Guan Eng Gembira Terima Jam Tangan Rm40 000 Di Hari Lahirnya



Semalam Mahkamah Sesyen diberitahu Lim Guan Eng tersenyum dan gembira apabila menerima dua sampul masing-masing mengandungi wang tunai RM100,000, bertujuan rasuah daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Wang itu diserahkan di pejabat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang terbabit di Tingkat 28, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada 2013 dan 2014.
Zarul Ahmad, 62, yang juga ahli perniagaan berkata, sumber wang itu daripada syarikatnya dan ia sebahagian sumbangan rasuah daripada 10 peratus diminta Guan Eng merujuk keuntungan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.
Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-23 berkata, perjanjian awal ditandatangani menjadi sebab pemberian wang kali pertama pada Ogos 2013 yang disifatkan sebagai tanda penting pembayaran.
Dan hari ini pula Guan Eng didakwa gembira menerima seutas jam tangan bernilai RM40,000  jenama Maurice Lacroix sempena hari lahirnya...
KUALA LUMPUR: Saksi utama dalam perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau memberikan jam tangan mewah buatan Switzerland kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sempena hari lahirnya untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar.
Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, beliau bertemu Lim di bangunan Komtar pada Disember 2015 untuk memberi jam tangan jenama Maurice Lacroix serta wang tunai RM100,000 dalam sampul surat.
“Lim memberikan kembali sampul putih itu kepada saya. Hanya jam tangan jenama Maurice Lacroix diterima olehnya.
“(Beliau) kelihatan gembira menerimanya,” kata Zarul.
Seorang bekas broker jam tangan, K Rajen Gunaretnam, memberitahu mahkamah September lepas bahawa beliau menjual jam tangan Maurice Lacroix kepada Zarul dengan harga RM40,000 pada 2015.
Zarul juga berkata, beliau memberi Lim RM100,000 pada hari lahirnya setahun sebelumnya. Beliau menyerahkan wang tunai itu kepada Lim dalam sampul surat di bangunan Komtar.. laporan penuh sila baca di SINI
Malaysiakini pula melaporkan 'kawan rapat' Najib dikatakan telah digunakan untuk menghantar wang rasuah untuk Guan Eng..
Ini laporannya..
Ahli perniagaan, G Gnanaraja dikenal pasti sebagai "orang tengah" untuk menyerahkan wang rasuah kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana hubungan rapatnya dengan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC), Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dalam keterangannya berkata, Lim mengarahkannya mencari orang tengah dan mengesyorkan Gnanaraja yang diperkenalkan kepadanya oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz sebagai "kawan rapat" Najib .
"Atas perkenalan saya sebegitu daripada kawan baik saya Datuk Seri Nazri, tidak ada sebab untuk saya tidak percaya atas kedudukan Gnanarajah dengan perdana menteri.
"Selain daripada membantu saya untuk merapatkan hubungan saya dengan perdana menteri supaya saya tidak diganggu oleh kerajaan BN dan justeru itu dapat saya menjalankan projek saya dengan aman, saya juga berhasrat untuk merapatkan hubungan Lim Guan Eng dengan PM untuk memastikan tidak ada lagi gangguan projek saya di Pulau Pinang.
"Dengan itu saya bertindak untuk membabitkan Gnanarajah dengan pemberian wang kepada Lim Guan Eng,” katanya lagi.
Selepas beberapa siri pembayaran dibuat olehnya sendiri dari 2013 hingga 2016, Zarul berkata Guan Eng menyuruhnya menggunakan perantara sekiranya ingin memberikan wang kerana tidak mahu membabitkan dia dalam pembayaran seterusnya dan bimbang kemungkinan dipantau oleh pihak SPRM.
"Saya cadangkan Gnanaraja sebab dia mempunyai kekebalan memandangkan beliau merupakan kenalan kepada Perdana Menteri pada masa itu. Lim Guan Eng pun setuju," katanya.
Zarul berkata dia menghubungi Gnanaraja antara bulan Mei dan Ogos 2017 untuk berjumpa dan berbincang mengenai penyediaan sebuah syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) dan juga peranannya sebagai perantara untuk membayar rasuah kepada Guan Eng.
"Ini kerana pada masa tersebut saya sudah takut untuk memegang dan menyimpan wang tunai yang banyak kerana pada masa itu saya di dalam perhatian pihak SPRM,” katanya.
'Coklat untuk Big Boss'
Zarul berkata pada 17 Ogos 2017, dia mengarahkan pengeluaran wang tunai sebanyak RM2 juta diberikan kepada Lim melalui Gnanaraja.
"Saya juga ada beritahu Gnanaraja saya ingin menyerahkan ’Chocolate’ kepada Gnanaraja untuk diberikan kepada ’Bigboss’ melalui whatsapp. Chocolate ini adalah bermaksud wang tunai,” katanya.
Zarul kemudiannya memasukkan wang itu dalam dua beg sukan berwarna gelap, masing-masing mengandungi wang tunai RM1 juta, dalam bonet kereta Bentley milik Gnanaraja semasa pertemuan ringkas di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada 18 Ogos.
Zarul berkata dua hari kemudian dia telah mengambil Gnanaraja dari rumahnya yang membawa bersama satu beg sukan berisi wang RM1 juta.
Mereka kemudian menjemput Lim di Wentworth Hotel Pudu untuk menghantarnya ke Publika bagi menghadiri satu acara.
"Setahu saya, Gnanaraja ada mengambil selfie bersama dengan YB Lim Guan Eng di dalam kereta saya itu. Setibanya di Publika, YB Lim Guan Eng ada mengucapkan terima kasih kepada saya dan menepuk bahu tanda terima kasih kepada saya.
"Melalui gerak geri tersebut, saya pasti ia adalah kerana beg yang berisi wang RM1 juta tersebut telah diambil oleh beliau dan YB Lim Guan Eng ingin berterima kasih kepada saya,” katanya.
Zarul seterusnya mendedahkan beg kedua diserahkan kepada Lim oleh Gnanaraja ketika dia membawa ahli parlimen Bagan itu ke rumahnya lewat tengah malam pada 28 Ogos.
Zarul berkata dia melihat Lim mengeluarkan beg itu ketika dia menurunkan ADUN Air Putih di Hotel The Gardens, Kuala Lumpur, selepas pulang dari rumah Gnanaraja.
Guan Eng, yang juga bekas menteri kewangan berdepan empat pertuduhan rasuah.
Lim berhadapan pertuduhan pertama menggunakan kedudukan sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,
Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di Kuala Lumpur pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Gobind Singh Deo.
Perbicaraan bersambung Isnin dengan pihak pembelaan dijangka melakukan pemeriksaan balas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/guan-eng-gembira-terima-jam-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Hadiah Jam Tangan Mewah Duit Rm100k Pada Guan Eng Kata Pengarah Konsortium Zenith Bucg Sdn Bhd

