Guan Eng Perlu Buktikan 60 Janji Manifesto Sudah Tertunai


Wartawan MalaysiaGazette Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP digesa untuk membuktikan kenyataan beliau bahawa sudah 60

peratus daripada janji-janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 sudah ditunaikan.

Ketua Dewan Pemuda Parti Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, sebagai seorang Menteri Kewangan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng haruslah berdasarkan fakta yang sahih, bukan sekadar memetik nombor untuk melunakkan halwa telinga rakyat.

Ini kerana, dakwanya, jika dilihat kepada 10 janji 100 hari yang merupakan antara 10 janji terpenting PH pun, angka 60 peratus ini jauh daripada terlaksana.

Oleh itu, DPIM merungkai satu persatu untuk menyedarkan rakyat, agar tidak terus tertipu
dengan wayang PH.

i. Mansuh GST – Janji ditunaikan. GST disifarkan. Namun begitu, hari ini banyak ketirisan berlaku dalam sistem percukaian SST yang dianggap sebagai langkah ke belakang.
ii. Menstabilkan harga petrol – Janji ini terdiri daripada dua komponen iaitu menstabilkan harga dan subsidisi bersasar. Menstabilkan harga dilihat tertunai, tetapi pada 1 Januari 2020, ia akan diapungkan kembali.  Memperkenalkan subsidi minyak bersasar pula masih belum dilaksanakan.
iii. Hapus hutang peneroka Felda – Gagal.
iv. KWSP untuk pasangan – Janji ditunaikan.
v. Gaji minimum – Gagal. Manifesto PH untuk meningkatkan janji minima kepada RM 1500 sebulan. Proses dimulakan, namun tidak terlaksana.
vi. PTPTN – Gagal. Tidak menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000.
vii. Suruhanjaya Siasatan DiRaja kes 1MDB, Felda, MARA, TH – Gagal.
viii. Jawatankuasa Perjanjian Malaysia – Gagal. Kabinet telah meluluskan pengwujudan jawatankuasa tersebut, ahli-ahlinya masih belum dilantik.
ix. Skim kesihatan – Gagal.

x. Projek mega – Gagal. MRT3 dibatalkan. HSR dan ECRL masih dalam perbincangan.

“Berdasarkan 10 janji 100 hari pun, Pakatan Harapan sekadar mampu melaksanakan 3 janji iaitu menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak (separa gagal) dan KWSP untuk pasangan.

“Berdasarkan matematik mudah, 3 daripada 10 janji adalah 30 peratus, bukannya 60 peratus seperti dicanang Lim Guan Eng.

“Berdasarkan 195 muka surat Buku Harapan yang mengandungi manifesto PRU-14, sebanyak 60 janji dicanang kepada rakyat. Pada hari ini, janji-janji tersebut hanya tinggal janji dengan pelbagai alasan diberikan dan diletakkan kesalahan kepada kerajaan terdahulu,” katanya.

Ujar beliau, akhirnya, Buku Harapan sekadar sandiwara politik yang bukan kitab suci untuk kerajaan laksanakan.

Shahir menambah, anak muda terus ditipu dengan janji 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500 dan anak muda Sabah dan Sarawak turut ditipu dengan janji 250,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah dan Sarawak.

Malah, beliau mendakwa anak muda terus ditipu dengan janji menyiarkan perlawanan bola sepak EPL percuma.

Beliau berkata, DPIM terkilan dengan kenyataan Guan Eng yang terus menerus merendahkan intelek dan pemikiran rakyat Malaysia.

“Harus diingat, rakyat pada hari ini cakna politik dan mengikuti perkembangan pentadbiran Pakatan Harapan. Kenyataan

60 peratus janji Pakatan Harapan telah tertunai adalah kenyataan tidak bertanggungjawab seorang Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/guan-eng-perlu-buktikan-60-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wee Vows To Defend Tar Uc Challenges Guan Eng To Debate

Wee Vows To Defend Tar Uc Challenges Guan Eng To Debate

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 337 hits
MCA president Wee Ka Siong has challenged Finance Minister Lim Guan Eng to debate him on the funding for the Tunku Abdul Rahman University College In his opening speech at MCA s annual general meeting at the party s headquarters here today ...
Guan Eng Says Tabung Harapan S Rm205 5 Million Used To Pay What The Chinaman Stole

Guan Eng Says Tabung Harapan S Rm205 5 Million Used To Pay What The Chinaman Stole

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 342 hits
Finance Minister Lim Guan Eng says the RM205 5 million collected by Tabung Harapan has been fully used to pay off 1MDB s debts incurred by Jho Low Putrajaya has completely used the RM205 5 million accumulated in the Tabung Harapan Malaysia ...
Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

Dana Rumah Mampu Milik Bnm Bernilai Rm597 Juta Diluluskan Setakat 31 Oktober Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 433 hits
Pada 28 November 2019oleh PENTADBIRKerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan lebih daripada 3 100 permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia yang bernilai RM597 juta setakat 31 Oktober 2019 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Men...
Ph Akan Tunai Semua Janji Manifesto Selangor

Ph Akan Tunai Semua Janji Manifesto Selangor

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 305 hits
Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyat terus terbela Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selangor Datuk Abdul Rashid Asari berkata gabungan itu juga akan memastikan semua manifesto yang dijanjikan p...
Kenapa Guan Eng Berbohong

Kenapa Guan Eng Berbohong

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 343 hits
Lim Guan Eng didakwa berbohong dan sengaja mengapi apikan sentimen perkauman apabila membuat kenyataan bukan Melayu dan bukan Islam menjadi sasaran dan tiada tindakan ke atas sekolah yang menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Arab Sedangka...
Janji Laksana Manifesto Dah Luput

Janji Laksana Manifesto Dah Luput

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 405 hits
MANIFESTI PILIHANRAYA TAK PERLU LAGI DITUNAIKAN SEBAB TARIKHNYA SUDAH LUPUT IKA DIKATAKAN 60 MANIFESTO TELAH DITUNAIKAN MAKA RAKYAT TIDAKPUN MERASA SENANG BERTAMBAH SUSAH ADA LA ANDAINYA DIKATAKAN JANJI MANIFESTO AKAN DI TUNAIKAN PADA 2020 ...
Tar Uc Remember Kiasu Guan Eng In Ge15

Tar Uc Remember Kiasu Guan Eng In Ge15

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 292 hits
In order to punish MCA DAP has inadvertently penalised UTAR TAR UC and many poor Chinese students who look to it for further education opportunities KTemoc Konsiders I wrote an article with the title Don t let political struggle take down T...
2020 Tahun Penting Untuk Ph Laksanakan Baki Janji Manifesto

2020 Tahun Penting Untuk Ph Laksanakan Baki Janji Manifesto

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 273 hits
Tahun 2020 merupakan tahun penting bagi kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan baki 40 peratus janji dalam manifesto PH yang masih belum ditunaikan kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata Perdana Menteri...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Akim The Majistret Gasoline Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo