Google Kemaskini Algoritma 2021 Dan Impak Kepada Trafik
Pada 2Jun 2021 Google telah membuat pengumuman bahawa akan berlaku perubahan pada algoritma mereka dan kali ni ini ia adalah perubahan besar pada GOOGLE CORE dan perubahan ni mudah dilihat dengan penurunan trafik anda.
Setiap hari Google akan membuat perubahan pada algoritma mereka tetapi kesannya amat kecil berbanding kali ini ia membuat peubahan besar pada GOOGLE VITAL CORE mereka
Dan anda kena "adopt" perubahan ini secepat yang mungkin untuk mengelakkan website anda jatuh dan ditinggalkan oleh blogger lain
Tujuan perubahan ni mengikut ialah menambaik " page experience" kepada pengguna dimana mereka yang membuat carian di enjin carian Google dengan mudah dan cepat mendapat maklumat dan yang paling penting maklumat tersebut adalah tepat mengikut carian mereka. Itu asas dan kehendak Google dalam setiap perubahan yang mereka mahukan
Kenapa? Google adalah sebuah syarikat yang mencari keuntungan dan untuk memastikan enjin carian mereka relevan, mahu tak mahu mereka kena pastikan pengalaman mereka atau pelanggan dengan Google adalah message. Inilah nama yang saya sebutkan page experience yang dikejar oleh Google
Mahu tak mahu mereka iaitu anda seorang blogger atau ecommerce harus menambaik sistem "Mesra" dengan pengguna agar anda berada di tingkat teratas Google dalam enjin carian mereka.
Apa yang perlu anda lakukan
Loading timeIni merupakan isu yang paling sensitif iaitu kelajuan blog ada dibuka mestilah bawah 2.5saat. Dahulu kata bawah 3 saat kan kini bawah 2.5 saat adalah masa yang terbaik.
Dan jika Google merasakan loading time awak terbaik maka blog atau artikel anda akan berada di ruangan pertama enjin carian
Loading time sudah lama dibahaskan oleh pakar-pakar SEO dimana sebagai contoh jika anda pengguna dan membuka blog seseorang tetapi loading time slow sangat. Apa anda akan buat
Anda akan keluar dari blog tersebut sebab bosan menunggu artikel tersebut nak keluar. Secara tak langsung blog tersebut akan disenaraikan tidak message pengguna oleh Google dan bounce rate anda akan menjadi tinggi
Maka hebat mana pun blog anda, ia tetap akan gagal dimata Google
Konten ArtikelKonten anda haruslah mempunyai artikel yang baik dan panjang agar Google mudah index artikel anda . Pastikan artikel anda mempunyai konten yang sama dengan tajuk blog anda kekerapan tajuk utama diulang sebagai penanda kekuatan artikel anda
Pendek kata keyword anda haruslah tepat dan baik dan tidak terpesong dari tajuk blog anda. Dan terbaik jika blog anda mempunyai niche yang sama dengan konten anda.
Berapa panjang konten anda, menurut Neil Patel salah seorang pakar digital dunia dan idola saya ialah 1000-2000 patah perkataan. Itulah patah perkataan terbaik untuk artikel anda
Dengan konten yang sedemikian, maka maklumat yang anda berikan adalah terbaik. Itu menurut Google. Dan dengan jumlah perkataan tersebut anda boleh masukkan keyword anda dengan lebih banyak
MAKA SEO tak penting
SEO tetap penting dalam dunia enjin carian. Tujuan SEO ialah mendapatkan tempat persaingan pantas dengan pesaing lain
Sebagai contoh, bukan anda seorang sahaja mempunyai blog yang menepati algoritma Google iaitu loading page yang pantas dan konten yang padat tetapi beratus ribu blogger yang lain
Kelebihan anda untuk bersaing dengan blogger-blogger lain ialah mempunyai kekuatan SEO yang baik
SEO tetap penting dalam dunia enjin carian Google
KESIMPULANDengan perubahan Major Google Core ini, anda kena tumpukan pada loading page dan konten anda kerana ia akan menjadi prioriti utama oleh Google
Manakala SEO adalah langkah tambahan dalam memanggil labah-labah indeks Google pergi ke blog anda melalui SEO Google yang baik
Ianya semacam anda berniaga di Shopee, algoritma utama anda ialah kata kunci tapi anda harus bersaing dengan seller lain dan cara untuk memenangi persaingan ini, saya telah membuat Shopee Funnel Sales Meletup kami dengan lima funnel kami kukuhkan produk listing, winning produk, marketing dan maintenance serta Advanced Sales
Untuk Google di pula algoritma utama ialah loading timedan dikukuhkan dengan SEO
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2021/06/google-kemaskini-algoritma-2021-dan.html