Gurau Kasar Tak Lawak Ini Alasan Kenapa Tak Boleh Cakap Gemuk Dekat Orang Lain


Obesiti adalah suatu penyakit yang dikaitkan dengan lebihan berat badan atau dalam bahasa lainnya ialah kegemukan. Orang yang gemuk sering diperlekehkan dan dipandang sebagai suatu bahan untuk dijadikan ejekan. Secara tidak langsung, ianya boleh menjejaskan emosi orang-orang yang mempunyai masalah berat badan ini.
Di Malaysia, statistik diperolehi melalui suatu kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang obes. Dikatakan, seorang dalam dua orang dewasa mempunyai masalah obes ataupun lebih berat badan. Oleh kerana Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang tinggi kalorinya, peratusan untuk seseorang itu menambah berat badan adalah sangat tinggi.
Ramai diantara kita pastinya ada seorang dua kawan yang mempunyai berat badan berlebihan atau pun gemuk. Dan pastinya kita pernah menjadikan dia sebagai bahan ejekan kerana bentuk badannya itu. Namun tahukah anda bahawa, setiap ejekan yang keluar daripada mulut kita itu pastinya akan mendatangkan impak kepada diri serta emosinya. Perkara tersebut tidaklah seharusnya berlaku. Kenapa ianya tidak patut berlaku? Ikuti artikel yang dikongsi oleh Hello Doktor ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kadangkala gurauan yang diungkapkan amat menyakitkan hati individu lain meskipun ia hanya untuk mengusik dan menggembirakan hati. Sudah menjadi lumrah untuk kita bergurau dengan menyentuh isu-isu fizikal manusia sambil bergelak ketawa. Adakah kita benar-benar tahu sekiranya individu yang dijadikan subjek gelak tawa tersebut terluka atau tidak?
Daripada ‘individu obes’ kepada ‘individu yang mengalami obesiti’ Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh ahli-ahli psikologi, memanggil atau merujuk individu lain dengan panggilan seperti gemuk, atau obes adalah sesuatu yang boleh melukakan hati. Mereka mencadangkan agar penggunaan perkataan obes tersebut digantikan dengan frasa lain iaitu ‘mengalami obesiti’ yang kurang melukakan hati individu berkaitan. Persatuan Psikologi British menyeru perubahan panggilan tersebut dengan menyatakan bahawa penyakit obesiti bukanlah satu pilihan yang diinginkan oleh seseorang individu.
Tam Fry, jurucakap bagi National Obesity Forum juga menyatakan bahawa nasihat daripada Persatuan Psikologi British tersebut adalah sangat baik. Beliau turut bersetuju dengan saranan persatuan itu agar kerajaan perlu menangani masalah obesiti sepertimana masalah merokok iaitu dengan cara amaran kesihatan pada bungkusan produk, pengharaman iklan dan pengharaman merokok dalam bangunan.
Faktor lain penyebab obesiti Persatuan Psikologi British mengakui bahawa obesiti adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan seseorang. Walau bagaimanapun, tabiat tersebut tidak semestinya dianggap sebagai satu ‘pilihan’ atau ‘tanggungjawab seseorang’. Mereka menyatakan bahawa obesiti boleh terhasil daripada pelbagai faktor yang bersifat kompleks termasuklah faktor genetik seseorang. Selain itu, kesan stress daripada zaman kanak-kanak, gaya hidup tidak aktif dan pemilihan jenis makanan tidak sihat turut menyumbang kepada obesiti.
Berpandukan laporan yang dikeluarkan oleh persatuan itu, ia menyatakan bahawa individu yang cenderung mempunyai berat badan yang tidak sihat adalah mereka yang mempunyai risiko genetik yang tinggi untuk mengalami obesiti. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh gaya hidup di tempat kerja, sekolah dan persekitaran sosial yang menggalakkan pemakanan secara berlebihan dan tidak aktif.
Laporan tersebut turut menambah bahawa, mereka yang tinggal di kawasan yang miskin atau kurang bernasib baik mengalami kadar tekanan atau stres yang tinggi. Ini disebabkan oleh cabaran hidup, trauma dan kekurangan pilihan makanan sihat yang berpatutan.
Tiada sesiapa pun yang mahu menjadi gemuk atau obes dan digelar sebagai seorang yang gemuk. Oleh itu, penggunaan kata-kata atau perkataan yang sesuai lebih digalakkan untuk mengelakkan sikap menyalahkan tindakan individu tersebut sebagai puncanya menjadi gemuk. Tidak rugi untuk seseorang berkata dengan kata-kata yang lebih baik, malah ia lebih digalakkan dalam semua perkara dan urusan. Selepas ini, berguraulah dengan sesuatu yang tidak menyentuh sisi fizikal individu lain jika tidak ingin merasakan side kick daripada rakan anda.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/29/gurau-kasar-tak-lawak-ini-alasan-kenapa-tak-boleh-cakap-gemuk-dekat-orang-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Mengamalkan Mazhab Lain Selain Mazhab Syafiee Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Boleh Ke Mengamalkan Mazhab Lain Selain Mazhab Syafiee Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 468 hits
Ramai di antara kita mungkin pernah terfikir tentang beberapa soalan yang menjadi igauan mimpi seseorang Sesetengah orang melihat tukar tukar mazhab itu perkara biasa Tetapi kita sebagai manusia yang lemah munkgin akan mudah terpengaruh Seb...
Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi Kalau Nak Semua Boleh Ibu Ni Dah Buktikan

