Gulai Batang Pisang Dengan Daging Sedap Dan Unik


Gulai Batang Pisang Dengan Daging Sedap Dan Unik | Pertama kali merasa gulai batang pisang ni waktu kenduri beberapa tahun sudah di kampung en hubby dan terus terasa jatuh cinta. Ada sahabat mengatakan Gulai Batang Pisang ni sangat biasa bagi penduduk Baling tapi sebenarnya tak juga sebab kampung en hubby di Kerpan daerah Ayer Itam memang satu kebiasaan bila kenduri kahwin mereka akan membuat resepi gulai kawah untuk kenduri ni bila ada permintaan dari tuan rumah. Memang unik tapi sedap malah ada yang membuat rendang batang pisang.  Sebenarnya bukan batang pisang yang digunakan tapi bahagian dalam batang pisang yang lembut yang kita panggil empulur atau umbut pisang yang digunakan sebab ianya lembut

Ada yang mengatakan jenis batang pisang yang bisa dimasak selalunya dari pisang hutan atau pisang awak tapi gulai batang pisang saya ni saya rasanya pisang bunga.  Banyak sunggah yang boleh kita guna dari pokok pisang ni antaranya daun boleh dibuat balut lepat, jantung boleh dimasak atau dibuat ulam, batang pisang boleh dibuat gulai, pisang boleh dibuat gulai bergantung pada jenis pisang untuk gulai la juga dan batang pisang buat baja pun boleh

Apa pun dah rezeki saya dapat buat sekali lagi gulai batang pisang hasil dari pokok pisang belakang rumah

Gulai Batang Pisang Dengan Daging Sedap Dan Unik
Inilah gambar gulai batang pisang yang memikat hati dan memikat selera makan sendiri dan pasti kalau anda rasa memang akan jatuh hati juga


Bahan-bahan:-
500gm kilo daging lembu/kambing/kerbau
batang pisang/empulur/umbut
330 ml santan Ayam Brand atau boleh guna santan segar
4 sudu kari ikan (kalau nak guna rempah daging boleh je)
2 sudu kerisek (optional)
Garam secukup rasa


Bahan Tumis
3 ulas bawang merah, dihiris atau ditumbuk
2 ulas bawang putih, dihiris atau ditumbuk
1 inci halia, dihiris atau ditumbuk
Daun Kari


Nak tau cara penyediaan tu boleh la jengah ke channel youtube saya yang amatur ni.


Cara penyediaan:-

1. Batang pisang dibuang bahagian luar yang keras. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut sahaja kemudian dipotong serong dan direndam dalam air (kalau terbiar lama batang pisang akan kelihatan lebam). Bersihkan tali-tali getah yang ada dan proses ni agak lama sebab kalau tak habis buat, bila dah masak nanti susah nak hadam dan boleh tercekik.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang putih, halia dan daun kari sehingga keperangan dan naik bau.

3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia masak/mendidih sehingga pecah minyak. Saya menggunakan serbuk kari ikan sebab bagi saya rasanya lebih sedap bila dimasak dengan daging.

4. Seterusnya masukkan daging yang dipotong kiub atau ikut kesukaan. Sekiranya ada lemak timbul tu boleh dimasukkan sekali dan di utara mereka turut memasukkan bahagian perut. Masak hingga daging menjadi empuk dan rempah sebati dan mesra bersama daging

5. Masukkan batang pisang dan dikacau, dibalik-balikkan supaya batang pisang sebati dengan rempah kemudian masukkan santan.  Biar direnih dan biarkan ianya mendidih
.
6. Akhir sekali masukkan garam secukupnya dan sedia untuk dihidang


Nota :

Ada juga yang melumur kunyit pada batang pisang sebelum dimasak.Kalau suka boleh letak kulit kayu manis, bunga lawang sewaktu menumis.Kalau menggunakan daging baru/segar tak perlu letak asam kepingKerisek akan membuat kuah jadi lebih pekat dan kalau ditambah memang sedap tapi stok kerisek dah habis




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/06/gulai-batang-pisang-dengan-daging-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 329 hits
Daging goreng kunyit memang sedap di makan bersama nasi panas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup mengenyangkan Pun begitu daging yang liat dan keras buat selera terpotong secara tiba tiba Keadaan inilah yang membuatkan daging kunyit m...
Daging Masak Merah Sedap Macam Di Kedai Tomyam

Daging Masak Merah Sedap Macam Di Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 522 hits
Kalau berkunjung ke kedai tomyam pasti lauk yang menjadi kemestian ialah Daging Masak Merah Memang bertambah makan jika hirisan dagingnya nipis dan rasanya sedap Andai masih enggan makan di kedai boleh saja menu ini dimasak sendiri Boleh ma...
Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap

Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 512 hits
Sedapnya Kek Pisang Coklat ni Versi premium sangat Menurut saudari Ekin Majid resipi ini dikongsi dari saudara Rushdi Lazim dan ia sangat mudah disediakan Guna bahan bahan yang ada di rumah je Nak cuba buat kek ni Jom lihat bahan bahan yang...
Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid

Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 583 hits
Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid Hai korang Nak share dengan korang satu tempat makan sedap dan berbaloi di Kulim Restoran ni dah lama buka tapi CH baru mencuba menu mereka ketika bulan Ramadan tempohari Beli bungkus nas...
Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Dan Sedap

Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 1024 hits
Pisang goreng memang enak dimakan ketika panas Dapat pula yang rangup memang makan tak berhenti dibuatnya Apa yang penting ketika mahu menggoreng pisang ini adalah bancuhan tepungnya Jika dibancuh dengan cara yang betul maka akan rangup dan...
Rahsia Singgang Daging Kelantan Sangat Sedap Dan Tips Elak Daging Jadi Liat Bila Di Masak

Rahsia Singgang Daging Kelantan Sangat Sedap Dan Tips Elak Daging Jadi Liat Bila Di Masak

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 753 hits
Rahsia Singgang Daging KELANTAN Sangat Sedap Dan Tips Elak Daging Jadi Liat Bila Di MasakResepi Singgang Daging KELANTAN yang sangat SEDAP MUDAH nak buat
Nanas Goreng Crispy Sajian Minum Petang Unik Tapi Sedap

Nanas Goreng Crispy Sajian Minum Petang Unik Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 457 hits
Nanas Goreng Viral ni mula disebut sebut bila ada peniaga dari Kelantan yang menjualnya Unik dan tersendiri Biasanya kalau petang petang begini ramai yang menjual pisang goreng cempedak atau keropok goreng Nak cuba Saudari Hanita Muhamad ad...
Pudding Brownies Tanpa Telur Mentega Tapi Rasanya Tetap Sedap

Pudding Brownies Tanpa Telur Mentega Tapi Rasanya Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 483 hits
Buat penggemar manisan rugi jika anda tidak pernah merasa pudding brownies Menariknya resipi yang dikongsi oleh Fatin Damia ini tidak perlu menggunakan telur dan mentega Sekali pandang memang dah terasa kesedapannya dalam tekak Jom kita cub...
5 Pilihan Buah Buahan Tempatan Yang Sedap Dan Tinggi Khasiatnya

5 Pilihan Buah Buahan Tempatan Yang Sedap Dan Tinggi Khasiatnya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 1196 hits
5 Pilihan Buah Buahan Tempatan Yang Sedap Dan Tinggi Khasiatnya Umumnya mengetahui yang Malaysia kaya dengan hasil buah buahan tempatan seperti durian langsat dan sebagainya Rasanya pasi ramai yang tidak mengetahui buah buahan tempatan di M...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba