Hadi Awang Duta Khas Yang Tidak Diraikan Lantikannya




Melantik orang politik sebagai duta khas bertaraf menteri, disamping duta lantikan kerajaan sudah pun sedia ada, sebenarnya hanyalah bermula sejak era kepimpinan Najib Razak.
Sebelum itu, tidak pernah jawatan duta khas bertaraf menteri diwujudkan.Dalam zaman Tun Mahathir Mohamad, walaupun beberapa orang politik pernah dilantik sebagai duta seperti bekas Menteri Besar Terenggganu, Wan Mokhtar Wan Ahmad; bekas Timbalan Menteri, Abu Bakar Daud; Mohamed Rahmat dan beberapa yang lain, tetapi mereka adalah duta kerajaan dan bukannya duta khas yang diberikan taraf menteri.
Dalam era Najib, bermula dengan Jamaluddin Jarjis yang dijadikan Duta Besar bertaraf menteri ke Amerika Syarikat, kemudian ia diikuti dengan bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebagai Duta Khas ke India dan Asia Selatan; bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting sebagai Duta Khas ke China dan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan serta Taiwan.
Sama seperti Jamaluddin, semua Duta Khas lantikan Najib itu diberikan taraf menteri.
Selain itu, Najib juga pernah melantik Zaharin Hashim, bekas pemimpin PKR yang melompat menyertai UMNO sebagai Duta Besar ke Indonesia.
Kemudian di era PH memerintah negara di mana Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri, hanya seorang yang dilantik iaitu Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China.
Bagaimanapun, beliau tidak diberikan taraf menteri.Dalam era Muhyiddin Yassin, baru kira-kira sebulan menjadi Perdana Menteri, beliau telah pun melantik Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah.
Walaupun Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menolak perlantikan Hadi Awang sebagai lantikan politik, manakala Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula menafikan jawatan yang diberikan kepada Presiden Pas itu untuk tujuan mengambil hati ahli-ahli Pas lantaran beliau tidak diberikan jawatan dalam kabinet, hakikatnya tanggapan serta kepercayaan ramai adalah sebaliknya.
Hampir semua orang percaya lantikan itu adalah sebagai hadiah atau sebahagian daripada pengagihan harta hasil rampasan perang berikutan kesediaan Pas menjayakan misi menumbangkan PH dan seterusnya menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihanraya, sebaliknya dengan cara menebuk atap dan meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Jika tanpa kerajaan tebuk atap ini ditubuhkan, pastilah tiada sebab untuk Hadi Awang merasa menjadi Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah.
Jadi, baiklah Tuan Ibrahim dan Takiyuddin simpan saja ulasan mereka berkaitan kewajaran perlantikan Hadi Awang kononnya atas kelayakan dan sebagainya untuk santapan halwa telinga penyokong-penyokong Pas yang wala’ saja untuk mendengarnya.
Untuk mereka yang terbuka dan waras, lantikan Hadi tetap dianggap lantikan politik dan hadiah atas sokongan Pas terhadap Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri menerusi tebukan atap. Titik.
Sebab itu, tidak sebagaimana Duta-Duta Khas lain yang pernah dilantik sebelum ini, perlantikan Hadi Awang ini paling dipertikaikan dan seolah-olah tidak diraikan sama sekali.
Di media sosial dan di perbualan awam di merata-rata tempat, jelas boleh dilihat rasa tidak senangnya hati rakyat terhadap perlantikan beliau itu.
Rata-rata melihat Hadi Awang sebagai sosok yang tidak sesuai, tidak wajar dan tidak cocok untuk dilantik ke jawatan tersebut, diikuti pula karektornya yang keras, kasar dan seperti tiada diplomasi.
Tambahan, Pas melalui Tuan Ibrahim turut pernah mempertikaikan perlantikan Tan Kok Wai sebelum ini dengan menganggapnya sebagai pembaziran dan meniru cara BN.
Jadi, dalam kes perlantikan Hadi Awang ini, apa sebenarnya pendirian Pas?
Lebih buruk lagi, sebelum dilantik sebagai duta, Hadi Awang juga didapati telah menulis surat kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam berkenaan pergolakan politik dalam negara, khususnya berkenaan penubuhan kerajaan tebuk atap yang disertai oleh Pas.
Apa yang menyedihkan, sebagai pemimpin Islam, kandungan surat tersebut banyak mengandungi fakta tidak benar, pembohongan serta fitnah yang disengajakan, terutama terhadap Anwar Ibrahim yang juga mempunyai rangkaian hubungan persahabatan yang baik dengan pemimpin serta gerakan Islam di banyak negara Timur Tengah.
Maka, dengan “surat kotor” yang ditulisnya itu, walaupun dimulai dan dan diakhiri dengan pujian kepada Allah, tidakkah ia sebenarnya hanya menyulitkan lagi tugas Hadi Awang sebagai Duta Khas nanti? 
(ShahbudinHusin 04/04/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/hadi-awang-duta-khas-yang-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Awang Dilantik Sebagai Duta Khas Pm Ke Timur Tengah

Hadi Awang Dilantik Sebagai Duta Khas Pm Ke Timur Tengah

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 357 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri Dalam satu kenyataaan Pejabat Perdana Menteri berkata lantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Hadi yang merupa...
Lantik Hadi Duta Khas Pas Jilat Ludah Sendiri

Lantik Hadi Duta Khas Pas Jilat Ludah Sendiri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 311 hits
Perlantikan Presiden Pas Hj Hadi Awang sebagai duta khas ke negara negara Arab membangkitkan bantahan rakyat kerana Pas sebelum ini pernah mempertikaikan perlantikan duta khas ke China yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan Timbalan Presid...
Pas Bentuk Jawatankuasa Pantau Menteri Selepas Hadi Dilantik Duta Khas

Pas Bentuk Jawatankuasa Pantau Menteri Selepas Hadi Dilantik Duta Khas

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 296 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai duta khas PM ke Timur Tengah PETALING JAYA PAS akan membentuk satu jawatankuasa penasihat berbentuk hisbah bagi memantau tugas dan menasihati anggota kerajaan daripada kalangan PAS supaya merek...
Duta Khas Pm Ke Timur Tengah Lebai Hadi Menipu

Duta Khas Pm Ke Timur Tengah Lebai Hadi Menipu

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 826 hits
Gambar di bawah adalah petikan dari Surat Duta Khas PM Malaysia ke Timur Tengah kepada gerakan Islam bertarikh 22 Mac 2020 surat tersebut bertujuan untuk mempertahankan tindakan partinya menebuk atap bersama Azmin dan Muhyiddin tindakan itu...
Pkr S Fahmi Fadzil Tries To Laga Tuan Ibrahim With Hadi Awang

Pkr S Fahmi Fadzil Tries To Laga Tuan Ibrahim With Hadi Awang

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 385 hits
Fahmi Fadzil questions Hadi Awang s appointment as special envoy and asks Tuan Ibrahim for his views An MP has questioned the appointment of Marang MP Datuk Seri Dr Abdul Hadi Awang as Malaysia s special envoy to the Middle East According t...
Hadi Awang Tok Guru Celaka Kata Ahli Lembaga Pengarah Yadim

Hadi Awang Tok Guru Celaka Kata Ahli Lembaga Pengarah Yadim

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 330 hits
Salah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menyifatkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang yang hina dan celaka Ahmad Sayuti Bashiron berkata demikian melalui satu kenyataan ringkas di laman Fa...
Fork Tongued Hadi S Letter Of Lies Exposed Surat Bohong Fitnah Hadi Awang Kepada Pemimpin2 Gerakan Islam

Fork Tongued Hadi S Letter Of Lies Exposed Surat Bohong Fitnah Hadi Awang Kepada Pemimpin2 Gerakan Islam

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 375 hits
Sejak semalam riuh rendah di media sosial tentang sepucuk surat yang ditulis oleh Hadi Awang Presiden Pas kepada pemimpin pemimpin Gerakan Islam menghuraikan keadaan politik negara khususnya berkaitan tertubuhnya kerajaan tebuk atap Perikat...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Nasi Tomato Salam

Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang Bertema Seni Citarasa Ramadan Hidangan 1001 Rasa

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Video Tular Bukan Lebuh Raya Baru China Ke Pakistan

Umrahgo Bantu Bakal Jemaah Dapatkan Pakej Umrah Selamat

Boh Perkenal Teh Edisi Istimewa Limited Edition Emerald Blend