Bekerja Bukan Alasan Tak Sempat Sediakan Makanan Bayi Kalau Nak Semua Boleh Ibu Ni Dah Buktikan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 488 hits
Alasan sibuk bekerja bukanlah satu alasan yang kukuh untuk tidak menyediakan makanan buat bayi anda Jika bijak merancang masa dan tahu tip mudahnya ibu dapat sediakan makanan berkhasiat buat bayi anda Bukan itu sahaja malah bila sediakan se...
Al Hamdulillah Rumah Patuh Syariah Pula Negeri Lain Boleh Tiru

Al Hamdulillah Rumah Patuh Syariah Pula Negeri Lain Boleh Tiru

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 454 hits
Rumah patuh syariah lebih selesa teraturPEMBAHARUAN Dasar Perumahan Terengganu berkuat kuasa 1 September lalu menyaksikan rumah patuh syariah yang lebih selesa dan teratur untuk keluarga diperkenalkan dalam pembinaan Rumah Mampu Milik di ne...
Minum Ais Guna Mulut Bukan Saluran Lain Macam Mana Boleh Becak Di Kawasan Sulit

Minum Ais Guna Mulut Bukan Saluran Lain Macam Mana Boleh Becak Di Kawasan Sulit

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 1077 hits
Salah satu mitos yang paling hebat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial adalah mengenai pengambilan ais ketika berpantang Bagi masyarakat Melayu amalan minum ais ketika berpantang sememangnya ditegah sama sekali Ada pelbagai ...
5 Alasan Kamu Tak Boleh Mengonsumsi Makanan Yang Sama Setiap Hari

5 Alasan Kamu Tak Boleh Mengonsumsi Makanan Yang Sama Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 241 hits
Sesungguhnya ada alasan lain mengapa kamu harus memiliki menu makanan yang berbeda setiap hari Alasan kesehatan dan kebutuhan nutrisi merupakan sebab utama kamu sebaiknya tidak mengonsumsi makanan yang sama setiap hari
Tak Pernah Sangka Muka Terpampang Dekat Motor Franco Morbidelli Betul Lah Orang Cakap Jangan Give Up

Tak Pernah Sangka Muka Terpampang Dekat Motor Franco Morbidelli Betul Lah Orang Cakap Jangan Give Up

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 347 hits
Pergh mesti best kan kalau muka kita ni diabadikan dekat motor PETRONAS Sepang Racing Team berlumba di MotoGP Malaysia nanti Macam mustahil je bunyinya tapi ni lah misi PengejarImpian yang korang semua berpeluang dapat Takde benda yang must...
Kenapa Saya Tak Boleh Cakap Tentang Yahudi Soal Dr M

Kenapa Saya Tak Boleh Cakap Tentang Yahudi Soal Dr M

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 255 hits
Dituduh seorang yang anti Semitik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya menggunakan hak kebebasan bersuara apabila memberi komen mengenai kaum Yahudi Kenapa saya tidak boleh mengatakan sesuatu tentang Yahudi sedangkan ...
Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 298 hits
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya Dalam kamus istilah tegas bererti jelas terang dan lantang Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau mar...
Casemiro Tiada Alasan Boleh Diberikan

Casemiro Tiada Alasan Boleh Diberikan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 166 hits
Pemain tengah Real Madrid Casemiro mengakui bahawa tiada sebarang alasan boleh diberikan selepas Los Blancos tewas 0 3 ditangan Paris Saint Germain pada aksi sulung Liga Juara Juara Eropah 2019 20 awal pagi tadi Perlawanan di Parc des Princ
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik