang kita sayang, betul tak? Well, perempuan kan? Siapa yang tak suka wangi-wangi?
ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan
Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan. Tersangatlah comel dan sangat sesuai bagi korang yang suka wangi-wangi setiap masa. Letak dalam beg tangan, bila-bila boleh sembur je
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie yang bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impian
Dari zaman sekolah lagi, Auni memang penggemar wangian Belle Amour. Habis sebotol, beli lagi. Macam tak boleh moveon. Sebab wangian dari Enchanteur ni sangat bertahan lama. Kadang tu sampai melekat baju dekat baju kalau tak basuh lagi
Mon Amie ni baru nak try. Fuhh bau dia memang rileks sangat. Baru floral yang menyamankan. Siapa yang stress boleh jadikan aromaterapi. Sembur sikit, pejam mata, memang tersangatlah rileksss bau dia
Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben
Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Wangian Adore menggambarkan haruman gadis idaman yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aunidenovella.blogspot.com/2018/01/enchanteur-paris-gift-set.html