Hadiah Booker Antarabangsa Anugerah Sastera Paling Lumayan Di Dunia
Hadiah Man Booker untuk Fiksyen (The Man Booker Prize for Fiction), dahulunya dikenali sebagai Hadiah Booker-McConnell dan secara ringkasnya digelar Hadiah Booker, merupakan hadiah kesusasteraan yang dianugerahkan setiap tahun kepada novel asal terbaik yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di United Kingdom.
Hadiah ini pada mulanya hanya terbuka kepada rakyat dari negara-negara Komanwel, Ireland, Afrika Selatan dan Zimbabwe, namun kelayakan dibuka kepada semua novel berbahasa Inggeris bermula pada tahun 2014.
SEJARAH
Hadiah ini pada asalnya dikenali sebagai Hadiah Booker–McConnell, dinamakan sempena syarikat Booker, McConnell Ltd yang bertindak sebagai penaja rasmi pada tahun 1968; dan lebih dikenali sebagai "Hadiah Booker" atau "the Booker".
Apabila pentadbiran bertukar tangan kepada Yayasan Hadiah Booker pada tahun 2002, Kumpulan Man beralih daripada menyediakan penajaan kepada pelaburan, namun nama "Booker" dikekalkan sebagai sebahagian daripada gelaran rasmi hadiah.
Yayasan tersebut merupakan badan amal berdaftar yang bebas dan dibiayai oleh keuntungan Booker Prize Trading Ltd, iaitu sebagai pemegang saham tunggal.
Pemenang Hadiah Booker pada asalnya menerima £21,000, sebelum dinaikkan kepada £50,000 pada tahun 2002 dibawah tajaan Man Group, menjadikan hadiah ini salah satu hadiah kesusasteraan termahal di dunia.
Pada tahun 1970, Bernice Rubens menjadi penulis wanita pertama yang memenangi Hadiah Booker untuk The Elected Member.
Pada asalnya, hadiah ini telah dianugerahkan secara retrospektif kepada buku-buku yang diterbitkan pada tahun sebelum tahun penganugerahan, namun pada tahun 1971, peraturan ini diubah agar penganugerahan diberikan kepada buku yang diterbitkan pada tahun semasa.
Hal ini menjadikan buku-buku yang diterbitkan pada tahun 1970 tidak layak dipertimbangkan pada mana-mana tahun penganugerahan.
Pada Januari 2010, Yayasan Hadiah Booker mengumumkan anugerah khas yang dikenali sebagai "Lost Man Booker Prize," yang mana pemenang dipilih dari senarai 22 buah novel yang diterbitkan pada tahun 1970 dan dimenangi oleh J. G. Farrell menerusi Troubles.
Alice Munro menerusi The Beggar Maid pernah disenaraikan pada tahun 1980, dan menjadi satu-satunya koleksi cerita pendek yang disenarai pendek sehingga kini.
Pencalonan karya-karya yang terpilih untuk hadiah ini langsung tidak didedahkan kepada umum sehingga tahun 2001.
KONTROVERSI
Pertama:
Hadiah itu diperkenalkan pada 1969 dengan tajaan pemborong barangan runcit terkemuka British, Booker.Penerbit British dalam usaha menandingi anugerah terhormat Perancis, Goncourt, menemui Pengerusi Booker, Jock Campbell untuk mendapatkan tajaan kerana minatnya terhadap sastera sudah diketahui umum.Ia dinamakan semula Hadiah Man Booker pada 2002 apabila syarikat dana lindung nilai, Man Group mengambil alih tajaan.Kemudian, ia menggunakan nama asal apabila Yayasan Crankstart dari Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan jutawan dari Silicon Valley, menjadi penaja.
Kedua:
Hadiah itu menilai karya asal fiksyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di Britain atau Ireland.Pemenangnya diumumkan setiap Oktober, membawa pulang hadiah wang tunai £50,000 (RM264,000), manakala pengarang yang disenarai pendek turut mendapat £2,500 (RM13,200).Meskipun ia jauh ketinggalan berbanding Hadiah Nobel Kesusasteraan yang bernilai AS$930,000 (RM3.9 juta), ia jauh mengatasi anugerah sastera terkemuka lain seperti Hadiah Pulitzer yang menawarkan $15,000 (RM62,700).Anugerah Goncourt Perancis pula hanya memberikan hadiah simbolik berupa 10 euro (RM46) tetapi menjanjikan rangsangan jualan yang dapat menjadikan karya dipilih sebagai karya terlaris di pasaran.Pemenang Hadiah Booker seperti dipetik dalam laman webnya, menjanjikan pengiktirafan antarabangsa dan kenaikan tinggi dalam jualan.
Ketiga:
Jawatankuasa Booker memilih panel penilai baharu sekitar lima hakim setiap tahun, biasanya tokoh daripada dunia sastera seperti pengarang, pengkritik dan penerbit.Mereka diberi tempoh beberapa bulan untuk menelaah sekitar 12 judul yang disenarai panjang. Ia kemudian disaring kepada senarai pendek dan pemenang tunggal.
Keempat:
Pada tahun 2016, anugerah berasingan diperkenalkan untuk menilai karya fiksyen yang diterjemah ke bahasa Inggeris dan diterbitkan di Britain atau Ireland.Hadiah bernilai £50,000 (RM264,000) ditawarkan untuk Booker Antarabangsa, diumumkan pada Mei setiap tahun dan dibahagikan antara pengarang dengan penterjemah.
Kelima:
Timbul polemik di Britain apabila anugerah utama Hadiah Booker, dibuka kepada pengarang Amerika Syarikat (AS) pada 2014 yang selama ini diperuntukkan kepada penulis dari Britain, Ireland, negara Komanwel dan Zimbabwe.Panel hakim Booker 2011, Susan Hill memberitahu The Guardian pada 2016 bahawa permainan kini tidak menyebelahi pengarang United Kingdom (UK) kerana dipenuhi daripada AS.Sementara itu, pemenang dua kalinya, Peter Carey merungut kerana anugerah itu menjadi tidak lebih penjenamaan korporat global.Pemilihan calon sering dikritik kerana seolah-olah dibuat secara rawak, selain wujud pertembungan sesama juri, manakala pilihan pemenang boleh menjadi kontroversi.Pemenang juga ada kalanya tidak gembira, kerana dalam ucapan penerimaan, pemenang edisi 1972, John Berger, berkata persaingan anugerah itu 'menjengkelkan'.Beliau mendermakan separuh daripada nilai hadiah itu kepada Gerakan Black Panther sebagai protes terhadap eksploitasi di Caribbean oleh syarikat perdagangan seperti penaja Booker.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Sejarah Hadiah Nobel Anugerah Untuk Manusia Luarbiasa!P. Ramlee Satu-satunya Penerima Anugerah Pertama Pelakon Serba Boleh Di Dunia!
sumber: 1 | 2
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2020/06/hadiah-booker-antarabangsa.html