Habis Separuh Gaji Bayar Sewa Rumah Pinjaman Kosmo 05 05 2025


 

Beban kos sara hidup yang terus melonjak kini menjerut sebahagian besar rakyat Malaysia, mencetuskan tekanan kewangan dari hari ke hari.
Dengan harga barangan keperluan harian, kos pengangkutan serta kadar sewa dan pembelian rumah yang meningkat tanpa henti, pengguna mendapati diri mereka semakin tenggelam dalam belenggu hutang seolah-olah tiada penghujung.
Menurut laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi negara mencatatkan peningkatan perlahan sebanyak 1.4 peratus pada Mac 2025 dengan bacaan mata indeks IHP adalah 134.1, meningkat daripada 132.2 pada bulan sama tahun lalu.
Peningkatan ini sebahagian besarnya dipacu oleh kenaikan sederhana dalam beberapa kumpulan utama perbelanjaan seperti penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.6 peratus), serta restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9 peratus).
Kategori makanan dan minuman yang menyumbang hampir 30 peratus daripada keseluruhan IHP, kekal mencatatkan peningkatan 2.5 peratus.
Bagi mengupas isu ini, wartawan Kosmo! Ahad, NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL dan AMAL HAYATI FAUZI menemu bual Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih mesra disapa Toqqi , di pejabatnya di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KOSMO! AHAD: Kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ketika ini masih lagi tinggi terutama melibatkan harga barang harian. Bagaimana Datuk melihat situasi tersebut dari sudut kesan kepada pengguna?
NADZIM: Saya melihat cabaran pengguna hari ini jauh lebih berat berbanding masa lalu. Dulu, peluang kerja masih banyak, tekanan ekonomi tidak begitu mencengkam. Tapi kini, dengan nilai mata wang jatuh, kos hidup tinggi dan penipuan berleluasa, pengguna semakin menjadi mangsa yang tidak terdaya.
Setiap bulan, kebanyakan pengguna di Malaysia menghabiskan lebih separuh gaji untuk membayar sewa rumah, kos perjalanan dan pinjaman, manakala selebihnya untuk makanan dan minuman termasuk bil utiliti sehingga tiada simpanan menyebabkan waktu kecemasan tidak dapat diharungi dengan baik (tiada wang).
Kalau masuk pasar raya, kedai runcit, kita boleh lihat majoriti harga barang naik sehingga tak masuk akal. Ketika ini, menjadi keluhan pengguna melibatkan harga santan yang melonjak tinggi, harga ikan semakin mahal sampai ada yang jadi ‘gila’ berdepan situasi mencabar ini.
Situasi ini menjadikan pengguna terpaksa mengurangkan pembelian, memilih barangan murah, berkualiti rendah atau lebih te­ruk mereka terpaksa mengorbankan sebahagian ke­perluan pen­ting seperti makanan berkhasiat demi kelangsungan hidup.
Selain peningkatan kos barangan harian, apakah yang menjadi tekanan kepada pengguna masa kini?
Dalam masa sama, pengguna kini berdepan bebanan perumahan. Mereka hendak membeli pun tak mampu, harga sewa pula semakin mencekik darah. Kea­daan tersebut menyebabkan impian pengguna untuk memiliki rumah sendiri semakin pudar apabila kenaikan harga rumah tidak selari dengan pendapatan bulanan mereka.
Ada keluarga yang semakin ramai ahlinya perlu berpindah ke rumah yang saiznya lebih kecil disebabkan kos sewa meningkat saban tahun, terutama mereka yang berhijrah ke bandar sehingga terpaksa menyewa rumah dengan satu bilik untuk memuatkan enam orang ahli keluarga.
Ramai yang cakap, kalau tinggi kos hidup di bandar, kekal lah duduk di kampung. Tetapi adakah peluang pekerjaan di kawasan kampung luas seperti di bandar?
Solusinya, pihak kerajaan atau pihak berkuasa tempatan harus lebih cakna menyediakan peluang pekerjaan yang luas di kawasan pendalaman.
Ini bagi membolehkan mereka yang dalam kategori tidak berkemampuan masih mampu menjana pendapatan dengan baik de­ngan hanya tinggal di kampung tanpa perlu berpindah ke bandar dan hidup dalam tekanan.
Menurut gergasi hartanah IQI, pasaran sewa di Malaysia me­ningkat sebanyak 3.9 peratus tahun ke tahun kepada purata RM2,052, tertinggi dalam tempoh lima tahun pada suku keempat 2024. Kadar sewa nasional pula berkembang 2.8 peratus pada suku keempat 2024 berbanding suku ketiga 2024, menunjukkan sewa kembali ke paras pra Covid-19.
Melihat kepada dua situasi di atas, sudah tentu ada pengguna yang tidak mampu mengharungi keadaan mencabar ini. Pandangan Datuk, apakah kaedah atau jalan yang keba­nyakan dipilih oleh mereka untuk kekal ‘bernyawa’?
Akibat kos hidup yang tidak seimbang dengan pendapatan, rakyat kini bergantung kepada pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman bank, platform e-dagang dan lebih teruk terperangkap dalam hutang along untuk meneruskan kehidupan.
