Hadi Ramai Pemimpin Ph Tak Beriman Tak Bermoral


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 15, 2022 11:41 AM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan parti Islam itu tidak akan membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk menerusi pendekatan khemah besar dalam pilihan raya umum

"PH tidak mampu menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada rakyat, walaupun dalam gabungannya terdapat parti yang menjadikan keadilan dan amanah pada jenamanya," katanya.

Abdul Hadi mendakwa ini kerana ramai dikalangan pimpinan PH 'tidak beriman dan tidak bermoral'.

Menurut ahli parlimen Marang itu, PH ketika menghadapi PRU14 pada 2018 juga memperlihatkan parti gabungan pembangkang itu secara terbuka mengumpulkan 'kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah'.
"Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

“Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga)," katanya dalam catatan Minda Presiden PAS hari ini.

Abdul Hadi juga mendakwa PH mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman.

"Malah, dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan.
"Bahkan, terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi," dakwa Abdul Hadi.

Oleh demikian, Abdul Hadi bertegas menolak mudarat politik PH yang lebih besar dan mendatangkan akibat yang lebih parah kepada negara hingga boleh merobohkan asas dan mematahkan cabang-cabang yang penting.

Abdul Hadi berkata hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh apabila PH lebih banyak menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara jika dibandingkan dengan BN.

Tambah Abdul Hadi, Islam yang menjadi akidah perjuangan PAS menetapkan bahawa politik tidak berpisah daripada agama yang ada perhitungan dosa dan pahala serta dibawa ke alam akhirat.
Maka, wawasan PAS tidak tamat sekadar melepaskan harapan di alam dunia.

Justeru, PAS tetap mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan Islam termasuk bahasa yang menjadi teras kepimpinan negara ini tanpa menghapuskan bangsa dan bahasa lain.

“PAS menentang teori ‘Malaysian Malaysia’ dan menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia.

“PAS menegaskan kalau ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halaukan dia kerana tidak mengenang budi.

“Bersama dalam PH, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menegaskan ideologi sekularnya secara terbuka, sehinggakan mereka menolak prinsip agama dalam politik,” tambah Abdul Hadi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/hadi-ramai-pemimpin-ph-tak-beriman-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Dah Nyanyuk Tak Layak Lagi Jadi Pemimpin Dakwa Pemimpin Pkr

Hadi Dah Nyanyuk Tak Layak Lagi Jadi Pemimpin Dakwa Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 189 hits
Timbalan Ketua Penerangan PKR I R Ramanan serangan Abdul Hadi Awang terhadap bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah tindakan terdesak meraih publisiti murahan memandangkan prestasi partinya semakin merudum PETALING JAYA Kecaman keras Abdul...
Pemimpin Penting Diri Mahu Kuasa Punca Umno Berpecah Belah

Pemimpin Penting Diri Mahu Kuasa Punca Umno Berpecah Belah

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 439 hits
agendaily com15 09 2022Bekas Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam Tidak dapat dinafikan UMNO kini berpecah belah kerana pemimpinnya telah menjadikan parti untuk kepentingan diri dan agenda mereka kata bekas Timbalan Presiden Tun Musa Hitam...
Exco Kelantan Berjersi Jenama Bir Kesian Dia Kata Pemimpin Amanah

Exco Kelantan Berjersi Jenama Bir Kesian Dia Kata Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 334 hits
Yasmin RamlanSeorang pemimpin Amanah Kelantan mengesyaki exco negeri itu tidak mengetahui atau menyangka jenama Chang pada baju yang dipakainya merupakan produk arak dari Thailand Kata Che Ibrahim Mohamed dia sebenarnya berasa simpati terha...
Mesyuarat 5 Pemimpin Tertinggi Umno Ditangguh

Mesyuarat 5 Pemimpin Tertinggi Umno Ditangguh

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 158 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa mesyuarat yang seharusnya melibatkan lima pemimpin tertinggi Umno telah ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baru dan sebab yang dimaklumkan Pada majlis di Hotel Majestik ...
Apakah Pemimpin Pas Dalam Kesesatan Atau Jiwa Kacau

Apakah Pemimpin Pas Dalam Kesesatan Atau Jiwa Kacau

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 341 hits
Jika ini lah corak pemikiran pemimpin PAS yang sangat sempit dalam masyarakat majmuk parti ini perlu dikuburkan lebih awal supaya tidak ROSAK akidah umat Akhlak siapa yang mereka ikut Tak dapat anggur masam katanya
Sabotaj Dalam Umno Mesti Dihentikan Kata Pemimpin Veteran

Sabotaj Dalam Umno Mesti Dihentikan Kata Pemimpin Veteran

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 303 hits
agendaily com13 09 2022Pengerusi Veteran UMNO Malaysia Datuk Othman Desa UMNO mesti membersihkan parti itu daripada barisan mereka yang meletakkan kepentingan diri di hadapan parti dan masa depannya kata Pengerusi Veteran UMNO Malaysia Datu...
Salah Guna Kuasa Babit Dana Parti Rm600 000 2 Bekas Pemimpin Bahagian Umno Direman

Salah Guna Kuasa Babit Dana Parti Rm600 000 2 Bekas Pemimpin Bahagian Umno Direman

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 262 hits
freemalaysiatoday com September 13 2022 1 29 PMDua bekas pemimpin bahagian Umno tiba di Mahkamah Majistret George Town hari ini GEORGE TOWN Dua bekas pemimpin bahagian Umno Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan atas dakwaan...
Pemimpin Turkiye Israel Bertemu Di Pbb Minggu Depan

Pemimpin Turkiye Israel Bertemu Di Pbb Minggu Depan

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 168 hits
Pemimpin Turkiye Israel bertemu di PBB minggu depan Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Sep 2022 8 23AM
Polis Nafi Budak Perempuan Diculik Di Kuala Berang

Flash Floods Devastate Bali And Flores Killing At Least 13

Mic S Awtar Singh Apologises To Mcmc Chief Over Baseless Claims

Suasana Baru Bara Stulang Jb Port Mancing Sambil Makan Seafood

Zuraida Says She Told Off Anwar For Picking Farhash As Political Aide

Finger Sandwich Egg Mayo

Kopi Atau Matcha Minuman Trend Viral Dan Simbol Personaliti Anak Muda

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Lala Tumis Mudah Dan Sedap

Pembedahan Mengambil Sample Di Dinding Rahim

My Friend Said I Should Lower My Expectation

Secrets To Building A Thriving Business

Sweet Salt Garam Manis Pattani

Quality Precision And Peace Of Mind Why Orlando Leak Detection Leads The Industry