Guan Eng Bidas Laporan Akhbar Cina Mengenai Kojadi


FMT Reporters Lim Gua Eng berkata, parti seperti PAS, Umno, MCA dan MIC akan menggunakan media untuk ‘mengaburkan’ kaitan mereka dengan skandal 1MDB. (Gambar Reuters) PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pemimpin parti itu boleh menjangkakan pihak pembangkang menyalahgunakan kawalan mereka ke atas akhbar arus perdana untuk memburukkan DAP.

Lim berkata, parti seperti PAS, Umno, MCA dan MIC juga akan menggunakan media untuk “mengaburkan” kaitan mereka dengan skandal 1MDB.

“Ini terbukti berikutan kegagalan beberapa media berbahasa Cina menjalankan tanggungjawab kewartawanan profesional untuk membuat liputan penuh berhubung skandal Kojadi dan MCA, yang melibatkan pindahan wang RM15 juta daripada Yayasan 1MDB kepada Kojadi,” katanya dalam satu kenyataan dengan merujuk kepada Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad, sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh MCA.

Baru-baru ini, pengerusi Kojadi Ng Peng Hay mendakwa entiti itu menerima “geran kewangan” sebanyak RM15 juta daripada Yayasan 1MDB bagi melaksanakan satu skim mikro-kredit sosio ekonomi yang dinamakan Skim Mikro Kredit Kojadi untuk Belia.

Ng berkata, beliau mencadangkan geran itu dikembalikan berikutan pengumuman berhubung saman pelucutanhak sivil terhadap 41 individu dan entiti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga mendakwa Presiden MCA Wee Ka Siong menghalangnya daripada berjumpa dengan SPRM berhubung dana yang dikaitkan dengan 1MDB itu, dakwaan yang dinafikan oleh parti tersebut dan disifatkan oleh Wee sebagai “mengelirukan”.

Lim, yang juga menteri kewangan, membidas PAS kerana mendakwa langkah mewajibkan perisytiharan aset adalah konsep komunis atau sosialis, dengan berkata, inisiatif seperti itu tidak diamalkan di banyak negara sedemikian.

Setiausaha agung DAP itu berkata, perisytiharan aset bertujuan memupuk integriti dan memerangi rasuah dalam kerajaan dan masyarakat.

“Hanya orang yang korup atau melindungi orang yang korup takutkan perisytiharan aset,” katanya.

Beliau seterusnya mendakwa PAS menentang perisytiharan aset kerana mahu melindungi pemimpin pembangkang yang terlibat dengan rasuah, terutamanya skandal 1MDB.

Jumaat lepas, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, langkah mewajibkan perisytiharan aset dimulakan oleh golongan komunis dan sosialis dan mungkin berpunca daripada “DAP sosialis yang mempengaruhi kerajaan”.

Lim juga menolak dakwaan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, perisytiharan aset wajib akan mendedahkan wakil rakyat dan keluarga mereka kepada risiko.

“Ini salah dan palsu kerana pemimpin kerajaan Pulau Pinang telah mengisytiharkan aset mereka sepanjang 8 tahun lepas tanpa masalah atau risiko ke atas diri dan keluarga mereka.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/guan-eng-bidas-laporan-akhbar-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ada Tulisan Cina Dalam Pejabat Guan Eng

Kenapa Ada Tulisan Cina Dalam Pejabat Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 493 hits
Saya terpanggil untuk mengulas tentang perkara yang berlegar di minda saya Ia mengenai gambar yang tersebar menunjukkan ungkapan bahasa Cina ditampal pada dinding dalam pejabat Menteri Kewangan Lim Guan Eng Orang yang sinis sudah tentu akan...
Kojadi Pernah Terima Rm15 Juta Daripada 1mdb Guan Eng

Kojadi Pernah Terima Rm15 Juta Daripada 1mdb Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan bahawa Koperasi Jayadiri Sdn Bhd tiada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Hal ini kerana menurut beliau Kojadi pernah menerima dana sebanyak RM15 juta daripada Yayasan 1MDB dan seba...
Kesilapan Besar Latheefa Guan Eng

Kesilapan Besar Latheefa Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 317 hits
Yang penting sekali dari 408 orang dari Umno dan Barisan Nasional itu berapa ramai yang sudah berpaling tadah dan sekarang ini bersama Pakatan Harapan Adakah disebabkan itu hanya 41 nama sahaja yang keluar bukannya 408 Dan ada dikalangan da...
Kencing Terbaru Guan Eng Hancing Tahap Dewa Derrr

Kencing Terbaru Guan Eng Hancing Tahap Dewa Derrr

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 391 hits
Menteri Kewayangan Lim Guan Eng semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambilalih 4 konsesi tol daripada syarikat Gamuda dengan harga RM6 2 billion Ini katanya untuk mengurangkan pembayaran tol oleh rakyat dan ke arah pengambilalihan s...
Muhyiddin Mukhriz Dan Shafie Tak Terima Dana 1mdb Kata Guan Eng

Muhyiddin Mukhriz Dan Shafie Tak Terima Dana 1mdb Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 351 hits
June 27 2019 2 55 PMMuhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal pernah menjadi ketua Umno Johor Kedah serta Sabah PUTRAJAYA Lim Guan Eng hari ini mempertahankan 3 bekas ketua Umno negeri yang kini bersama Pakatan Harapan susulan gesa...
Kelemahan Lim Guan Eng Merosakkan Petronas Shamsul Anuar

Kelemahan Lim Guan Eng Merosakkan Petronas Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR 28 Jun 8211 UMNO meminta Kerajaan Pakatan Harapan memelihara keutuhan Petronas kerana ia adalah entiti milik rakyat dan negara sangat penting kepada masa depan negara ini Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Na...
Guan Eng Bohong Lagi Najib

Guan Eng Bohong Lagi Najib

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 319 hits
Laksana SST sehingga hasil negara turun antara sebab bajet terdesak BANGI Datuk Seri Najib Razak sekali lagi membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana menuduh kehilangan sejumlah wang akibat rasuah pemerintah terdahulu sehingga menjejas...
Guan Eng To Discuss Panda Bonds In China Trip

Guan Eng To Discuss Panda Bonds In China Trip

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 410 hits
Finance Minister Lim Guan Eng said the issuance of Panda bonds will be among the matters to be discussed during his maiden visit to China at the end of this month The trip will be Lim s maiden visit since assuming the post of finance minist...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Elaun Bulanan Guru Tadika Islam Pulau Pinang Naik Rm400 Ditawar Lanjut Pengajian Secara Percuma

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar