Gingilacer Bantu Masalah Gusi Berdarah
Assalamualaikum, hi!
Bab gigi memang FD susah nak selesaikan, lagi lagi masalah gusi. Senang sangat berdarah. Dengan masalah gusi bengkak, macam macam lagi. Kita nak bercakap dengan orang pun kena lah confident kan, taknak lah nanti ada masalah mulut berbau, gigi kuning. No way! Tak pasal pasal komunikasi guna bahasa isyarat 🙅
FD nak share dengan korang tentang ubat gigi Gingilacer. Sebab ubat gigi ni dah bantu FD atasi masalah gusi berdarah dan gusi bengkak.
Korang mesti first time dengar ubat gigi GingiLacer ni. FD sendiri first time cuba ubat gigi ni dan alhamdulillah, ianya berkesan. Kalau sebelum ni, tiap kali gosok gigi dan berkumur, mesti ada darah sekali. Lepas 4 ke 6 hari, takde darah dah masa kumur mulut. Bengkak pulak surut masa hari ke 2. Cepat betul kesannya!
Lacer ni adalah pakar dalam kebersihan oral gigi, dan beroperasi sejak tahun 1949. HQ Lacer terletak di Barcelona, Spain. Bukan calang calang tau sebab Lacer termasuk dalam Top 10 syarikat kesihatan dalam negeri.
Kelebihan produk GingiLacer:
- mengurangkan masalah gusi berdarah dalam tempoh 48 jam
- menguatkan dan melindungi gusi
- mengurangkan pembentukan plak
- mengelak kerosakan gigi
- sesuai untuk kegunaan harian
- tiada pewarna
- bebas alkohol
Punca ada masalah gusi berdarah seperti;
- menukar rutin floss terbaru
- gigi palsu tak sesuai dengan baik
- kekurangan vitamin C dan K
- menghidap penyakit leukemia dan diabetes
Risiko dari punca di atas:
- gigi menjadi longgar dan mudah tercabut
- masalah mulut berbau
- gusi menjadi bengkak
So, kalau korang ada tanda tanda atau memang ada masalah diatas, FD memang rekemen korang guna ubat gigi GingiLacer ni. Sebab memang terbukti berkesan. FD dah guna 3 minggu! Dan masih gunakannya sekarang. Mungkin FD akan teruskan guna dimasa akan datang. Takkan lah nak bercakap dengan orang dalam keadaan mulut berbau dan masalah gusi, betul tak? Kurang keyakinan diri nanti.
Korang boleh klik link di bawah untuk lebih maklumat lanjut tentang GingiLacer 😄
Website: https://www.pmmii.com/
Facebook: https://www.facebook.com/PM.Mii1/
Instagram: https://www.instagram.com/pm.mii_/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ftndiana.blogspot.com/2019/08/gingilacer-bantu-masalah-gusi-berdarah.html