Dalam kenyataan dikongsikan Kementerian Kewangan sebelum ini, hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Lebih membimbangkan, ramai yang terjerat dalam pinjaman jangka panjang yang tiada penghujung apabila setiap tahun mereka terpaksa menambah hutang yang akhirnya membebankan diri sendiri bukan sahaja hingga usia persaraan, malah le­bih teruk terikat hutang sepanjang hayat.
Tanpa mekanisme perlindu­ngan sosial yang kuat dan reformasi ekonomi yang efektif, ge­nerasi akan datang bakal mewarisi budaya berhutang tanpa kesudahan.
Adakah pengguna masa kini berhutang untuk memenuhi kehendak mereka atau terlalu mengikut gaya hidup semasa seperti pepatah melayu ‘biar papa asal bergaya’?
Saya tidak melihat berhutang pada masa ini untuk hidup mewah. Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, keba­nyakan pengguna tidak berhutang untuk berbelanja sakan.Malah mereka berhutang untuk terus hidup.
Ramai pengguna yang terpe­rangkap dalam kitaran hutang berterusan apabila mereka mengambil hutang baharu untuk membayar hutang lama.
Ini berlaku kerana pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas, menyebabkan pengguna tiada pilihan selain terus berhutang.
Saya melihat situasi ini bukan sahaja melumpuhkan kebebasan kewangan setiap pengguna, malah dalam jangka panjang akan memberikan kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara jika tidak ditangani segera.
Adakah pengguna masa kini ramai berhutang dengan along selepas mereka tidak lagi dibenarkan membuat pinjaman dengan bank atau institusi kewangan yang lain?
Dalam tempoh seminggu, PPIM menerima lebih 100 laporan berkaitan pinjaman along.
Ramai yang meminjam kerana kesesakan hidup bukan kerana kemewahan hidup. Mereka ter­desak untuk menampung ke­perluan asas dan melangsaikan hutang sedia ada, sesetengah pengguna terpaksa berpaling kepada pemberi pinjaman wang haram meskipun menyedari risikonya.
Bagi mereka, keperluan mendesak seperti menyelesaikan bayaran bil utiliti, membeli keperluan dapur atau membayar yuran persekolahan lebih mendesak daripada memikirkan risiko keganasan dan ancaman daripada ceti haram.
Saya melihat fenomena berhutang dengan along tidak akan selesai selagi isu pokok seperti ketidakseimbangan kos hidup dan pendapatan rakyat tidak ditangani secara serius oleh pihak berwajib. Selain itu, kerajaan perlu memperkukuh jaringan keselamatan sosial, memperba­nyakkan bantuan tunai kepada golongan terjejas dan mempermudahkan akses kepada pinjaman sah.
Pendidikan literasi kewangan harus diperluaskan supaya rak­yat lebih berhati-hati dan bijak menilai pilihan kewangan dalam saat terdesak.
Apakah kesan lain yang di­hadapi pengguna selepas mereka terjerat dengan masalah kewangan?
Kesan tekanan kewangan ini bukan sahaja terhad kepada ­angka dalam buku akaun, tetapi turut meresap ke dalam kesejahteraan mental rakyat. Masuk sahaja gaji, ramai dah mula berasa ‘serabut’ melihat baki yang tinggal selepas ditolak segala bil-bil bulanan dan hutang sehingga terpaksa catu makanan sementara menunggu gaji seterusnya. Tempoh itu adalah waktu paling sukar.
Oleh kerana itu, mereka sanggup menggadaikan barang kemas, membuat pinjaman peri­badi bagi mendapatkan lebihan wang, namun mereka tetap terus terperangkap dengan hutang dan risiko kepada masalah mental.
Kerana hutang juga, kualiti sebuah keluarga terjejas. Situasi ini jelas dilihat apabila seseorang berhutang untuk perkara yang bukan menjadi keutamaan atau keperluan dirinya. Akibatnya terpaksa melakukan banyak kerja bagi membolehkan dia memperoleh pendapatan lebih.
Maka, di situ hilanglah kualiti masa bersama keluarga selain diri juga kurang rehat kerana kebanyakan masa dihabiskan de­melakukan kerja sampi­ngan.
Sebagai seorang yang memfokuskan hak pengguna, apakah cadangan penyelesaian yang boleh dikemukakan me­rujuk kepada isu yang dibincangkan?
Pihak kerajaan dan institusi kewangan perlu memperkenalkan mekanisme perlindungan untuk membantu rakyat keluar daripada kitaran hutang ini.
Antara cadangan termasuk penstrukturan semula hutang, memperkenalkan skim bantuan pembayaran balik, pendidikan literasi kewangan sejak di bangku sekolah, serta dasar ekonomi yang lebih adil dalam mengawal harga barang dan meningkatkan pendapatan rakyat.
Kita perlukan penyelesaian menyeluruh, bukan hanya tampal di sana sini. Rakyat perlukan pendapatan lebih baik, persekitaran kos hidup lebih stabil dan sokongan untuk membebaskan diri dari beban hutang yang membunuh masa depan mereka.
Dalam realiti hari ini, hutang bukan lagi pilihan, ia sudah menjadi keperluan untuk ramai.
Namun, jika keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian konkrit, generasi masa depan akan mewarisi beban hutang le­bih berat, menjadikan ‘gali lubang, tutup lubang’ satu kitaran gelap yang tidak ber­penghujung.
Artikel oleh: Kosmo
HABIS SEPARUH GAJI BAYAR SEWA RUMAH, PINJAMAN

