Grt Lancar Kempen Code Red Untuk Pertingkat Kesedaran Isu Haid Sinar Harian 17 01 2025


 

KUALA LUMPUR – Global Relief Team (GRT) melancarkan Kempen CODE RED untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu haid, memartabatkan wanita dan memperkukuhkan kesihatan mental dalam masyarakat.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kempen tersebut bertujuan mengatasi stigma dan cabaran berkaitan haid yang masih wujud di kalangan masyarakat sehingga kini.

“Haid bukan lagi suatu topik yang harus dianggap tabu atau sensitif. Ia adalah fakta biologi yang dialami oleh separuh daripada populasi dunia.

Noraini
“Namun, stigma, kurangnya pendidikan dan akses kepada produk kebersihan haid yang mencukupi masih menjadi cabaran besar khususnya dalam kalangan golongan B40, pelajar dan komuniti luar bandar,” katanya ketika berucap menyempurnakan pelancaran kempen itu yang diadakan di Masjid Wilayah di sini pada Khamis malam.
Kempen berkenaan dilancarkan GRT secara bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Masjid Wilayah dan Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral.
Sempena majlis pelancaran berkenaan, Duta Global Relief Trust merangkap Felo Penyelidik Kanan dalam Kesihatan Global University St George London, Dr Farah Seedat dan Pensyarah Kanan Sosiologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Syarifah Fatimah Alzahrah Syed Hussein Al-Attas turut membuat pembentangan mengenai isu kemiskinan haid.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, masalah kemiskinan haid dapat dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pertama, kos produk berkaitan haid menjadi halangan besar bagi ramai wanita dan remaja perempuan akibat kekangan kewangan.
“Mereka tidak mampu membeli produk asas seperti tuala wanita atau tampon, yang membawa kepada ketidaksesuaian penjagaan kebersihan diri. Kedua, kekurangan pendidikan dan kesedaran iaitu ramai yang tidak mendapat maklumat tepat tentang penjagaan kebersihan semasa haid sekali gus meningkatkan risiko terhadap kesihatan mereka.
“Ketiga, malu, stigma dan pantang larang yang menyebabkan wanita berasa terasing dan enggan berbicara tentang keperluan mereka kerana sikap negatif masyarakat terhadap isu haid,” ujarnya.
Menurut Noraini, kajian yang dijalankan rakannya mendapati ada antara remaja perempuan tidak bersekolah kerana tidak mampu membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan sabut kelapa sebagai pengganti.
“Sebab itu beliau dan rakan-rakannya telah mengusahakan pembuatan tuala wanita guna semula dengan menggerakkan ibu tunggal untuk jahit tuala wanita guna semula ini sebelum dibekalkan kepada mereka yang memerlukan.
“Maka menjadi harapan saya agar Kempen CODE RED ini mampu memberi pendidikan tentang kepentingan penjagaan kebersihan haid seterusnya menghapuskan stigma sedia ada hari ini melalui dialog terbuka dan inklusif serta memastikan akses kepada produk kebersihan haid untuk golongan yang memerlukan.
“Saya percaya, kempen CODE RED bukan sekadar satu acara tetapi satu gerakan untuk membawa perubahan,” ujarnya.
Sementara itu, Pengasas Global Relief Trust, Shaheed Ur Rehman memaklumkan, selain daripada isu kesihatan fizikal, kempen tersebut juga memberi perhatian khusus kepada kesihatan mental wanita.
Katanya, ramai wanita mengalami tekanan emosi dan fizikal disebabkan oleh stigma haid serta perubahan hormon semasa kitaran haid, justeru kempen terbabit akan mendorong penyediaan platform untuk berkongsi pengalaman tanpa rasa malu dan meningkatkan akses kepada kaunseling serta sokongan psikologi.
Artikel oleh: Sinar Harian
GRT LANCAR KEMPEN CODE RED UNTUK PERTINGKAT KESEDARAN ISU HAID

https://www.sinarharian.com.my/article/707676/berita/nasional/grt-lancar-kempen-code-red-untuk-pertingkat-kesedaran-isu-haid


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/01/grt-lancar-kempen-code-red-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Logo Halal Jakim Perlu Tingkat Pemantauan Di Semua Premis Sinar Harian 16 01 2025

Logo Halal Jakim Perlu Tingkat Pemantauan Di Semua Premis Sinar Harian 16 01 2025

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 352 hits
Artikel oleh Sinar HarianLOGO HALAL JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS
Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 283 hits
Sepang Tidak hanya menumpukan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza malah pertubuhan Muslim Care Malaysia Society tidak melupakan rakyat Syria yang masih dicengkam derita Peningkatan jumlah pelarian dan tahap kemiskinan di ne...
Senarai Buffet Ramadan 2025 Di Johor Bahru

Senarai Buffet Ramadan 2025 Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 349 hits
Senarai Buffet Ramadan 2025 di Johor Bahru Senarai buffet Ramadhan di hotel restoran cafe di sekitar Johor Bahru untuk rujukan para pembaca blog herneenazir com Buffet Ramadan Grand Paragon Hotel The post appeared first on
14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tarikh keramat ni akan tersemat dalam hidup CCL sampai bila bila Tanggal 14 Januari 2020 betul betul mengajar CCL apa itu erti kehilangan Kehilangan yang paling menyakitkan adalah kematian Kehilangan oran...
Persiapan Hadapi Sesi Persekolahan Tahun 2025 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Persiapan Hadapi Sesi Persekolahan Tahun 2025 Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 312 hits
Sessi persekolahan 2024 bakal berakhir Pejam celik setahun berlalu 2024 pula adalah tahun pertama anak anak di sekolah baru Semangat mereka membara Syabas juga kepada anak anak Ummi sebab dapat menyesuaikan diri di sekolah baru sepanjang 20...
Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 434 hits
Masyarakat Cina pada tahun 2025 akan meraikan Tahun Baru Cina di dalam Tahun Ular 2025 mengikut Zodiak Cina Setiap tahun masyarakat Cina akan meraikan Tahun Baru Cina mengikut zodiak yang berbeza mengikut tahun tersebut Maka untuk tahun 202...
Buffet Ramadhan 2025 Sekitar Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2025 Sekitar Johor Bahru

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 283 hits
BUFFET RAMADHAN 2025 SEKITAR JOHOR BAHRU Disini Kekda sertakan tempat berbuka puasa sekitar Johor Bahru untuk tahun 2025 Mana tau kan korang nak plan awal untuk berbuka puasa di luar pada hari pertama berpuasa Lagi pun harga untuk early bir...
Post Pertama Di Tahun 2025

Post Pertama Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 310 hits
Selamat petang hujan lebat harini Alhamdulillah hukan dah pun berhenti view pun cantik sambil sambil update blog yang dah berhabuk tak update Lately Iza busy settlekan customer kat page banyak kerja nak dibuat so tak sempat nak update banya...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Investor Partnering Benefits Risks

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport

Aiskrim Farm Fresh Choco Bar