Guru Rugi Rm1 1 Juta Peniaga Rugi Rm93 806 Akibat Diperdaya Macau Scam


Seorang guru wanita rugi mengalami kerugian lebih RM1.1 juta akibat terperdaya dengan individu yang tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis. 


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa berusia 49 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu semalam. 


Dalam keterangan mangsa mendakwa, dia menerima panggilan telefon dari 'pegawai polis' terbabit yang memaklumkan keretanya terbabit dalam kemalangan maut dan kegiatan wang haram. 


Suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam itu juga mengarahkan mangsa membuka dua akaun bank miliknya dan memasukkan nombor telefon yang diberi oleh suspek sebagai nombor telefon pemilik akaun. 


Mangsa akur dan memindahkan wang simpanannya ke dalam nombor akaun yang diberi oleh suspek kononnya bagi tujuan siasatan, selain diarahkan untuk menyediakan wang jaminan di mana mangsa membuat pinjaman peribadi di beberapa bank dan wang tersebut dimasukkan ke akaun yang diberi suspek. 


Mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu segera membuat laporan polis. 


Siasatan mendapati, nombor telefon yang digunakan oleh suspek sememangnya nombor dari agensi berkaitan tetapi sindiket itu menggunakan teknik 'spoofing' agar mangsa terperdaya. 


Sementara itu dalam satu lagi kes berasingan, seorang peniaga wanita juga mengalami kerugian RM93,806 kerana terperdaya dengan beberapa individu yang menyamar menjadi kakitangan pos dan pegawai polis. 


Mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa, wang simpanan dalam akaun banknya lesap dan hanya tinggal baki RM80.63 selepas berurusan dengan 'Inspektor Baharu' kononnya mahu membantunya menyelesaikan satu kes bagi mengelakkan dia ditangkap. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dihubungi suspek wanita yang menyamar menjadi kakitangan pos pada 21 September lalu memberitahu ada kiriman di atas nama mangsa yang dikirim dari Kedah ke Seremban. 


Pada awalnya mangsa menafikan tetapi suspek memberitahu kemungkinan identiti mangsa telah disalahgunakan. 


Suspek kemudian berpura-pura menyambungkan panggilan itu ke IPK Seremban untuk semakan dan tak semena-mena nama mangsa berada dalam senarai individu yang dikehendaki atas kegiatan pengubahan wang haram. 


Mangsa dimaklumkan waran tangkap telah dikeluarkan dan dia diminta berurusan dengan seorang anggota berpangkat sarjan untuk tindakan lanjut. 


'Inspektor Baharun' meminta mangsa membuka akaun bank baharu sebagai akaun perlindungan dari pihak mahkamah dan semua wang simpanannya dipindahkan ke akaun tersebut.


Selain itu, mangsa diarahkan membuat kad bank menggunakan nombor telefon dan pin yang diberi oleh 'Inspektor Baharun', kononnya semua akaun bank mangsa akan dibekukan. 


Suspek meminta mangsa merahsiakan perkara itu sehingga siasatan selesai. 


28 September, seorang lelaki menyamar sebagai pegawai audit menghubungi mangsa dan memintanya memindahkan RM20,000 sebagai jaminan ke akaun bank miliknya.


Namun mangsa tidak menuruti arahan itu dan membuat semakan di akaun bank baharunya itu. Alangkah terkejutnya mangsa apabila dia mendapati wang simpanannya dalam akaun itu lesap dan hanya tinggal baki RM80.63. 


Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/guru-rugi-rm11-juta-peniaga-rugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Rugi Rm1 13 Juta Ditipu Pegawai Polis Sindiket Macau Scam

Guru Rugi Rm1 13 Juta Ditipu Pegawai Polis Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 397 hits
Malang tidak berbau Seorang wanita yang berkhidmat sebagai guru menjadi mangsa penipuan pegawai polis sindiket Macau Scam dan mengalami kerugian lebih RM1 13 juta Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata mangsa ...
Hampir Rm2 Juta Milik Wanita Lesap Diperdaya Macau Scam

Hampir Rm2 Juta Milik Wanita Lesap Diperdaya Macau Scam

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 387 hits
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal KUALA LUMPUR Seorang wanita kerugian wang sebanyak RM1 979 976 selepas ditipu oleh Macau Scam Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mangsa seorang pengurus di sebuah ag...
Seorang Guru Tanggung Kerugian Rm791 000 Akibat Di Perdaya Oleh Sindiket Macau Scam

Seorang Guru Tanggung Kerugian Rm791 000 Akibat Di Perdaya Oleh Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA TERENGGANU Seorang guru menanggung kerugian sebanyak RM791 000 dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam sejak akhir tahun lalu Mangsa berusia 51 tahun itu menyedari dia ditipu apabila akaun bank miliknya hanya berbaki RM...
Sprm Beku 750 Akaun Bernilai Rm75 Juta Sita 24 Kereta Mewah Milik Ahli Sindiket Macau Scam

Sprm Beku 750 Akaun Bernilai Rm75 Juta Sita 24 Kereta Mewah Milik Ahli Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 908 hits
SPRM beku 750 akaun bernilai RM75 juta sita 24 kereta mewah milik ahli sindiket Macau ScamPerkembangan terkini mengenai kes sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan mencuci duit haram Su...
Macau Scam 730 Akaun Libatkan Rm80 Juta Dibeku Sprm

Macau Scam 730 Akaun Libatkan Rm80 Juta Dibeku Sprm

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 306 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membekukan 730 akaun bank membabitkan wang berjumlah RM80 juta serta merampas wang tunai kira kira RM5 juta kerana disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata se...
Macau Scam Versi Dubai Tumpas Perdaya Hampir 2 Juta Orang

Macau Scam Versi Dubai Tumpas Perdaya Hampir 2 Juta Orang

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 261 hits
on Mungkin tidak ramai yang tahu kira kira 1 bulan yang lalu telah tertangkapnya seorang insta famous di Dubai Namanya adalah Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi Dia adalah seorang rakyat yang berasal dari Nig...
Macau Scam Harga Jam Tangan Mewah Shuib Cecah Jutaan Ringgit

Macau Scam Harga Jam Tangan Mewah Shuib Cecah Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 417 hits
Foto Instagram Shuib KUALA LUMPUR Pelawak Shuib terus mencuri tumpuan di media sosial selepas dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung aktiviti penggubahan wang haram atau Macau Scam pada ming...
Ppim Ajak Semua Pihak Berperang Dengan Macau Scam

Ppim Ajak Semua Pihak Berperang Dengan Macau Scam

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 298 hits
Sikap ambil mudah jadikan sindiket penipuan bertambah besar Datuk Nadzim Johan pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum dan Nota Permuafakatan bersama badan bukan kerajaan agensi kerajaan dan syarikat korporat Foto Facebook Malaka...
Sprm Sudah Ada Senarai Penuh Macau Scam Termasuk Selebriti Ahli Perniagaan

Sprm Sudah Ada Senarai Penuh Macau Scam Termasuk Selebriti Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 341 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki mendedahkan bahawa pihaknya telah mempunyai senarai penuh mereka yang terlibat dalam Macau Scam termasuk pihak yang menerima hasil dari...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Deja Vu For Ringgit As It Heads Towards Dreaded 4 80 Level

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Tamago Kake Gohan



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Kepedulian Seorang Pemimpin

Laporan Produksi Yufid Bulan Maret 2024

Mengenal Pafi Dan Peranan Pafi Dalam Industri Kesehatan

Panduan Membuat Salinan Iklan Media Sosial Dengan Alat Parafrase Ai

Singapore Travel Insurance For Europe What To Look For In A Comprehensive Policy

Shapellx Shapewear Your Guide To A Perfect Look