Hadiah Dah Sampai Dengan Lajunya
Pin! Pin! Assalamualaikum, Azhafizah. Jawab salam. Terus bergegas buka pintu. Macam biasa, saya suruh letak atas tembok je selepas confirm nama parcel tu saya punya.
Pernah jadi sebelum ni sebut nama saya tapi tengok tengok dia tinggalkan parcel nama orang lain. Mujurlah satu taman je. Nombor rumah sama, silap jalan je.
Sebelum tu saya dah buat report kat DHL tapi sampai ke sudah tak ada khabar berita. Sudahnya saya contact tuan punya parcel dan rupanya parcel kami tertukar.
Tunggu DHL call semula sampai ke sudah tak ada call lansung. Terpaksa saya hantar barang orang tu dan ambil barang saya sendiri.
Parcel yang sampai harini guna pos laju. Semalam pengirim pos, harini dah sampai. Hadiah sampai dengan lajunya. Kira laju lah pos laju buat kerja. Alhamdulillah parcel sampai dengan selamat.
Hasil dari perasmian pembukaan bungkusan parcel, inilah dia yang saya dapat. Macam-macam ada.
poskad Taiwan map2 sachets nescafe latte caramelkeychain kebaya tradisionalmagnectic bookmark unicornfridge magnet Londoncoaster Hello KittyShawlSheetmask Blueberykad raya
Semua hadiah ni kiriman dari blogger Nina Cik Suka Taip sempena jadi top komentator 2019 & 2020, 2 tahun berturut-turut. Segan pulak rasa. Tak sangka pulak berturut turut. Apapun rezeki dari hasil berblog.
Ada masa kita tinggalkan komen, tak ada masa nak jengah pun tak sempat. Tapi bila ada masa saya akan komen secara pukal. Maaf kalau ada blog yang tak sempat saya balas kunjungan.
Terima kasih banyak-banyak Nina bagi macam-macam hadiah. Saya perasan ramai blogger dapat hadiah daripada Nina juga. Semoga dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaminnn...
Tak sabar nak buat air nescafe latte caramel tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/06/hadiah-dah-sampai-dengan-lajunya.html