Beri Hadiah Jam Tangan Mewah Duit Rm100k Pada Guan Eng Kata Pengarah Konsortium Zenith Bucg Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 152 hits
Lim Guan Eng kini dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta bahagian 10 daripada keuntungan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dan menerima RM3 3 juta sebagai sogokan Saksi utama dalam perbicaraan rasuah projek...
Guan Eng Terima 10 Komisen Dari Projek Terowong Dasar Laut

Guan Eng Terima 10 Komisen Dari Projek Terowong Dasar Laut

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 133 hits
Guan Eng terima 10 komisen Mahkamah Sesyen di sini diberitahu wang tunai RM3 3 juta diserahkan kepada Lim Guan Eng iaitu 10 peratus daripada keuntungan bersih syarikat kontraktor yang mengendalikan projek terowong dasar laut dan jalan utama...
I Gave Guan Eng Rm200 000 As Part Of 10 Cut Businessman Tells Court

I Gave Guan Eng Rm200 000 As Part Of 10 Cut Businessman Tells Court

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 160 hits
The star witness in Lim Guan Eng s undersea tunnel project corruption trial told the sessions court he paid RM200 000 to the then Penang chief minister to fulfil part of his promise to give him a 10 cut of the project s profits Consortium Z...
Guan Eng Awarded Rm150 000 In Suit Against 2 Chinese Dailies

Guan Eng Awarded Rm150 000 In Suit Against 2 Chinese Dailies

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 122 hits
Lim Guan Eng said the published remarks made him look like he had abused his power as then finance minister and misused the Inland Revenue Board GEORGE TOWN The High Court here has ordered two Chinese dailies to pay former finance minister ...
Guan Eng Received Rm100k Bribe With A Smile Claims Company Exec

Guan Eng Received Rm100k Bribe With A Smile Claims Company Exec

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 124 hits
Consortium Zenith Construction Sdn Bhd senior executive director Zarul Ahmad Mohd Zulkifli testified that Lim Guan Eng smiled as he handed a RM100 000 bribe to the then Penang chief minister in 2013 The 23rd prosecution witness claimed that...
Guan Eng Trial Malay Spirit Helped Me Overcome Challenges Zarul Says

Guan Eng Trial Malay Spirit Helped Me Overcome Challenges Zarul Says

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 252 hits
Consortium Zenith Construction Sdn Bhd senior executive director Zarul Ahmad Mohd Zulkifli testified he suffered immense pressure following a corruption investigation of the RM6 3 billion Penang Undersea Tunnel project The 23rd prosecution ...
Drop In Competitiveness Ranking Not Ismail S Fault Najib Tells Guan Eng

Drop In Competitiveness Ranking Not Ismail S Fault Najib Tells Guan Eng

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 162 hits
Malaysia slipped seven notches to 32nd place in the 2022 IMD World Competitiveness Ranking PETALING JAYA Prime Minister Ismail Sabri Yaakob should not be blamed for the country s drop in the global competitiveness ranking Najib Razak said t...
Apakah Pendakwaan Ke Atas Lim Guan Eng Bukan Pendakwaan Terpilih

Apakah Pendakwaan Ke Atas Lim Guan Eng Bukan Pendakwaan Terpilih

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 231 hits
Pilih atau Tak pilih sesiapa sahaja yang sedang didakwa tunjuklah jantan sikit kalau dah buat tanggunglah Tak perlulah tuding kenapa dia si polan dan si polan tidak didakwa Masa makan billions sorang sorang Tak pula kau bahagi samarata pada...
Filem 35mm Syahmi Sazli Pecah Rekod Sebanyak Rm300 000 Hari Pertama

Filem 35mm Syahmi Sazli Pecah Rekod Sebanyak Rm300 000 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 228 hits
Jika filem pertama Youtuber dan pengarah terkenal berjudul Mael Totey The Movie Syahmi Sazli berjaya mendapat sambutan hebat ramai nampaknya filem keduanya juga tidak mengecewakan buat peminat dan penonton filem tempatan Baru sahaja melanca...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Asan Lembu The Movie

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air