https://www.kosmo.com.my/2025/05/04/pengguna-terperangkap-hutang-sepanjang-hayat/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/05/habis-separuh-gaji-bayar-sewa-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang Wanita Sanggup Reka Cerita Amp Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang Wanita Sanggup Reka Cerita Amp Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 85 hits
Seorang wanita dipercayai sanggup mereka cerita disamun berhampiran Taman Pandan Damai semalam semata mata untuk mengelak daripada membayar hutang dan sewa rumah Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu...
Hiburan Jangan Gopoh Guna Akaun 3 Kwsp Untuk Bayar Hutang Rumah Ini Sebab Kenapa Ia Mungkin Tak Berbaloi

Hiburan Jangan Gopoh Guna Akaun 3 Kwsp Untuk Bayar Hutang Rumah Ini Sebab Kenapa Ia Mungkin Tak Berbaloi

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 79 hits
Pada bulan Mac yang lalu KSWP telah mengumumkan dividen sebanyak 6 3 peratus untuk tahun 2024 Itu merupakan satu pulangan yang kukuh dan sejujurnya bukan setiap tahun kita akan dapat kadar yang setinggi ini Jadi tidak pelik sekiranya ada se...
Konsuri 2025 Konvensyen Suri Rumah Paling Inspirasi Akan Berlangsung Di Putrajaya

Konsuri 2025 Konvensyen Suri Rumah Paling Inspirasi Akan Berlangsung Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 126 hits
Suri rumah adalah jantung keluarga Tapi dalam kesibukan mengurus rumah tangga ramai antara kita terlupa untuk mengurus hati dan jiwa sendiri Justeru KONSURI 2025 hadir sebagai ruang rehat rohani dan inspirasi buat wanita wanita terpilih sep...
Masih Ada Majikan Degil Tak Bayar Pekerja Ikut Gaji Minimum Rm1 700 Jtksm

Masih Ada Majikan Degil Tak Bayar Pekerja Ikut Gaji Minimum Rm1 700 Jtksm

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 44 hits
Masih ada syarikat yang tidak mematuhi Perintah Gaji Minium RM1 700 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Februari lalu dan menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia majikan yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda di bawah Akta M...
Rumah Terbuka Makcik Edisi Raya 2025

Rumah Terbuka Makcik Edisi Raya 2025

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 46 hits
setiap tahun memang rumah makcik tak miss buat open house ada banyak entri makan makan di rumah makcik korang taip jelah makcik dengan kotak carian kali ini edisi raya 2025 tahun depan senang lah ye aku buat tajuk entri rumah terbuka makcik...
Aktiviti Majlis Rumah Terbuka 2025 Malaysia International Marketing Trade Chamber Ppim 29 04 2025

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka 2025 Malaysia International Marketing Trade Chamber Ppim 29 04 2025

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 119 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzimjohan toqqi menghadiri ke Majlis Rumah Terbuka anjuran Malaysia International Marketing Trade Chamber di Arina Uniti Kuala Lumpur
Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 126 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzimjohan toqqi meluangkan masa menghadiri jemputan ke Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia di Kompleks FINAS Ulu Klang Selangor
Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 192 hits
Read Time 4 Minute 30 Second amb slot 1 ambking application ambking ambking 2 ambking 3 amb slot ambking 4 ambking 24 amb888 ambking Amb888 ceo 20 April 68 Marguerite amb slot Top 36 by Happy 0 0 Sad 0 0 Excited 0 0 Sleepy 0 0 Angry 0 0 Sur...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex