Gulai Ikan Bawal Versi Indonesia
Teringat masa kecil dahulu, saya menpunyai pinggan khas yang diperbuat dari besi dan bukan menggunakan pinggan kaca tembikar seperti ahli keluarga yang lain. Mungkin kerana arwah Bonda tidak mahu saya makan dengan pinggan tembikar kalau kalau terjatuh dan pecah. Saya tidak ingat sampai bila saya makan dengan pinggan tersebut.
Bila makan memang pinggan saya agak kemas. Saya tidak suka makan bersepah sepah. Bila menceduk kuah pun, kuah cantik di dalam sudu, bukan meleleh hingga tepi pinggan. Walaupun anak orang kampung tapi etika waktu makan dah terbiasa sendiri sejak kecil. Ala ala prim and proper.
Jari jari pun tak adalah melekat lekat penuh dengan nasi dan kuah. Adui tak suka tengok orang menceduk kuah meleleh ditarik sepanjang panjang pinggan sehingga tepi pinggan comot. Dengan anak anak, saya akan menegur jika ternampak ada yang berbuat begitu. Biar nampak sopan dan bersih.
Masa kecil dulu, kami sekeluarga makan di lantai. Bila ada tulang dsb, ia terus dibuang di celah lantai jarang. Lantai yang diperbuat dari batang nibung kot tapi memang dipasang pasang jarak yang besar atau jarang. Pada mulanya arwah Ayah tidak bersetuju bila melihat abang membeli meja makan.
Setelah banyak hari secara berturut turut, saya memasak masak lemak terutama masak lemak cili api Nogori, kali ini saya menyediakan pula gulai ikan versi Indonesia yang sedap menggunakan ikan bawal emas atau ikan jenahak dan ikan merah.
Ikan bawal emas kami hari ini dibekalkan oleh @barangdapurbasah yang memang agak besar saiznya. Saya boleh potong 4 untuk dimasak gulai hari ini. Saya makan dengan Hubby dan anak anak agak lewat juga malam ini. Sebelum itu, nak tanya cantik tak pinggan hidangan saya hari ini? Hahaha terima kasih @kitchenhomeoutlet. Nak order, boleh singgah di Instagaram mereka.
Memang sedap gulai ikan ini dan rasa kelainannya. Saya tak pasti dari mana resepi ini samada resepi Minang atau resepi Indonesia biasa. Kalau masakan Minang atau Padang, biasa digunakan buah keras tapi dalam resepi ini, tidak pula dimasukkan buah keras. Jadi saya ikut sahaja resepi yang diberikan dalam youtube. Saya panggil sebagai Gulai Ikan Bawal versi Indonesia sahaja bagi memudahkan rujukan.
Hairan saya melihat orang yang klik dislike di youtube. Saya pasti dia berkongsi resepi bukan untuk diberi penghakiman suka atau tidak oleh netizen. Jika suka, ikut. Jika tak suka, keluarlah sahaja. Sekurang kurangnya hargai lah usaha orang lain membuat video untuk rujukan sendiri, anak anak atau follower di masa hadapan.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat memcuba....
Gulai Ikan Bawal Emas IndonesiaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan bawal emas1 biji kelapa - santan2 biji buah tomato - potong kecil1 inci lengkuas - ketuk1 helai daun kunyit 1 keping asam keping - jika perlu5-6 tangkai cili api GaramSedikit gula
Bahan kisar:3 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1 inci kunyit hidup1 inci halia20 tangkai cili api - ikut suka pedas
Cara cara:Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak sehingga agak kering. Bila kering, tuang sedikit minyak dan kacau dengan api perlahan.
Masukkan lengkuas dan cili hidup dan kacau lagi.
Masukkan tomato dan sedikit air. Kacau sehingga tomato hancur dengan api perlahan. Masak sehingga bahan benar benar masak dan terbit minyak lagi.
Masukkan santan cair, garam dan gula. Kacau sehingga mendidih. Masukkan daun kunyit.
Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan hampir ikan masak.
Masukkan santan pekat. Masukkan asam keping jika tomato belum cukup rasa masam.
Masak sehingga kuah mendidih dan tiada lagi buih kecil, sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang disukai. Bolehlah ditutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aziekitchen.com/2018/12/gulai-ikan-bawal-versi-indonesia.html